Bank Pembangunan Asia (ADB) mengunjurkan Malaysia, Vietnam dan Thailand akan menjadi penerima manfaat yang terbesar di Asia Tenggara jika ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China berpanjangan.
Ketua Ekonomi Yasuyuki Sawada berkata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, Vietnam dan Thailand, masing-masing boleh meningkat sebanyak 0.59 peratus, 2.31 peratus dan 0.3 peratus dalam jangka sederhana.
"Ini adalah kesan peralihan perdagangan yang utama apabila eksport China digantikan oleh eksport negara-negara Asia yang lain," katanya dalam taklimat di Foreign Correspondents' Club of Japan di Tokyo pada Rabu.
Beliau berkata Malaysia, Vietnam dan Thailand akan mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan elektronik, kelengkapan pengangkutan dan jentera.
Sawada berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka perlahan kepada 4.5 peratus pada tahun ini, berbanding 4.7 peratus pada tahun lepas, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi serantau yang rendah berikutan impak daripada ketegangan perdagangan, tetapi penggunaan domestik diunjurkan bertahan dengan baik di rantau ini, yang menyediakan penampan kepada kelembapan.
Beliau berkata ekonomi negara, bagaimanapun, dijangka meningkat semula pada tahun depan mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan dan pelaburan disebabkan perang perdagangan AS-China.
Menurut laporan Kemas Kini Prospek Pembangunan Asia 2019 ADB, lebihan akaun semasa Malaysia meningkat kepada US$7.4 bilion (US$1=RM4.18) pada separuh pertama tahun ini daripada US$4.2 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, naik kepada 4.2 peratus daripada 2.3 peratus sebelum ini, berikutan peningkatan dalam eksport perkhidmatan bersih.
Katanya dengan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang tinggi tetapi aliran keluar modal portfolio yang besar, akaun kewangan imbangan pembayaran mencatatkan defisit sebanyak US$32.4 bilion atau bersamaan dengan 4.4 peratus daripada KDNK.
Menurut laporan itu, dengan pertumbuhan sederhana tetapi masih kukuh, kerajaan meneruskan program penyatuan fiskal yang dilaksanakan baru-baru ini.
"Trend pada separuh pertama tahun ini membolehkannya mencapai sasaran defisit fiskal bersamaan dengan 3.4 peratus daripada KDNK bagi 2019," katanya.
Katanya perolehan kerajaan naik 17.8 peratus untuk mencecah 48.1 peratus daripada sasaran tahun penuh dan perbelanjaan meningkat 7.6 peratus untuk mencapai 47.2 peratus daripada sasaran tahun penuh.
"Walaupun perbelanjaan operasi kerajaan naik 5.9 peratus, perbelanjaan pembangunan meningkat 17.9 peratus, terutamanya daripada perbelanjaan sosial yang tinggi.
"Keputusan bersih itu merupakan defisit fiskal separuh pertama sebanyak RM22.4 bilion, bersamaan dengan 3.1 peratus daripada KDNK," katanya.
Menurut laporan itu, pertumbuhan dalam pelaburan domestik dijangka meningkat pada tahun depan berikutan projek-projek infrastruktur awam mega yang disambung semula seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Pelan Fiber dan Penyambungan Negara.
"Walaupun kos projek ECRL telah diturunkan kepada RM44 bilion daripada RM65.5 bilion melalui rundingan semula dengan kerajaan China, ia masih merupakan projek infrastruktur yang besar dengan potensi untuk meningkatkan ekonomi dengan ketara," katanya.
Katanya perbelanjaan infrastruktur yang disambung semula akan menarik lebih banyak pelaburan swasta.
"Pelaburan juga akan mendapat manfaat daripada peningkatan pembayaran FDI dalam masa terdekat susulan hampir dua kali ganda kelulusan FDI pada separuh pertama tahun ini berbanding tahun sebelumnya," katanya.
Katanya minat yang tinggi daripada pengeluar AS yang menyaksikan kelulusan pembuatan FDI dari AS melonjak kepada US$2.8 bilion pada separuh pertama tahun ini berbanding hanya US$800 juta pada 2018.
Sementara itu, katanya risiko utama kepada ekonomi Malaysia dalam jangka masa pendek ialah kelembapan pelaburan domestik yang berterusan dan konflik perdagangan AS-China yang meningkat.
"Risiko itu akan menjadi besar jika pasaran kewangan serantau dan antarabangsa menjadi lebih tidak menentu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 25 2019

Malaysia, Vietnam dan Thailand akan mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan elektronik, kelengkapan pengangkutan dan jentera. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perubahan iklim boleh kurangkan KDNK Asia dan Pasifik sebanyak 17 peratus menjelang 2070 - ADB
Kenaikan paras laut dan penurunan produktiviti buruh dijangka menjadi punca utama kerugian, dengan negara berpendapatan rendah paling terkesan.

ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus
ADB berkata permintaan domestik berdaya tahan, dengan eksport dan pembuatan yang meningkat, akan menyokong pertumbuhan tahun ini.

ADB gesa ASEAN tingkatkan kualiti hidup untuk bangunkan masyarakat berdaya tahan
Rantau ini perlu, antara lain, berusaha memastikan rakyat boleh membaca, pintar matematik dan sains, dan pemakanan lebih baik.

Jerman sedia geran bernilai AS$26 juta untuk ADB sokong mekanisme peralihan tenaga
Jerman ialah rakan kongsi pembiayaan kedua yang menyertai Dana Amanah Perkongsian ETM ADB, susulan pengumuman geran AS$25 juta oleh Jepun.

Pemulihan hijau Asia Tenggara boleh wujudkan peluang pelaburan RM760 bilion setiap tahun
ADB menjelaskan laporan terbaru itu mengenal pasti lima bidang yang menyokong pemulihan pasca-COVID-19 menerusi pembangunan lebih hijau.

Ekonomi membangun Asia diunjur berkembang 5.2 peratus tahun ini
Beberapa wilayah/rantau dijangka kembali kepada kadar pertumbuhan ekonomi yang mereka alami sebelum penularan pandemik.

ADB lancar fasiliti vaksin Asia Pasifik bernilai AS$9 bilion
Anggota ADB yang sedang membangun memerlukan pembiayaan untuk mendapatkan vaksin serta pelan dan pengetahuan yang bersesuaian.

Batalkan jaminan ADB ibarat balas dendam kepada rakyat Pulau Pinang - Guan Eng
Menurut Lim Guan Eng, keputusan itu dilihat seperti satu pembalasan dendam politik terhadap rakyat Pulau Pinang.

Ekonomi Malaysia dijangka susut 4.0 peratus tahun ini - ADB
Ekonomi Malaysia dijangka susut sebanyak 4.0 peratus pada tahun ini sebelum pulih untuk berkembang sebanyak 6.5 peratus pada 2021, menurut Bank Pembangunan Asia (ADB).

Malaysia, Vietnam dan Thailand, penerima manfaat terbesar jika konflik perdagangan AS-China berpanjangan - ADB
ADB mengunjurkan Malaysia, Vietnam dan Thailand akan menjadi penerima manfaat yang terbesar di Asia Tenggara jika ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China berpanjangan.