KUALA LUMPUR: Bank Pembangunan Asia (ADB) menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi bagi negara-negara membangun Asia kepada 5.0 peratus daripada unjuran sebelum ini sebanyak 4.9 peratus pada April dan mengekalkan unjuran pertumbuhan 2025 pada 4.9 peratus.
Dalam Tinjauan Pembangunan Asia untuk Julai 2024 yang dikeluarkan pada Rabu, ADB berkata permintaan domestik berdaya tahan, dengan eksport dan pembuatan yang meningkat, akan menyokong pertumbuhan tahun ini.
Unjuran pertumbuhan 2024 untuk rantau ini dinaikkan sejajar dengan unjuran untuk Kaukasus, Asia Tengah dan Asia Timur, katanya.
ADB berkata inflasi keseluruhan di negara-negara membangun Asia diunjurkan merosot kepada 2.9 peratus pada tahun ini daripada 3.3 peratus pada tahun lepas dan stabil pada 3.0 peratus pada 2025.
"Kadar inflasi terus mencatatkan sederhana kepada paras sebelum pandemik, sebahagian besarnya berikutan impak daripada dasar monetari yang ketat dan harga makanan global yang turun.
"Sementara itu, unjuran pertumbuhan kekal tidak berubah dengan risiko berterusan, termasuk ketegangan geopolitik yang meningkat, pemecahan perdagangan dan ketidaktentuan berkaitan pilihan raya di negara-negara utama," katanya.
Bagi Asia Tenggara, unjuran pertumbuhan dikekalkan pada 4.6 peratus pada tahun ini dan 4.7 peratus pada 2025 manakala bagi Pasifik, ia kekal pada 3.3 peratus pada 2024 dan 4.0 peratus pada 2025.
Bagi Malaysia, ADB mengekalkan unjuran pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus pada 2024 dan 4.6 peratus pada 2025.
Katanya KDNK Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024, disokong oleh penggunaan swasta yang kukuh (+4.7 peratus) dan penambahbaikan yang berterusan dalam pekerjaan dan upah.
Katanya pelaburan turut mencatatkan pertumbuhan yang kukuh, disokong oleh pelaburan infrastruktur yang baik (11.9 peratus) dan perbelanjaan untuk jentera dan peralatan (8.9 peratus).
Ketibaan pelancong terus mencatatkan peningkatan semula (32 peratus), di samping pertumbuhan dalam penginapan, pengangkutan, hartanah dan pembinaan.
Katanya eksport pembuatan mencatatkan pemulihan sederhana (2.4 peratus), disokong oleh pertumbuhan eksport yang kukuh daripada gas asli cecair (4.2 peratus) dan produk petroleum mentah (13.3 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024
ADB berkata permintaan domestik berdaya tahan, dengan eksport dan pembuatan yang meningkat, akan menyokong pertumbuhan tahun ini.
APM Sandakan terima 11 aduan kes pokok tumbang
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan pada Isnin telah menerima sebanyak 11 aduan kes pokok tumbang berikutan hujan lebat sejak awal pagi.
Amaran hujan berterusan di tiga daerah di Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada untuk tiga kawasan di Sabah sehingga 29 November ini.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami Posisi, Potensi Ekonomi Malaysia-Korea
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
Johor negeri terbaharu fatwakan GISB sesat, menyeleweng
Johor menjadi negeri terbaharu memfatwakan ajaran, pegangan dan fahaman GISB sebagai sesat selaras ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan.
AWANIByte: Jualan Jimat Hebat Astro
Dapatkan baucar RM300 untuk setiap langganan apabila anda melanggan untuk mana-mana Pek Astro di mana-mana cawangan Suria Jerai Electrical, Courts Malaysia, or TBC Elektrik seluruh Malaysia. Pemberian hadiah baucar sehingga RM100,000 untuk masa terhad.
Nikmati hiburan terbaik bersama keluarga anda dengan Pek Primary hanya daripada RM41.99 sebulan dan PEMASANGAN PERCUMA! Strim sehingga 100,000 Video On Demand, lebih- 85 saluran premium seperti Ria, AXN, iQIYI, ONE, Arena dan banyak lagi. Pasti satu keluarga dapat tengok rancangan kegemaran mereka.
Nikmati hiburan terbaik bersama keluarga anda dengan Pek Primary hanya daripada RM41.99 sebulan dan PEMASANGAN PERCUMA! Strim sehingga 100,000 Video On Demand, lebih- 85 saluran premium seperti Ria, AXN, iQIYI, ONE, Arena dan banyak lagi. Pasti satu keluarga dapat tengok rancangan kegemaran mereka.
KPM lancar Kit Duta Sahsiah bantu sekolah bangunkan pendidikan karakter pelajar
Kementerian Pendidikan melancarkan Kit Duta Sahsiah, satu inisiatif kerajaan untuk membangunkan pendidikan karakter pelajar.
Jadilah jutawan pertama Zest-i Account, berpeluang membawa pulang wang tunai RM1 juta!
Maksimumkan peluang anda untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM5 juta dengan Zest-i Account.
Proses lombong REE di Kelantan lewat kerana berada dalam hutan simpan
Taburan mineral unsur nadir bumi (REE) dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) antara yang menyebabkan berlaku kelewatan proses perlombongan hasil bumi itu di Kelantan.
Kerajaan kaji, teliti laporan syarat warga emas perbaharui lesen memandu
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata kerajaan tidak terburu-buru untuk meletakkan syarat dan akan meneliti dengan lebih lanjut cadangan menetapkan syarat baharu bagi pemandu warga emas.
#AWANInews
#AWANInews
Perubahan iklim boleh kurangkan KDNK Asia dan Pasifik sebanyak 17 peratus menjelang 2070 - ADB
Kenaikan paras laut dan penurunan produktiviti buruh dijangka menjadi punca utama kerugian, dengan negara berpendapatan rendah paling terkesan.
ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus
ADB berkata permintaan domestik berdaya tahan, dengan eksport dan pembuatan yang meningkat, akan menyokong pertumbuhan tahun ini.
ADB gesa ASEAN tingkatkan kualiti hidup untuk bangunkan masyarakat berdaya tahan
Rantau ini perlu, antara lain, berusaha memastikan rakyat boleh membaca, pintar matematik dan sains, dan pemakanan lebih baik.
Jerman sedia geran bernilai AS$26 juta untuk ADB sokong mekanisme peralihan tenaga
Jerman ialah rakan kongsi pembiayaan kedua yang menyertai Dana Amanah Perkongsian ETM ADB, susulan pengumuman geran AS$25 juta oleh Jepun.
Pemulihan hijau Asia Tenggara boleh wujudkan peluang pelaburan RM760 bilion setiap tahun
ADB menjelaskan laporan terbaru itu mengenal pasti lima bidang yang menyokong pemulihan pasca-COVID-19 menerusi pembangunan lebih hijau.
Ekonomi membangun Asia diunjur berkembang 5.2 peratus tahun ini
Beberapa wilayah/rantau dijangka kembali kepada kadar pertumbuhan ekonomi yang mereka alami sebelum penularan pandemik.
ADB lancar fasiliti vaksin Asia Pasifik bernilai AS$9 bilion
Anggota ADB yang sedang membangun memerlukan pembiayaan untuk mendapatkan vaksin serta pelan dan pengetahuan yang bersesuaian.
Batalkan jaminan ADB ibarat balas dendam kepada rakyat Pulau Pinang - Guan Eng
Menurut Lim Guan Eng, keputusan itu dilihat seperti satu pembalasan dendam politik terhadap rakyat Pulau Pinang.
Ekonomi Malaysia dijangka susut 4.0 peratus tahun ini - ADB
Ekonomi Malaysia dijangka susut sebanyak 4.0 peratus pada tahun ini sebelum pulih untuk berkembang sebanyak 6.5 peratus pada 2021, menurut Bank Pembangunan Asia (ADB).
Malaysia, Vietnam dan Thailand, penerima manfaat terbesar jika konflik perdagangan AS-China berpanjangan - ADB
ADB mengunjurkan Malaysia, Vietnam dan Thailand akan menjadi penerima manfaat yang terbesar di Asia Tenggara jika ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China berpanjangan.