KUALA LUMPUR:Bank Pembangunan Asia (ADB) telah melancarkan inisiatif vaksin bernilai US$9 bilion (US$1=RM4.05) yang dipanggil Fasiliti Akses Vaksin Asia Pasifik (APVAX), menawarkan sokongan yang pantas serta saksama kepada anggota-anggotanya yang sedang membangun untuk mendapatkan vaksin COVID-19 yang berkesan dan selamat.
Presiden Masatsugu Asakawa berkata anggota ADB yang sedang membangun memerlukan pembiayaan untuk mendapatkan vaksin serta pelan dan pengetahuan yang bersesuaian agar dapat menguruskan proses vaksin dengan selamat, saksama serta cekap.
"APVAX akan memainkan peranan kritikal dalam membantu anggota kami menghadapi cabaran termasuk untuk mengatasi pandemik dan memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
APVAX menyediakan rangka kerja yang komprehensif dan peruntukan sumber bagi menyokong pembangunan akses vaksin Asia dengan menggunakan dua komponen pelengkap.
"Komponen tindak balas yang pantas akan memberikan sokongan tepat pada masanya terhadap diagnostik vaksin yang kritikal, perolehan vaksin dan pengagihan vaksin dari tempat pembelian kepada anggota ADB yang sedang membangun.
"(Sementara itu,) komponen pelaburan projek akan menyokong pelaburan dalam sistem untuk pengagihan, penyampaian dan pentadbiran vaksin yang berjaya bersama-sama dengan pelaburan berkaitan kapasiti pembangunan, jangkauan komuniti serta pengawasan," katanya.
ADB berkata komponen kedua mungkin merangkumi bidang seperti penyimpanan dan pengangkutan rantaian sejuk, kenderaan, infrastruktur pengedaran, kemudahan pemprosesan termasuk pelaburan fizikal lain.
Ia juga boleh digunakan bagi membangunkan atau mengembangkan kapasiti pembuatan vaksin dalam membangunkan anggota ADB.
Menurut bank itu lagi, pembiayaan untuk vaksin akan disediakan melalui penyelarasan rapat dengan rakan pembangunan lain seperti Kumpulan Bank Dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Kemudahan Akses Global Vaksin COVID-19 (COVAX), pakatan vaksin GAVI serta rakan kongsi dua hala dan pelbagai hala.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 11 2020

APVAX menyediakan rangka kerja yang komprehensif dan peruntukan sumber bagi menyokong pembangunan akses vaksin Asia dengan menggunakan dua komponen pelengkap. -Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.

Pelancongan di Asia Pasifik pulih ke paras sebelum pandemik menjelang 2024 - ADB
Ketibaan pelancong antarabangsa di rantau Asia Pasifik meningkat 399 peratus tahun ke tahun untuk lapan bulan pertama 2022.

Sistem makanan berdepan tekanan - Bank Pembangunan Asia
Krisis makanan yang semakin meningkat bermakna lebih ramai keluarga kelaparan setiap hari di negara membangun di Asia.

ADB sedia bantuan kecemasan AS$100 juta untuk sokong Mongolia
Kenaikan harga makanan dan bahan api mengurangkan kuasa beli dan meningkatkan kemiskinan di Mongolia.

Ringgit meningkat kepada 4.08 berbanding dolar AS
Susulan kekukuhan harga minyak mentah serta keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini, kata seorang penganalisis.

ADB lancar fasiliti vaksin Asia Pasifik bernilai AS$9 bilion
Anggota ADB yang sedang membangun memerlukan pembiayaan untuk mendapatkan vaksin serta pelan dan pengetahuan yang bersesuaian.

Batalkan jaminan ADB ibarat balas dendam kepada rakyat Pulau Pinang - Guan Eng
Menurut Lim Guan Eng, keputusan itu dilihat seperti satu pembalasan dendam politik terhadap rakyat Pulau Pinang.

Ekonomi global dijangka catat kerugian AS$8.8 trilion berikutan impak COVID-19 - ADB
Analisis itu menggunakan model keseimbangan umum Global Trade Analysis Project (GTAP), meliputi 96 negara yang terjejas.

Malaysia, Vietnam dan Thailand, penerima manfaat terbesar jika konflik perdagangan AS-China berpanjangan - ADB
ADB mengunjurkan Malaysia, Vietnam dan Thailand akan menjadi penerima manfaat yang terbesar di Asia Tenggara jika ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China berpanjangan.

ADB akan mulakan kajian mengenai Zon Ekonomi Khas Sempadan pada Januari
Bank Pembangunan Asia (ADB) akan memulakan kajian tinjauan mengenai Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) Januari depan.