TASHKENT: Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev berkata lawatan bersama wakil dalam kalangan perniagaan serta mengambil bahagian dalam pameran yang diadakan di kedua-dua negara akan diteruskan.
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menganjurkan penglibatan perniagaan dua hala secara kerap dan berkesan bukan sahaja dalam sektor barangan dan perkhidmatan arus perdana tetapi turut melibatkan pelancongan, peluang penjagaan kesihatan dan bidang lain yang memberi manfaat bersama.
"Dua pemimpin berkenaan menekankan kepentingan mengutamakan pengembangan perdagangan dan kerjasama ekonomi yang saling menguntungkan antara Uzbekistan dan Malaysia," kata kenyataan itu.
Anwar dan Mirziyoyev juga mengambil maklum mengenai peningkatan ketara dalam jumlah perdagangan bersama dalam barangan dan perkhidmatan antara kedua-dua negara sejak tujuh tahun lalu serta keperluan untuk mengenal pasti peluang yang belum diteroka dan menyatakan kesediaan untuk mengembangkannya lagi pada beberapa tahun akan datang.
"Kedua-dua pemimpin turut bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk mengadakan rundingan tetap antara agensi bertanggungjawab kedua-dua negara untuk membincangkan isu mewujudkan keadaan yang menggalakkan bagi jumlah perdagangan dua hala, mempelbagaikan komposisi pertukaran barangan dan meningkatkan jumlahnya," kenyataan berkata.
Bagi merangsang perdagangan bersama, kedua-dua pemimpin juga menekankan keperluan untuk meneruskan kerja secara sistematik dalam pembangunan selanjutnya dalam ketersambungan pengangkutan udara dan mewujudkan laluan logistik baharu yang mudah untuk memastikan kedua-dua negara menjalankan perniagaan dengan lancar.
"Untuk memudahkan proses eksport dan import, kedua-dua pemimpin berkenaan mengambil maklum mengenai keperluan untuk mempercepatkan kerjasama antara badan kawal selia teknikal yang menyelia piawaian produk di kedua-dua negara dan bagi menyepadukan sistem maklumat dalam bidang fitosanitasi," kata kenyataan itu.
Pada 2023, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Uzbekistan adalah RM451.1 juta (US$94.03 juta) dengan eksport ke Uzbekistan berjumlah RM449 juta (US$93.6 juta) dan import berjumlah RM1.99 juta (US$414,518).
Dalam pada itu, kedua-dua pemimpin berpuas hati bahawa terdapat beberapa penglibatan progresif antara Uzbekistan dan Malaysia dalam mewujudkan ekosistem industri halal kondusif yang akan membawa manfaat bersama.
"Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Uzbekistan juga menekankan peluang kerjasama dalam pelbagai sektor ekonomi dan membincangkan kemungkinan projek bersama dalam tenaga, termasuk sumber tenaga boleh diperbaharui, kimia, elektronik dan kejuruteraan elektrik, farmaseutikal dan tekstil, industri perlombongan dan metalurgi, pemprosesan produk pertanian dan industri makanan, kejuruteraan dan pembinaan.
"Dari pihak Malaysia, ia mengesahkan sudah bersedia untuk menggalakkan wakil komuniti perniagaan melabur di wilayah Uzbekistan manakala pihak Uzbekistan pula menyatakan kesediaannya untuk memberikan bantuan diperlukan kepada pelabur Malaysia bagi memudahkan prosedur menjalankan perniagaan di negara berkenaan," kata kenyataan itu.
Selain itu, kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk memudahkan prosedur pelaburan untuk kemasukan dan keluar pelabur sekali gus mewujudkan persekitaran kondusif untuk pertukaran aktiviti berkaitan pelaburan yang sihat antara Malaysia dan Uzbekistan.
"Bagi menggalakkan kerjasama industri bersama, dua pemimpin itu menyokong cadangan mewujudkan zon perindustrian Uzbekistan-Malaysia di Uzbekistan merangkumi laluan selamat untuk barangan serta mengkaji rangka kerja undang-undang kerjasama dalam melindungi ahli perniagaan kedua-dua negara," kata kenyataan itu lagi.
Terdahulu, Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Mirziyoyev.
Dalam pertemuan sejam itu, kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan antara Malaysia dan Uzbekistan serta meneroka bidang kerjasama yang berpotensi.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dari Kazakhstan, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent pada 2.15 petang waktu tempatan.
Uzbekistan adalah persinggahan terakhir lawatan rasmi Anwar ke tiga negara Asia Tengah.
Sebelum ini beliau melawat Republik Kyrgyz dan Kazakhstan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
![Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715964707_AnwarIbrahimShavk.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani kenyataan bersama Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev di Istana Presiden Kuksaroy. - Foto BERNAMA
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739970224_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.
![Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661308816_Petronas.jpg)
Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.
![Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia? Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739892232_tbAnwarIbrahim.jpg)
Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.
![Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739769649_ANWARIBRAHIM.jpg)
Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.
![Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739602838_IbuKotaNusantara.jpg)
Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.
![CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739590711_CaptainNorazmanMah.jpg)
CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.
![Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731897241_EkonomiMalaysia.jpg)
Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.
![Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458025_EmbajadadeCubaen.jpg)
Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.
![Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695257373_AnwarErdoan.jpg)
Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.
![Bukan sekadar konsert, 'Here I Am' refleksi perjalanan seni Rossa Bukan sekadar konsert, 'Here I Am' refleksi perjalanan seni Rossa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739362341_DatukSeriRossa.jpg)
Bukan sekadar konsert, 'Here I Am' refleksi perjalanan seni Rossa
"Here I Am." Frasa ringkas tetapi penuh makna bagi Ratu Pop Indonesia Datuk Seri Rossa yang memilih ungkapan itu sebagai tajuk konsert terbesarnya pada 14 Jun depan.