KUALA LUMPUR: Malaysia sentiasa mengutamakan serta mendukung amalan buruh yang baik termasuk di semua sektor agrikomoditi demi kebajikan semua pihak menerusi pemerkasaan setiap undang-undang yang melibatkan kebajikan pekerja.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan, pendirian sedemikian sekali gus membuktikan komitmen Malaysia yang sememangnya menentang sebarang amalan buruh paksa.
Malah, katanya, komitmen Malaysia itu juga jelas menerusi Kajian Mengenai Situasi Buruh di Sektor Perladangan selama dua tahun yang siap pada 2020 hasil kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perangkaan dan wakil Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
"Selain itu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melalui Majlis Getah Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia serta agensi berkaitan juga sentiasa mengawasi, memantau dan meningatkan pihak industri untuk mengambil berat kebajikan pekerja di sektor agrikomoditi serta mematuhi undang-undang demi kemaslahatan (manfaat) bersama," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohd Khairuddin berkata, KPPK juga mengambil perhatian terhadap tindakan terbaharu Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) yang mengeluarkan arahan larangan import terhadap semua sarung tangan pakai buang keluaran Top Glove Corporation Bhd.
Menurutnya, dakwaan CBP itu juga adalah rentetan laporan sebelumnya yang telah serta sedang diselesaikan oleh Top Glove.
"KPPK dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Top Glove telah mengambil pelbagai langkah dan tindakan bagi memastikan syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia itu mematuhi segala peraturan ILO berkaitan penyalahgunaan tenaga kerja.
"Ini termasuk mengemukakan laporan yang disediakan oleh perunding antarabangsa dari United Kingdom iaitu Impactt Limited (Impactt) kepada CBP pada 16 Mac, 2021 untuk dinilai (oleh mereka)," katanya.
Selain itu, kata Mohd Khairuddin, Top Glove juga telah mengambil semua langkah ditetapkan pihak berkuasa AS untuk memastikan masalah terbabit dapat ditangani segera.
Sebelum itu, Impactt menerusi kenyataan pada 9 Mac 2021 telah mengesahkan bahawa tiada (amalan) buruh paksa secara bersistem dalam operasi syarikat Top Glove berdasarkan hasil penilaian yang dijalankan.
KPPK juga dimaklumkan pada tahun lepas bahawa syarikat tersebut telah membelanjakan sejumlah RM136 juta bagi mengurangkan bebanan hutang pekerja migran yang dikenakan oleh agensi pekerjaan.
Langkah itu merupakan sebahagian daripada Dasar Pengambilan Kos Sifar dan Pematuhan Audit Sosial yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut sejak 2019, kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021

Mohd Khairuddin menegaskan, pendirian sedemikian sekali gus membuktikan komitmen Malaysia yang sememangnya menentang sebarang amalan buruh paksa. - Gambar fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Majlis tarian ala bogel: Pahit tetapi teguran perlu dibuat - Mohd Khairuddin
Majlis tersebut juga dilihat telah bercanggah dengan nilai ketimuran dan nilai masyarakat Malaysia.

Takiyuddin tidak letak jawatan, kekal sebagai menteri - Khairuddin
Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang menegaskan Takiyuddin akan kekal dengan portfolionya sekarang.

Saifuddin cadang tiga strategi turunkan harga minyak masak botol
Saifuddin tidak bersetuju dengan Mohd Khairuddin bahawa harga minyak masak di pasaran sekitar RM30 bagi botol lima kilogram adalah munasabah.

Kempen anti minyak sawit: Penubuhan panel tindakan undang-undang ke atas EU diluluskan - Khairuddin
Permohonan Malaysia untuk menubuhkan panel bagi meneliti langkah yang diambil EU dalam pelaksanaan EU RED II telah diluluskan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada Jumaat lepas.

Malaysia sentiasa utamakan amalan buruh baik di sektor agrikomoditi - Mohd Khairuddin
Malaysia sentiasa mengutamakan serta mendukung amalan buruh yang baik termasuk di semua sektor agrikomoditi demi kebajikan semua pihak.

Lucut Hak: Tiada penjelasan asas kemasukan dana dalam akaun Najib - Pendakwaan
Perbicaraan di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan akan disambung pada 1 dan 23 April, serta 18 Jun.

Harga minyak sawit mentah melonjak kepada paras tertinggi dalam sejarah semalam
Harga minyak sawit mentah melonjak kepada paras tertinggi dalam sejarah industri sawit negara kepada RM4,247.50 setiap tan pada Isnin.

Malaysia tingkat eksport minyak sawit ke Arab Saudi - Mohd Khairuddin
Malaysia akan meningkatkan eksport minyak sawit ke Arab Saudi kepada 500,000 tan yang dianggarkan bernilai RM1 billion.

Survival politik Amanah dan setiakawan yang dikhianati
Melihat kepada kemorosotan populariti Amanah di ruangan publik dan juga bahan sebutan di kalangan rakyat, ini sesuatu yang membimbangkan.

Lompat ke PKR tak seserius lompat ke PN - Khalid
Katanya, menyertai PN jauh lebih serius kerana ia boleh dianggap sebagai mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada mereka pada PRU14 yang lalu.