BENTONG: Malaysia akan meningkatkan eksport minyak sawit ke Arab Saudi kepada 500,000 tan yang dianggarkan bernilai RM1 billion, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beliau berkata peningkatan daripada 300,000 tan ketika ini adalah susulan lawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi baru-baru ini yang ternyata memberi manfaat kepada industri sawit.
"Ini merupakan antara kejayaan besar hasil lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi selain permintaan tinggi bagi minyak sawit sepanjang tempoh pandemik COVID-19," katanya pada sidang media selepas meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan Kempen Pendaftaran Program Imunisasi Kebangsaan Sektor Peladangan di sini, semalam.
Perdana Menteri telah melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 6-11 Mac lepas.
Mengulas selanjutnya, Mohd Khairuddin berkata bagi memperkasakan lagi pasaran minyak sawit ke Afrika dan Asia Barat, pihaknya telah bersetuju untuk membuka sebuah pejabat serantau di Jeddah, Arab Saudi dalam masa terdekat.
Beliau berkata, langkah itu memberi peluang bagi memperkukuh kedudukan komoditi di pasaran Afrika dan Asia Barat.
"Kita melihat Jeddah sebagai hab yang paling baik. Oleh itu, dengan penubuhan pejabat tersebut, saya berharap hasil sawit kita boleh dipasarkan dengan lebih meluas di peringkat antarabangsa," katanya.
Selain itu, beliau berkata kementerian itu juga sedang berunding dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia bagi mendapatkan tenaga pekerja asing susulan keperluan mendesak di sektor perladangan.
Menurutnya, pada masa ini terdapat lebih 250,000 pekerja asing terlibat dalam sektor tersebut dengan sejumlah daripada mereka telah pulang ke negara masing-masing selain permit pekerja yang tamat tempoh.
Beliau berkata, kementerian itu akan mengemukakan langkah-langkah yang akan dilaksanakan di sektor perladangan terutama berkaitan SOP sebagai jaminan untuk mendapatkan kira-kira 32,000 lagi pekerja asing bagi usaha penuaian di sektor perladangan.
"Sekiranya kita boleh dapatkan 32,000 bagi usaha penuaian ini, (ini bermakna) kita akan menambah RM5 bilion lagi bagi pendapatan berkaitan sawit yang disasarkan sebanyak RM75 billion pada tahun ini.
"Pada masa sama, kita amat berharap warga tempatan untuk turut menceburi bidang perladangan yang menyediakan banyak kemudahan seperti tempat tinggal percuma," katanya.
Terdahulu, Mohd Khairuddin meluangkan masa meninjau tempat tinggal para pekerja serta kilang sawit FGV Holdings Berhad di Mempaga di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 12 2021
Seorang pekerja dilihat mengutip buah sawit relai di sebuah ladang di Sepang. - Foto fail
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.
Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekistan, sambut ulang tahun perkahwinan
Muhyiddin gagal mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk bercuti dan menyambut ulang tahun perkahwinan di Uzbekistan.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
MoU peruntukan: Pembangkang kekal tolak, tidak kemuka cadangan baharu - Muhyiddin
PN tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi.