Mewujudkan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta berasaskan nilai yang lengkap dengan pembiayaan kesihatan selain transformasi penjagaan kesihatan awam, adalah antara pembaharuan yang ingin dilakukan oleh Malaysia dalam mewujudkan ekosistem penjagaan kesihatan berasaskan nilai di negara ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata walaupun tanggungjawab kerajaan adalah untuk memastikan akses kepada penjagaan berkualiti tinggi yang mampu untuk rakyat, tentu saja sangat baik untuk mempunyai sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta yang dinamik.
"Sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta yang dinamik pastinya dapat dicapai apabila sektor awam dan swasta bergerak seiring dan tidak secara berasingan," katanya pada sidang pleno yang diadakan sempena Persidangan Pengurusan Hospital 2019 di Pusat Konvensyen Kebangsaan, Hanoi, Vietnam, pada Rabu (11 Sept).
Salinan teks ucapan beliau dikeluarkan kepada media di sini pada Jumaat.
"Saya benar-benar ingin melihat beberapa pembaharuan pengawalseliaan sektor swasta yang konkrit dengan memupuk penjagaan kesihatan swasta berasaskan nilai.
"Kajian pengawalseliaan bersama pasti akan dilakukan dan semua pembaharuan akan difasilitasi oleh profesional kesihatan, menyediakan perkhidmatan kesihataan di hospital dan klinik, institusi pembiahyaan, insurans kesihatan, organisasi penjagaan terurus dan Takaful," katanya.
Tujuan pembaharuan sektor swasta adalah untuk memperkenalkan amalan massa global, terutamanya penjagaan kesihatan berasaskan nilai dan pengawasan sektor kesihatan swasta, dan meletakkan asas pengawalseliaan untuk mewujudkan dan membolehkan persekitaran untuk sektor awam dan swasta.
Berkongsi pandangannya sebagai salah seorang panelis pada persidangan itu, Dr Dzulkefly menekankan dapatan akhir kajian holistik adalah untuk mengukuhkan penjajaran dan harmonisasi peraturan dan juga untuk mengenal pasti dan menangani jurang dan kelemahan dalam kedua-dua instrumen pengawalseliaan, kapasiti pengawal selia dan mengurangkan konflik nyata atau apa yang dianggap konflik kepentingan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 13 2019

Dr Dzulkefly Ahmad berkata tentu saja sangat baik untuk mempunyai sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta yang dinamik. Foto: Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

COVID-19: Selangor pergiat POIS, pengesanan kontak - Dr Dzulkefly
Inisiatif POIS bersifat proaktif, berbanding tindakan reaktif seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

Pemergian Prof Ungku Aziz dirasai pelbagai pihak
Pemergian Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid pada Selasa cukup dirasai ramai pihak.

Ketua Pengarah WHO puji komitmen KKM perangi COVID-19
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memuji kepakaran dan komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.

Makan kangkung, lemon rawat koronavirus? Reaksi Menteri Kesihatan
Mengulas mengenai perkara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM mengamalkan bukti berasaskan perubatan.

Koronavirus: Rakyat Malaysia mahu bekerja dari rumah? Ini reaksi Menteri Kesihatan
Walaupun ada permintaan terhadap perkara itu, namun kementerian menyerahkan kepada keputusan majikan masing-masing.

"Mohonlah pada Allah selamatkan Malaysia" - Mufti Wilayah saran tunai solat hajat bendung koronavirus
Masjid seluruh negara disarankan untuk adakan solat hajat bagi memohon agar Allah SWT untuk membendung penularan novel koronavirus.

Bekalan ubat rawat influenza mencukupi - Dr Dzulkefly
Beliau menjelaskan pihak Pharmaniaga memberi jaminan bekalan ubat untuk merawat influenza ini akan sentiasa mencukupi pada setiap waktu.

Pegawai optometris di hospital kerajaan masih kurang
Kekurangan itu menyebabkan bebanan kerja pegawai optometri semakin meningkat dan secara tidak langsung mengurangkan keberkesanan sistem kesihatan.

Fenomena 'bubble tea': Kerajaan pantau lambakan produk
Kementerian akan memantau lambakan produk seumpama itu yang sejak kebelakangan ini menjadi fenomena.

Tiada kes baru dalam insiden sesak nafas di Pasir Gudang - Dzulkefly
Seramai 1,138 orang terjejas akibat insiden kejadian sesak nafas di Pasir Gudang yang berlaku sejak 25 Jun lalu.