KUALA LUMPUR: Selangor kini sedang mempergiatkan lagi usaha pencegahan kesihatan awam menerusi ‘Preventing Outbreak at Ignition Site’ (POIS) di seluruh negeri itu.
Mengakui Selangor sebuah negeri yang pesat serta banyak kawasan perindustrian, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, adalah penting untuk pengesanan awal kes COVID-19 dilakukan sebelum perebakan berlaku.
Menurut Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani COVID-19 Selangor (STFC) itu, inisiatif tersebut bersifat proaktif berbanding tindakan reaktif seperti yang dilaksanakan sebelum ini.
"Kita mahu fokuskan di tempat perebakan ini khusunya apa yang dikatakan sebagai kilang-kilang dan industri ini yang dikatakan sesuatu yang pesat di negeri Selangor.
"Kita mahu pelihara mereka (pekerja industri), bendung mereka, kita mahu lindungi mereka dengan kita melakukan program seperti ini (PIOS) atau dalam kata lain tindakan kesihatan awam dipertingkat.
"Ini merupakan pelaksanaan pendekatan kesihatan awam seiring 'rejim' ujian pengesanan awal, iaitu perlu cepat untuk kita mengenal pasti sebelum perebakan berlaku," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes baharu COVID-19 harian di negeri itu yang kekal 4 digit, selain pertambahan kluster tempat kerja.
Mengulas berkenaan kes sporadik yang juga antara perkara yang dibimbangi ketika ini, Dr Dzulkefly berkata, pengesanan kontak perlu terus dipertingkatkan.
"Kita kena betul-betul pertingkatkan keupayaan pengesanan kontak untuk mengenal pasti bahawa kes ini (sporadik) sebenarnya daripada kluster juga.
"Kami sangat sedar bahawa kami akan teruskan pendekatan kami untuk menyaring, membuat fasa ketiga ujian saringan di daerah-daerah di lapan lagi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang perlu kita ulangi," katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Jun 27 2021
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani COVID-19 Selangor (STFC) itu berkata inisiatif itu bersifat proaktif, berbanding tindakan reaktif seperti yang dilaksanakan sebelum ini. - Foto Facebook/Dr Dzulkefly Ahmad
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.