PUTRAJAYA: Malaysia memandang serius keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang (RUU) berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pergerakan Jihad Islam Palestin pada Rabu lalu.
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberitahu, sehubungan itu pihaknya sedang melihat keseluruhan kandungan RUU berkenaan sebelum melaksanakan apa-apa tindakan susulan.
Menurutnya, keputusan itu bukan sahaja memberi kesan kepada Malaysia, malah turut melibatkan negara-negara lain.
"Kita masih lagi melihat keseluruhan RUU berkenaan dan berusaha, sepatutnya (bukan sahaja kita) malah seluruh dunia termasuk AS untuk mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera.
"Malaysia akan bersama-sama dengan negara-negara lain melihat perkara ini.
"Ini kerana RUU baharu ini bukan sahaja melibatkan Malaysia tetapi semua negara yang dikatakan menyokong Hamas dan tidak seiring dengan AS," katanya kepada pemberita selepas Program Diplomasi Awam sempena Hari Wisma Putra di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut Zamry memberitahu,kerajaan akan terus mengamalkan dasar diplomasi aktif bagi membawa suara Malaysia di pentas antarabangsa berhubung isu-isu kemanusiaan di Palestin.
Meskipun Malaysia dianggap sebagai sebuah negara kecil, namun beliau memberitahu, peranan Malaysia dalam memperjuangkan hak-hak kemanusiaan sentiasa diberi keutamaan.
"Kita akan menggunakan semua pengaruh yang ada, Malaysia mungkin dianggap sebagai sebuah negara kecil, tetapi dalam konteks peranan dan pengaruh Malaysia dalam kalangan negara-negara ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kumpulan Negara Membangun (G77) dan Global South, nama Malaysia sentiasa diberi keutamaan.
"Suara Malaysia seringkali diminta dalam kalangan negara-negara ini. Jadi dalam usaha ini, kita akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi menangani isu ini," jelasnya.
Sehubungan itu katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin dunia termasuk India dan Qatar pada minggu ini.
Menurut Kementerian Palestin, angka kematian penduduk Palestin akibat serangan berterusan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat melebihi 9,000 nyawa.
Umavathi Ramayah
Sat Nov 04 2023

Zambry berkata keputusan AS itu bukan sahaja memberi kesan kepada Malaysia, malah turut melibatkan negara-negara lain. - Foto fail/Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza
Israel dijangka menerima mayat empat tebusan dari Gaza dan sedang berusaha membawa pulang enam lagi tebusan yang masih hidup Sabtu ini.

Genjatan senjata: Keluarga tebusan Israel gesa Netanyahu bawa pulang tahanan
Setakat ini, 19 tebusan Israel telah dibebaskan dengan ratusan tahanan Palestin dibebaskan sebagai balasan.

Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas dan Saraya Al-Quds, kumpulan bersenjata daripada Jihad Islam, menyerahkan tiga tawanan Israel pada Sabtu.

Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan
Angggota Hamas dan penduduk tempatan berkumpul di bandar selatan Gaza, Khan Younis menjelang pembebasan tiga tebusan yang dijangka berlaku pada Sabtu.

Hamas umum nama tiga tebusan dibebaskan Sabtu
Ketiga-tiga tebusan itu adalah Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Alexandre Sasha Troufanov.

Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu
Angkatan Pertahanan Israel juga, kata Netanyahu, akan kembali melancarkan serangan sengit sehingga Hamas dikalahkan sepenuhnya.

Amaran Donald Trump: Malapetaka akan tercetus jika Hamas enggan bebas tebusan Israel
Ditanya apa maksud "segala malapetaka" yang mungkin berlaku di Gaza, Trump berkata: "Anda akan tahu dan mereka akan tahu - Hamas akan tahu apa yang saya maksudkan."

Hamas tangguh pembebasan tebusan, tentera Israel diarah ‘bersiap sedia’
Penangguhan ini "sebagai amaran" kepada Israel dan bertujuan memberi tekanan agar "mematuhi sepenuhnya" terma perjanjian gencatan senjata.