KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalkan kedudukan di tangga ke-36 daripada 132 negara dalam Laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2023 dengan peningkatan skor keseluruhan 40.9 berbanding 38.7 pada tahun lepas.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan Malaysia juga menduduki tangga kedua negara paling berinovatif selepas China dalam kalangan 36 upper-middle income countries dengan kenaikan satu tangga berbanding 2022 dan bagi ASEAN, Malaysia kekal berada di tempat kedua selepas Singapura.
"Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan pertama bagi dua sub-indikator iaitu High-tech exports dan Creative goods export serta melonjak ke kedudukan pertama bagi sub-indikator Graduates in Science and Engineering.
"Secara keseluruhannya, Malaysia menunjukkan peningkatan bagi lima daripada tujuh tonggak berbanding 2022 iaitu institutions (29 berbanding 34); Human capital and research (32 berbanding 38); Market sophistications (18 berbanding 26); Business sophistications (36 berbanding 41), dan Knowledge and technology outputs (37 berbanding 39)," katanya dalam kenyataan hari ini.
MOSTI memaklumkan peningkatan prestasi negara dalam GII yang dikeluarkan Badan Harta Intelek Dunia (WIPO) di Geneva, Switzerland, antara lain didorong oleh pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh Jawatankuasa Inter-Agensi Pemantauan Daya Saing GII, bawah kementerian itu melalui Pendekatan Keseluruhan Kerajaan yang melibatkan semua kementerian dan agensi kerajaan.
Bagi memastikan Malaysia berjaya memasuki 30 negara teratas dalam GII menjelang 2025 sejajar dengan sasaran yang ditetapkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, MOSTI akan melaksanakan beberapa inisiatif.
Ia termasuk membantu mendaftarkan harta intelek (IP) bagi mana-mana inovasi berpotensi untuk dikomersialkan termasuk dihasilkan oleh pelajar sekolah; pengubalan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara; penyediaan maklumat pasaran ekosistem startup tempatan dan mengusulkan cadangan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Bakat Sains, Teknologi dan Inovasi.
Menurut kenyataan itu, MOSTI melihat prestasi Malaysia dalam GII bukan sekadar alat pengukur, tetapi panduan memberikan gambaran menyeluruh tentang keupayaan inovasi negara yang memberi tumpuan kepada faktor penting mendorong dan menyokong proses inovasi termasuk penyelidikan dan pembangunan; keusahawanan; infrastruktur teknologi dan pelbagai bidang yang memerlukan intervensi.
Menurut kenyataan itu, semua inisiatif berkenaan selaras dengan iltizam Kerangka Dasar Malaysia MADANI untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaya cipta dan pengeluar teknologi menjelang 2030
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023

Malaysia mengekalkan kedudukan di tangga ke-36 daripada 132 negara dalam Laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2023 dengan peningkatan skor keseluruhan 40.9 berbanding 38.7 pada tahun lepas. -Gambar hiasan/Unsplash

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah
Planetarium Negara berhasrat menggabungkan elemen sains dan seni dalam produk pamerannya bagi menyemai minat orang ramai, terutama generasi muda, dalam bidang sains astronomi.

Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).

MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.

INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang
Inovasi ini mampu menurap jalan berlubang dalam masa lima minit menggunakan campuran bahan batu kelikir yang dibuang.

NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.

MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.