Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Malaysia dan India bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk meneliti isu-isu berkaitan bidang teknologi, anti perang siber, anti keganasan dan pembasmian kemiskinan.
Timbalan Perdana Menteri berkata kedua-dua negara melahirkan komitmen untuk bekerjasama secara erat dalam kesemua isu terbabit selepas perbincangan kira-kira 30 minit diadakan antaranya bersama Perdana Menteri India Narendra Modi yang singgah di Malaysia dalam lawatan singkatnya pada Khamis.
"Saya rasa pasukan petugas ini adalah idea yang baik. Kita sedang menghadapi ancaman serantau seperti perang siber dan keganasan yang melemahkan keselamatan negara kita.
"Pandangan saya kerjasama ini penting sebagai langkah ke hadapan untuk mengukuhkan lagi negara di dalam bidang 'kecerdasan buatan' dan pertahanan," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Pertemuan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang turut disertai suami Dr Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan.
Sementara itu, Modi seperti dipetik kenyataan itu menjelaskan bahawa pasukan petugas itu antara lain akan bertanggungjawab mencadangkan bidang-bidang kerjasama dua negara, menetapkan program, sasaran dan tarikh akhir setiap sasaran.
"Sekiranya pasukan petugas yang ditubuhkan di Malaysia dapat melawat India, pihak kami juga akan menubuhkan pasukan petugas. Pelbagai perkara dapat dibincangkan dengan teliti, seperti teknologi maklumat, perisian, kecerdasan buatan, keselamatan siber dan menentukan bidang sasaran serta pelan tindakan," kata Modi.
Modi menegaskan pengganas masa kini mempunyai rangkaian global yang luas dan sistem sokongan sendiri, malah kesalinghubungan pengganas masa kini mungkin lebih bagus dan menjadikan pengganas ancaman terbesar buat umat manusia.
Beliau turut menyentuh mengenai dasar "Akta Timur" India yang memberi tumpuan kepada isu-isu seperti kemudahan perhubungan, perdagangan, hubungan manusiawi, ruang angkasa, maritim, yang mana Malaysia menjadi negara keutamaan India.
"Saya dapat melihat bahawa terdapat penumpuan antara pandangan anda dan tindakan yang telah kami ambil, dan kami ingin membawanya lebih jauh di bawah kepimpinan anda," katanya.
Dalam pada itu, Modi turut memuji Dr Wan Azizah atas keberanian dan kecekalannya berjuang mengubah kerajaan terdahulu.
"Hanya sebilangan sahaja di dunia ini yang dapat menanggung dan melaksanakan tanggungjawab ini seperti anda. Nama dan sumbangan anda akan termaktub di dalam sejarah negara ini. Keadaan yang anda hadapi, perjuangan yang dipimpin.
"Anda tidak mempunyai minat dalam politik tetapi anda menggalasnya sebagai sebuah tanggungjawab. Anda berjaya melakukannya dengan penuh jaya. Saya rasa ini hebat," katanya.
Modi yang dalam rangka lawatan ke rantau Asia Tenggara, singgah sebentar ke Malaysia untuk menyampaikan ucap selamat dan tahniahnya secara peribadi kepada Dr Mahathir atas kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.
Ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua pemimpin itu. Lawatan terakhir Modi ke Malaysia adalah pada 23 Nov 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 01 2018

Dr Wan Azizah mengadakan kunjungan hormat ke atas Narendra Modi di Kompleks Bunga Raya (KLIA), 31 Mei, 2018. -fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Hampir separuh rakyat Denmark dalam tinjauan anggap Amerika Syarikat sebagai ancaman
Penentangan umum terhadap usaha Donald Trump menguasai Greenland kekal tinggi, dengan 78 peratus rakyat Denmark menolak idea menjual pulau itu.

FBI siasat ancaman bom terhadap calon Kabinet Trump
FBI menyedari banyak ancaman bom dan insiden 'swatting' yang menyasarkan calon dan pelantikan pentadbiran baharu.

Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.

Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.

Negara Barat tidak boleh paksa Iran ikut kehendak mereka dengan kenakan sekatan - Menteri Luar
Tehran bersedia untuk terlibat dalam dialog yang saling menghormati, bukannya ancaman dan tekanan.

Perpaduan global penting atasi ancaman tidak kelihatan - PM Korea Selatan
Ancaman tidak kelihatan tidak boleh ditangani semata-mata melalui pertahanan negara, menurut PM Korea Selatan Han Duck Soo.

20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan
Abe Li terperdaya disebabkan terlalu percaya kata-kata rakannya bahawa ajaran itu hanya melibatkan ilmu perubatan dan persilatan.

Polis siasat ancaman di laman web Kedutaan Jerman
Hampir 100 mesej disiarkan di laman web itu sejak Selasa, termasuk ancaman memasang bahan letupan di kedutaan atau meletupkan kemudahan utama.

Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman
"Kami sentiasa mengkaji semula dan jika ada apa-apa yang konkrit muncul, kami pasti akan bertindak balas."

Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat
DOF akan terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap terumbu karang serta kualiti air bagi memelihara perairan lautan negara.