Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bahawa Malaysia mesti berkembang dalam memacu usaha dalam fasa seterusnya ke arah kelestarian masa depan.
Titah baginda, ini yang sepatutnya berlaku ketika dunia sedang mengalami transformasi dan negara tidak seharusnya berpuas hati dengan kejayaan masa lalu.
"Beta percaya, golongan muda Malaysia boleh memberi impak yang besar. Sebahagian daripada ciri-ciri belia adalah keupayaan untuk melihat dunia dari perspektif baru.
Dengan itu, kami juga berpeluang untuk membuat perubahan, sama ada dalam bidang penyelidikan dan pembangunan saintifik, pemuliharaan alam sekitar dan kemapanan, atau pembangunan sosial dan modal insan. Semua ini dapat memberikan dorongan untuk pertumbuhan yang mampan," titah Sultan Nazrin.
Sultan Nazrin selaku Penaung Diraja Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka bertitah demikian ketika berkenan menyampaikan Geran Anugerah Merdeka 2019 untuk pengumuman Pencapaian Antarabangsa dan majlis penyampaian di sini pada Jumaat.
"Kepada penerima Geran, saya harap anda akan memanfaatkan peluang terbaik untuk melibatkan diri dengan pakar-pakar terbaik dunia, mengumpulkan pandangan yang berharga untuk bidang penyelidikan anda, dan membangunkan penyelesaian untuk rakyat dan pada masa yang sama menyumbang kepada pertumbuhan peribadi anda," titah Sultan Nazrin.
Penerima geran ialah Chrishen Robert Gomez a/l Roy Antony Gomez, 25, Feng Ying Xing, 29, Juliana Ooi Sue May, 34, Mohd Azri Ab Rani, 35, dan Yanny Marliana Baba Ismail, 33.
Chrishen Robert Gomez kini ialah pengurus penyelidikan projek di Program Karnivor Borneo. Kerja-kerja beliau tertumpu kepada pemuliharaan haiwan terancam melalui penyelidikan genetik mengebnai Harimau Dahan Sunda.
Feng sedang menjalankan kerja-kerja pasca kedoktoran di Centre for Intelligent SDignal and Imaging Research di Universiti Teknologi Petronas. Beliau merancang untuk membangunkan model pembelajaran mendalam untuk meningkatkan prestasi kognitif.
Juliana, yang berkhidmat sebagai pengurus projek di Red Brick Global Education, berhasrat untuk menumpukan penyelidikannya bagi memperkasa golongan ibu bapa muda Malaysia dalam pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.
Dalam pada itu, Yanny Marliana menumpukan penyelidikannya mengenai bahan pintar yang dapat mempercepat penyembuhan tulang. Beliau kini menjadi pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia.
Mohd Azri, pensyarah kanan di Fakulti Sains Gunaa Universiti Teknologi Mara, berhasrat untuk meneruskan penyelidikannya mengenai bateri untuk masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 16 2019

Sultan Nazrin berkenan menyampaikan titah baginda pada Merdeka Award Grant 2019 di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, 16 Ogos, 2019. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pensyarah TAR UMT jadi wanita Orang Asli pertama terima Geran Anugerah Merdeka
Masni Mat Dong menjadi wanita Orang Asli pertama di negara ini yang menerima Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa.

Merdeka Award Trust 2023 terus iktiraf individu, organisasi cemerlang
Program Geran Anugerah Merdeka kini memasuki edisi ke-9 dan setakat hari ini MAT telah menganugerahkan geran kepada 24 individu.

Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Merdeka
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada sembilan penerima Anugerah Merdeka dan Geran Anugerah Merdeka.

Malaysia harus berkembang pacu usaha ke arah kelestarian masa depan - Sultan Nazrin
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bahawa Malaysia mesti berkembang dalam memacu usaha dalam fasa seterusnya ke arah kelestarian masa depan.