KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) di Pahang menjadi wanita Orang Asli pertama di negara ini yang menerima Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa.
Berasal dari suku Jakun, Masni Mat Dong merupakan salah seorang daripada lima anak muda Malaysia yang menerima anugerah tersebut daripada Sultan Perak dan Penaung Diraja Amanah Anugerah Merdeka, Sultan Nazrin Shah dalam satu majlis di sini hari ini.
Wanita berusia 33 tahun itu, telah diberikan anugerah itu untuk cadangan penyelidikannya mengenai Reimagining Inclusive Development: A Spatial Justice and Multidimensional Poverty Perspective on the Orang Asli in Malaysia, yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan Orang Asli di Malaysia.
"Disebabkan lokasi kami yang terpencil, masyarakat Orang Asli telah menghadapi pelbagai kesukaran dan cabaran, seperti pemindahan komuniti dan kehilangan warisan budaya mereka.
"Dengan geran yang diterima, saya ingin menjalani penempatan saya di Oxford Poverty and Human Development Initiative (OPHI), Universiti Oxford, England, dengan tujuan mengkaji ketidakadilan spatial dan kemiskinan pelbagai dimensi Orang Asli," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Berasal dari Kampung Sungai Soi di Kuantan, beliau juga berharap pencapaiannya akan menggalakkan dan memperkasakan Orang Asli, untuk mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan menerusi pendekatan penyertaan dan inklusif yang mengiktiraf budaya, sejarah dan nilai.
Pertama kali diperkenalkan pada 2012, Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa bertujuan untuk memupuk belia Malaysia, dan membantu mereka dalam perjalanan mencapai kecemerlangan mereka dengan membiayai penempatan penerima ke institusi atau organisasi antarabangsa dalam disiplin terpilih (pendidikan, seni, sukan, kerja komuniti/sosial, alam sekitar, kesihatan, sains dan teknologi).
Sehingga kini, seramai 29 penerima telah menerima geran itu dan penempatan mereka di 30 institusi pengajian tinggi di sembilan negara.
Selain Masni, penerima lain tahun ini termasuklah pelajar PhD sepenuh masa Syaza Soraya Sauli; Amaziasizamoria Jumail, seorang pegawai penyelidikan di Danau Girang Field Centre (DGFC) di Sabah; Dr Ng Chuck Chuan, seorang pembantu profesor di Xiamen University Malaysia; dan Dr Kong Xin Ying, seorang felow pascakedoktoran di universiti Teknikal Nanyang.
Sementara itu, bagi Amaziasizamoria, 33, yang kini sedang mengusahakan projek Regrow Borneo di dataran banjir Kinabatangan, bercadang untuk menjalani penempatannya di Universidad Autonoma del Estado de Morelos (UAEM), Mexico, di mana dia akan mempelajari Tropical Forest Restoration Ecology within a Global South Context.
"Di Sabah, dataran banjir Kinabatangan merupakan habitat penting untuk biodiversiti dan menawarkan keadaan yang sesuai untuk penyerapan karbon. Malangnya, 80 peratus daripada kawasan hutan telah ditukar untuk kegunaan lain. Inilah sebabnya kami menubuhkan projek Regrow Borneo di dataran banjir Kinabatangan pada tahun 2019, untuk mengurangkan kadar karbon dengan penanaman semula pokok.
"Usaha penghutanan semula sebegini juga penting ke arah meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat, serta mempertingkatkan biodiversiti dan daya tahan ekosistem. Bagaimanapun, walaupun banyak usaha pemulihan hutan telah dilaksanakan di Malaysia, sehingga kini masih belum ada penilaian berskala besar mengenai kesan pemulihan hutan," katanya.
Oleh itu, dengan penempatannya di UAEM, beliau berhasrat untuk mengkaji penunjuk yang sesuai untuk usaha penghutanan semula seperti struktur hutan, fungsi ekologi dan biodiversiti, sebagai kaedah yang boleh dilaksanakan untuk menilai hasil pemulihan hutan yang berkesan.
"Memandangkan Malaysia dan Mexico merupakan kawasan hotspot biodiversiti yang menghadapi cabaran yang sama dari segi penebangan hutan, perubahan iklim dan impak sosioekonomi, penempatan ini akan membolehkan saya bekerja dengan pasukan penyelidik terkenal dunia dan belajar daripada model sedia ada, yang boleh digunakan sebagai garis panduan untuk hutan hujan Borneo," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan bergambar selepas menyampaikan anugerah kepada Pensyarah Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman Masni Mat Dong. - Foto BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pensyarah TAR UMT jadi wanita Orang Asli pertama terima Geran Anugerah Merdeka
Masni Mat Dong menjadi wanita Orang Asli pertama di negara ini yang menerima Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa.