Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, menerusi pelan tersebut, kerajaan berharap masyarakat melihat keperluan memelihara alam sekitar dan mengutamakan kebersihan serta kelestarian.
Pada masa sama, masyarakat perlu menghargai sisa pepejal sebagai salah satu sumber ekonomi kepada masyarakat.
“Penekanan juga perlu diberikan kepada pendidikan di peringkat awal lagi bermula daripada institusi keluarga, alam persekolahan, institusi pengajian tinggi dan seterusnya di peringkat kelompok komuniti,"
Muhyiddin berucap melancarkan pelan transformasi minda ke arah negara bersih, indah dan sejahtera di Putrajaya.
Bermula September ini juga kerajaan akan menetapkan secara mandatori pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat di negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (Akta 672).