KUALA LUMPUR: Malaysia akan memperkenalkan Penukaran Tenaga untuk menyokong eksport tenaga boleh baharu (RE) ke negara-negara jiran, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang merangka perinciannya untuk memudahkan penukaran tersebut yang akan diumumkan tahun ini.
"ST sedang menyediakan kertas kerja berhubung Penukaran Tenaga ini untuk kita meluluskannya di peringkat kerajaan.
"Kita akan meneliti beberapa model tersedia dan antara matlamatnya adalah untuk mendapat RE yang cukup untuk dibekalkan di negara ini dan seterusnya memastikan kita menerima nilai terbaik bagi jualan di luar negara dan membolehkan nilai itu dilaburkan semula demi merangsang sektor RE di Malaysia," katanya dalam persidangan meja bulat Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) hari ini.
Nik Nazmi berkata bagi menyokong peralihan tenaga di negara ini, Malaysia perlu melihat sumber penjanaan tenaga lain seperti hidrokuasa berskala kecil.
"Kita tidak sewajarnya melihat kepada hidrokuasa berskala besar yang agak bermasalah untuk kita melaksanakannya kerana banyak tukar ganti," katanya.
Nik Nazmi berkata Malaysia perlu mengkaji sistem storan bateri yang akan memainkan peranan penting untuk menyokong harga RE yang lebih rendah.
Mengulas pelaksanaan cukai karbon di Malaysia, beliau berkata negara memerlukan pembaharuan cukai untuk menyokong industri itu.
"Kementerian Kewangan adalah peneraju dalam aspek ini. Apabila kita bercakap dari segi mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, cukai tersebut perlu menjalankan peranan kerana ada harga yang perlu dibayar untuk karbon," kata Nik Nazmi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Nik Nazmi berkata Malaysia perlu mengkaji sistem storan bateri yang akan memainkan peranan penting untuk menyokong harga RE yang lebih rendah. - Gambar fail/Bernama

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.

Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.

Fadillah mahu diaspora Malaysia di Laos teroka sektor tenaga boleh baharu
Setiap negara anggota ASEAN kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan penghasilan TBB dan tenaga bersih.

ISES 2024 terajui aspirasi peralihan tenaga negara melalui inovasi
Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) keenam 2024 berlangsung pada 20 hingga 21 Ogos merupakan detik penting dalam perjalanan Malaysia menuju masa depan tenaga yang mampan.

Kepentingan keselamatan siber dalam sektor kuasa tidak boleh dipandang ringan - BMI
Apabila penggunaan tenaga boleh baharu semakin meningkat, ini mungkin bermakna lebih banyak loji kuasa dan sistem menjadi sasaran.

Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu
Abang Johari berkata terdapat peluang besar bagi pelabur untuk bekerjasama dengan Sarawak dan mengembangkan sektor penjanaan tenaga bersih kerana semua aktiviti ekonomi akan bergantung kepada tenaga.

Sarawak kaji teknologi baharu bagi capai sasaran penjanaan tenaga - Abang Johari
Kerajaan Sarawak sedang mengkaji pelbagai teknologi baharu yang dapat menjana lebih banyak sumber tenaga boleh baharu (TBB) untuk mencapai sasaran menghasilkan 10 gigawatt (GW) tenaga menjelang 2030.

Sektor kewangan digesa bantu perniagaan jadi lebih peka kepada alam sekitar, berdaya tahan
Kamarudin berkata sektor kewangan, khususnya pasaran modal, akan terus memudahkan pembiayaan dan pelaburan yang diperlukan untuk menyokong keutamaan dan komitmen negara.

Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.

Allahyarham Abdul Taib letak asas kukuh dasar pembangunan tenaga boleh baharu Sarawak
Penerimaan awal Sarawak terhadap dasar TBB merupakan hasil pandangan jauh Allahyarham, yang membangunkan SCORE, kira-kira 16 tahun lepas.