KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak komited untuk mengutamakan tenaga solar berskala besar, biotenaga termasuk biogas dan biojisim, pemprosesan sisa kepada tenaga serta kawasan storan hidro pam untuk menangani 'intermittency' (ketidakkonsistenan) tenaga boleh baharu (TBB) dan teknologi penjanaan tenaga bersih, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata terdapat peluang besar bagi pelabur untuk bekerjasama dengan Sarawak dan mengembangkan sektor penjanaan tenaga bersih kerana semua aktiviti ekonomi akan bergantung kepada tenaga.
"Kekuatan kami adalah hidrogen dan jika kami mampu menjananya pada harga yang lebih kompetitif, Malaysia boleh menjadi salah satu pemain besar," katanya kepada media selepas merasmikan MIDA Invest Series bertajuk 'Sarawak unfolding its business potentials' di sini pada Rabu.
Abang Johari berkata kos untuk menghasilkan hidrogen hijau akan menjadi lebih murah dalam tempoh 10 tahun dengan kemajuan teknologi pengeluaran dan mungkin akan bersaing dengan bahan api fosil seperti diesel.
"Akhirnya...anda tidak akan memerlukan sebarang subsidi lagi untuk diesel kerana mempunyai tenaga alternatif," katanya.
Ketika ini, kerajaan Sarawak sedang meneroka pelbagai teknologi baharu yang boleh menjana lebih banyak sumber TBB bagi mencapai sasarannya menghasilkan 10 gigawatt (GW) kuasa menjelang 2030.
Acara tersebut anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan kerajaan negeri Sarawa bertujuan untuk menyerlahkan landskap perniagaan dinamik Sarawak, mempersembahkan peluang perniagaan dan pelaburan yang belum diteroka dan memudahkan penglibatan dengan agensi utama negeri dan pihak berkepentingan.
Program itu menampilkan tiga sesi, mengetengahkan inisiatif strategik Sarawak dan peluang pelaburan dalam sektor utama, pembangunan infrastruktur pelabuhan mampan dan pelan hala tuju ekonomi digital serta transformasi digital di Sarawak, dpersembahkan oleh penceramah daripada agensi kerajaan negeri berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024

Abang Johari (dua kiri) bersama Tengku Zafrul (kanan) selepas perasmian MIDA Invest Series bertajuk 'Sarawak unfolding its business potentials'. - Foto BERNAMA
UMNO tidak tergugat, kes bersifat individu – Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan tidak timbul isu UMNO akan tergugat susulan siasatan kes rasuah yang sedang dihadapi bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram jual beli kapal ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah syarikat bergelar datuk kerana disyaki terlibat kegiatan pengubahan wang haram hasil daripada urusan jual beli sebuah kapal tangki.
Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
Polis menahan tujuh lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi dua serbuan berasingan di bazar Ramadan Bayan Baru di George Town, pada Selasa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 26,000 syarikat guna sistem e-Invois, 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat ini - Lim
Sebanyak 26,665 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois sejak ia dilaksanakan pada Ogos 2024 dengan 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat 10 Mac lepas.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

Sarawak mula dilanda banjir, situasi di Sabah semakin buruk
Di Sarawak, 35 penduduk dari empat kampung di Trusan, Lawas dipindahkan ke PPS yang dibuka di Dewan Trusan hari ini.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

Sembilan pakej LPB Sarawak Fasa 1 siap, dibuka kepada pengguna jalan raya
Status kemajuan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak Fasa 1 melibatkan sembilan pakej sepanjang 641 kilometer (km), telah siap sepenuhnya.

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

AirBorneo akan muktamad penjenamaan, adakan pertandingan cipta logo
AirBorneo, syarikat penerbangan milik negeri Sarawak sedang memuktamadkan penjenamaannya, termasuk mengadakan pertandingan mencipta logo yang akan dibuka kepada orang ramai.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Petronas terbuka kerjasama dengan Petros, tunggu perincian
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).