Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
Fri Nov 22 2024
Pertumbuhan KDNK Malaysia Suku Ketiga 2024: Analisis dan Unjuran
Dalam video ini, kami membincangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2024 yang dijangka berkembang pada 5.3% tahun ke tahun. Pertumbuhan ini didorong oleh penggunaan domestik yang berterusan, peningkatan guna tenaga, dan pemulihan dalam perbelanjaan pelancong. Kami juga melihat risiko-risiko yang mungkin menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia. Tonton untuk mendapatkan analisis terperinci dan unjuran masa depan ekonomi Malaysia.
Fri Nov 15 2024
Prestasi mingguan FBM KLCI: Analisis Syed Muhammed Kifni
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal, mencerminkan sentimen serantau yang lemah selepas ekuiti global memberikan petunjuk negatif dalam tempoh semalaman. Pada pukul 5 petang Khamis, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.82 mata untuk ditutup pada 1,600.68 daripada 1,611.50 ketika ditutup semalam. Bagaimanakah prestasi minggu ini bagi FBM KLCI? Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin, Ketua Strategi MIDF Research, memberikan analisis mendalam mengenai prestasi mingguan FBM KLCI, sektor yang mendahului dan mengalami kejatuhan, serta jangkaan hala pergerakan pasaran saham dalam masa terdekat. Beliau juga membincangkan bagaimana pengumuman KDNK suku ketiga mungkin mencorak pergerakan pasaran minggu depan.
Fri Nov 15 2024
MIDF Amanah unjur pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia pada 5.3 peratus
KDNK Malaysia bagi suku ketiga 2024 dijangka berkembang pada 5.3 peratus tahun ke tahun dipacu oleh pertumbuhan berterusan penggunaan domestik.
Thu Nov 14 2024
Pasca pilihan raya AS dan peranan antarabangsa Malaysia
Dalam temubual ini, Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, membincangkan impak kemenangan Donald Trump dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat buat kali kedua. Beliau juga mengupas pandangan MIDF Research mengenai BRICS dan Malaysia sebagai negara rakan kongsi, keputusan FOMC dan Bank Negara Malaysia, serta perkembangan terbaru dalam ekonomi dan pasaran saham. Saksikan perbincangan mendalam ini melalui Google Meet.
Fri Nov 08 2024
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Mon Nov 04 2024
Pelabur asing jual RM1.01 bilion ekuiti tempatan - MIDF Research
Pelabur asing terus menjual saham tempatan, mencecah jumlah RM1.01 bilion pada minggu kedua bulan ini.
Mon Nov 04 2024
Dasar perdagangan AS pasca pilihan raya mampu menguji ekonomi Malaysia
Menurut Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, sebarang kenaikan tarif atau tindakan perlindungan oleh AS berpotensi menjejaskan daya saing produk Malaysia di pasaran antarabangsa.
Fri Nov 01 2024
MIDF Research jangka Nestle terus berdepan tekanan kesan kelemahan perbelanjaan pengguna, inflasi
Jualan domestik dijangka kekal lemah kerana pengguna mengutamakan pembelian penting.
Mon Oct 28 2024
Belanjawan 2025: Reaksi pasaran & hala tuju FBM KLCI
Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof mengulas berkenaan pasca pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terutama berkait reaksi pasaran serta unjuran pergerakan FBM KLCI.
Fri Oct 25 2024
Jualan asing ekuiti berkurangan kepada RM45.7 juta
Sektor dengan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah produk dan perkhidmatan pengguna (RM98.0 juta), hartanah (RM31.8 juta) dan perladangan (RM23.7 juta).
Mon Oct 14 2024
Asas ekonomi kukuh, petunjuk pertumbuhan mampan
Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim mengupas berkenaan situasi ekonomi negara ketika ini, termasuk pengukuhan ringgit serta faktor yang bakal mempengaruhi pertumbuhan pada masa akan datang.
Fri Oct 04 2024
MIDF jangka aktiviti pengeluaran Malaysia terus berkembang
Menurut MIDF, Indeks Pengurus Pembelian Global (PMI) SP bagi sektor itu menunjukkan penurunan kepada 49.5 pada 24 September 2024, paras terendah sejak April 2024.
Wed Oct 02 2024
Jualan bersih heret penurunan Bursa minggu lalu
Sektor yang mencatatkan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah utiliti dengan mencatatkan RM40.9 juta.
Mon Sep 30 2024
Prestasi & prospek pasaran Bursa Malaysia
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin mengulas berkenaan prestasi semasa FBM KLCI serta prospek hadapannya.
Fri Sep 27 2024