KUCHING: Bekas Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud meletakkan asas yang kukuh dalam dasar pembangunan Tenaga Boleh Baharu (TBB) Sarawak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok Datuk Ibrahim Baki.
Beliau berkata penerimaan awal Sarawak terhadap dasar TBB merupakan hasil pandangan jauh Allahyarham, yang membangunkan Wilayah Koridor Tenaga Boleh Baharu Sarawak (SCORE), kira-kira 16 tahun lepas.
Menurutnya inisiatif itu menjadi tulang belakang kepada rancangan masa depan pembangunan dan ekonomi negeri.
"Menerusi SCORE, bahagian tengah Sarawak memperoleh manfaat besar dengan kemunculan pelaburan dan pelaksanaan projek berimpak tinggi serta peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk tempatan.
"Limpahan inisiatif SCORE turut membawa kepada penubuhan tiga agensi di bawah Lembaga Pembangunan Koridor (RECODA), yakni Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA), Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA)," katanya dalam perbahasan menyokong usul penghargaan kepada Allahyarham Abdul Taib pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Ibrahim berkata agensi-agensi ini telah terbukti berjaya dan model pembangunan menyeluruh yang membabitkan maklum balas daripada masyarakat setempat itu terbukti berkesan.
"Ia membuahkan hasil, sehingga beberapa agensi pembangunan lain turut ditubuhkan untuk kawasan setempat seperti Samarahan, Greater Kuching, Sri Aman dan Betong.
"Inisiatif tenaga boleh baharu adalah legasi beliau (Allahyarham Abdul Taib), kini diteruskan dan dipertingkatkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mempelopori ekonomi hijau Sarawak dengan penekanan kepada tenaga antaranya hidrogen dan solar," katanya.
Abdul Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 21 Feb. Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib menerajui Sarawak sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024

Ibrahim berkata, penerimaan awal Sarawak terhadap dasar TBB merupakan hasil pandangan jauh Allahyarham, yang membangunkan SCORE, kira-kira 16 tahun lepas. - Bernama
UMNO tidak tergugat, kes bersifat individu – Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan tidak timbul isu UMNO akan tergugat susulan siasatan kes rasuah yang sedang dihadapi bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram jual beli kapal ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah syarikat bergelar datuk kerana disyaki terlibat kegiatan pengubahan wang haram hasil daripada urusan jual beli sebuah kapal tangki.
Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
Polis menahan tujuh lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi dua serbuan berasingan di bazar Ramadan Bayan Baru di George Town, pada Selasa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 26,000 syarikat guna sistem e-Invois, 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat ini - Lim
Sebanyak 26,665 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois sejak ia dilaksanakan pada Ogos 2024 dengan 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat 10 Mac lepas.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah

Dihalang masuk rumah, isteri bekas TYT Sarawak buat laporan polis
Toh Puan Raghad Kurdi Taib membuat laporan polis selepas mendakwa dihalang memasuki kediamannya di Kuching, Sarawak, minggu lalu.

Dana rizab Sarawak RM31 bilion semasa kepimpinan Abdul Taib - Nancy Shukri
Dengan rizab sebanyak itu, Sarawak tidak risau apabila tiba-tiba menjadi pembangkang sewaktu PH ambil alih tampuk kepimpinan pada 2018.

Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.

Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak hari ini.

Hujan tidak halang ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Cuaca hujan tidak menghalang ribuan rakyat membanjiri Atrium DUN Sarawak bagi menghadiri Istiadat Penghormatan Negeri buat Tun Abdul Taib Mahmud.

Pemergian Tun Abdul Taib: Saya kehilangan kawan baik - Alfred Jabu
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang hari ini menzahirkan ucapan takziahnya atas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak
Suasana pilu menyelubungi DUN Sarawak hari ini sebaik jenazah Abdul Taib Mahmud tiba bagi Istiadat Penghormatan Negeri.

Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib Mahmud hari ini
Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud akan berlangsung hari ini.

Allahyarham Abdul Taib ibarat tokoh tidak berhenti tabur bakti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata jasa dan pengorbanan Allahyarham Abdul Taib untuk negara khususnya Sarawak amat besar.

Raja-raja Melayu zahir ucapan takziah pemergian Taib Mahmud
Raja-raja Melayu menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia.