KUCHING: Cuaca hujan di bandar raya ini tidak menghalang ribuan rakyat Malaysia khususnya anak Bumi Kenyalang membanjiri Atrium Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi menghadiri Istiadat Penghormatan Negeri bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.
Menggelarkan Allahyarham sebagai tokoh legenda negeri ini, seorang guru Zaahara Mahlidi, 55, yang berasal dari Bintulu tidak melepaskan peluang memberi penghormatan terakhir kepada bekas Ketua Menteri Sarawak bersama suami.
"Kebetulan saya datang ke Kuching untuk melawat keluarga dan pagi semalam selepas mendapat khabar Tun (Abdul Taib) meninggal, terus saya bertekad untuk datang (ke Atrium Dewan Undangan Negeri Sarawak) meskipun tidak pasti dibenarkan masuk atau tidak.
"Sejak kecil lagi beliau (Abdul Taib) sememangnya menjadi idola saya kerana kebijaksanaannya memerintah Sarawak... ini kali terakhir saya dapat melihat arwah," katanya kepada Bernama hari ini.
Sambil menahan sebak, Zaahara yang berbangsa Melayu-Melanau berkata beliau berpeluang melihat bapa pemodenan Sarawak itu secara dekat menerusi satu majlis yang dihadiri pemimpin itu ketika bergelar ketua menteri.
Sementara itu, Presiden Persatuan Melanau Kuching Faridah Osman berkata pemergian Abdul Taib yang merupakan anak jati Melanau adalah kehilangan besar buat komuniti berkenaan.
Menurutnya, Allahyarham menjadi pemacu dalam menyatupadukan rakyat negeri ini yang kaya dengan pelbagai kaum dan budaya.
"Belia banyak berjasa kepada Sarawak dan daripada penglibatan saya dalam persatuan, setiap kali kami menganjurkan acara negeri, beliau akan memberitahu kami untuk mengutamakan hospitaliti Sarawak...Saya sentiasa ingat pesanan itu," katanya.
Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba kira-kira di Atrium itu pada 7.50 pagi tadi dari kediamannya di Demak Jaya, Jalan Bako.
Sesi bagi istiadat berkenaan dibuka kepada orang ramai mulai 8 pagi hingga 11.30 pagi, manakala bagi pemimpin peringkat negeri dan Persekutuan serta ketua-ketua jabatan, ia bermula 10 pagi hingga 11.30 pagi.
Jenazah Allahyarham kemudian akan disolatkan sekali lagi pada 11.30 pagi di Masjid Demak, Jalan Bako sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Keluarga Abdul Taib yang terletak di dalam kawasan masjid berkenaan.
Abdul Taib, 87, yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi semalam.
Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib merupakan perancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun, sekali gus menjadikan beliau ketua menteri yang paling lama berkhidmat di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024

Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dibawa keluar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selepas Istiadat Penghormatan negeri. - Foto Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Hujan tidak halang ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Cuaca hujan tidak menghalang ribuan rakyat membanjiri Atrium DUN Sarawak bagi menghadiri Istiadat Penghormatan Negeri buat Tun Abdul Taib Mahmud.

Aliran trafik di lebuh raya perlahan petang ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang dilaporkan perlahan dan sesak setakat 5 petang ini, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Perlumbaan di Sepang sengit, harap tuah cuaca cerah - Bagnaia
Penyandang juara dunia Francesco Bagnaia meramalkan perlumbaan sengit pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix (GP) Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini.

Cuaca diramal hujan semasa sambutan Thaipusam Ahad ini - MetMalaysia
Cuaca di seluruh negara diramalkan hujan dengan satu dua tempat mengalami ribut petir, semasa sambutan Thaipusam pada Ahad ini.

Hadir bagaikan ribut, kota Las Vegas 'ditakluk' jutaan belalang
Kedatangan belalang itu pada musim bunga kali ini, begitu luar biasa hinggakan kumpulan serangga tersebut dapat dilihat dalam radar cuaca.