KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud telah meninggalkan legasi yang kukuh untuk ekonomi negeri itu, apabila berjaya meletakkan dana rizab negeri sebanyak RM31 bilion pada tahun 2018.
Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Nancy Shukri yang berkongsi perkara itu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi berkata, dengan rizab sebanyak itu, kerajaan Sarawak tidak berasa risau apabila tiba-tiba menjadi pembangkang sewaktu Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan Kerajaan Persekutuan, susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.
“Sebelum ini banyak (dakwaan) yang diperkatakan mengenai beliau (sewaktu menjadi Ketua Menteri), tetapi apabila BN kalah pada PRU 2018 dan beliau tidak lagi menjadi Ketua Menteri, ketika itu maka timbullah kebenaran terhadap apa yang beliau telah usahakan untuk Sarawak, berbanding dengan mana-mana negeri di Malaysia kerana dana rizab ketika itu ialah RM31 bilion.
“Masa itu, Sarawaklah yang mempunyai banyak dana rizab yang boleh digunakan apabila kita tidak lagi berada dalam Kerajaan Persekutuan masa itu dan telah menjadi pembangkang.
“Bagaimanapun, apabila pentadbiran Sarawak diambil alih oleh Ketua Menteri baharu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan kini Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kedua-dua mereka tidak menggunakan dana rizab itu, kerana masih mempunyai peruntukan yang lain yang boleh digunakan untuk membangunkan Sarawak,” kata Nancy yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Nancy berkata pada masa ini, dapat dilihat bahawa Premier Sarawak meneruskan legasi itu dengan membawa lebih banyak lagi ekonomi baru, termasuk dalam bidang teknologi hidrogen bagi menjana pendapatan yang lebih banyak kepada Sarawak.
Sementara itu, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengkomersialan, Fakuliti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Dr Evan Lau Poh Hock berkata kebijaksanaan pemikiran Allahyarham dalam merangka belanjawan dan strategi pembangunan, yang memungkinkan Sarawak mendapat kemakmuran ekonomi dan insfrastruktur pada era kepimpinannya sebagai Ketua Menteri, menjadikan beliau selayaknya digelar sebagai ‘Arkitek Ekonomi Sarawak’.
Pakar ekonomi itu berkata dengan pemikiran ke depan, Abdul Taib telah mewujudkan beberapa kawasan industri di Sarawak, antaranya Sama Jaya High-Tech Park di Kuching dan Samalaju Industrial Park (Bintulu), bagi menarik kedatangan pelabur luar ke negeri berkenaan.
Lau berkata langkah itu dirintiskan, kerana Abdul Taib yang menjadi Ketua Menteri Sarawak paling lama iaitu selama 33 tahun, tidak mahu menunggu sokongan daripada Kerajaan Persekutuan semata-mata bagi menarik pelabur asing, sebaliknya berpendirian bahawa Sarawak perlu mempunyai alternatif sendiri.
“Hasil kewujudan kawasan industri itu, banyak syarikat luar (asing) telah membuka kilang di sini (Sarawak), sekali gus mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan, yang membantu penduduk Sarawak meningkatkan ekonomi mereka dan merintis laluan untuk pemindahan teknologi baru. Ini perancangan jitu beliau.
“Beliau enggan bergantung sepenuhnya terhadap peruntukan pembangunan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan setiap tahun, sebaliknya menegaskan Sarawak mesti mempunyai hasil sendiri melalui aktiviti eksport, yang hasilnya boleh diterjemahkan dalam bentuk tambah lain untuk pembangunan luar bandar, infrastruktur dan kegiatan ekonomi,” katanya.
Abdul Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di sini kira-kira 4.40 pagi Rabu dan jenazahnya selamat dikebumikan pada 2.19 petang semalam di tanah perkuburan keluarga di Demak Jaya di Kuching, Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024

Pakar ekonomi berkata, Abdul Taib tidak mahu menunggu sokongan daripada Kerajaan Persekutuan semata-mata bagi menarik pelabur asing, sebaliknya berpendirian bahawa Sarawak perlu mempunyai alternatif sendiri. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Dihalang masuk rumah, isteri bekas TYT Sarawak buat laporan polis
Toh Puan Raghad Kurdi Taib membuat laporan polis selepas mendakwa dihalang memasuki kediamannya di Kuching, Sarawak, minggu lalu.

Dana rizab Sarawak RM31 bilion semasa kepimpinan Abdul Taib - Nancy Shukri
Dengan rizab sebanyak itu, Sarawak tidak risau apabila tiba-tiba menjadi pembangkang sewaktu PH ambil alih tampuk kepimpinan pada 2018.

Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.

Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak hari ini.

Hujan tidak halang ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Cuaca hujan tidak menghalang ribuan rakyat membanjiri Atrium DUN Sarawak bagi menghadiri Istiadat Penghormatan Negeri buat Tun Abdul Taib Mahmud.

Pemergian Tun Abdul Taib: Saya kehilangan kawan baik - Alfred Jabu
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang hari ini menzahirkan ucapan takziahnya atas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak
Suasana pilu menyelubungi DUN Sarawak hari ini sebaik jenazah Abdul Taib Mahmud tiba bagi Istiadat Penghormatan Negeri.

Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib Mahmud hari ini
Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud akan berlangsung hari ini.

Allahyarham Abdul Taib ibarat tokoh tidak berhenti tabur bakti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata jasa dan pengorbanan Allahyarham Abdul Taib untuk negara khususnya Sarawak amat besar.

Raja-raja Melayu zahir ucapan takziah pemergian Taib Mahmud
Raja-raja Melayu menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia.