KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang mengkaji pelbagai teknologi baharu yang dapat menjana lebih banyak sumber tenaga boleh baharu (TBB) untuk mencapai sasaran menghasilkan 10 gigawatt (GW) tenaga menjelang 2030.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata negeri pada masa ini mempunyai kapasiti terpasang sebanyak 5,700 megawatt (MW) melalui campuran penjanaan daripada sumber hidro, arang batu dan gas.
"Dalam tempoh tiga tahun ini, kami mahu meningkatkan kepada 10 GW dan saya bersama Kabinet saya akan turun padang untuk mengkaji pelbagai teknologi yang dapat menjana TBB bagi menjana tenaga yang diperlukan untuk semua aktiviti ekonomi," katanya pada majlis perasmian bangunan baharu Melexis Malaysia Sdn Bhd di Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya di sini hari ini.
Beliau berkata pada masa ini, Sarawak sedang menjalankan ujian dengan teknologi penjanaan tenaga solar terapung di empangan hidroelektrik Batang Ai.
Abang Johari berkata ujian itu meliputi hanya lebih tiga peratus daripada permukaan air empangan itu untuk menghasilkan kira-kira 50 MW tenaga dan ini berpotensi ditingkatkan kepada 2,000 MW sekiranya 60 peratus daripada permukaan air itu digunakan.
"Dengan pendekatan sedemikian, (buat masa ini) kami hanya mencuba di satu empangan sahaja. Kita ada empat lagi empangan," katanya, merujuk kepada empangan Bakun, Murum, Baleh dan Bengoh yang sedang beroperasi di Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Abang Johari dan Pengerusi Melexis Malaysia Sdn Bhd, Françoise Chombar (kanan) menyempurnakan perasmian bangunan baru Melexis Sdn Bhd di Samajaya, hari ini. - Gambar Bernama

AS adakan perbincangan dengan Ukraine mengenai pertemuan di Arab Saudi
Perbincangan itu susulan surat daripada Zelenskyy kepada Trump, yang disifatkan oleh Witkoff sebagai "langkah pertama yang positif".
AWANI Ringkas: Hubungan Malaysia-Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 7 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 7 Mac 2025
1️⃣ Hubungan Malaysia-Thailand
2️⃣ Mohamad Hasan di Jeddah, Arab Saudi
3️⃣ Bila PRK DUN Ayer Kuning?
#awaniringkas
1️⃣ Hubungan Malaysia-Thailand
2️⃣ Mohamad Hasan di Jeddah, Arab Saudi
3️⃣ Bila PRK DUN Ayer Kuning?
#awaniringkas
Pasaran Saham Wall Street jatuh: Ketidakpastian polisi perdagangan AS
Saham Wall Street ditutup rendah pada hari Khamis, dengan Nasdaq mengesahkan ia berada dalam pembetulan sejak Disember. Presiden Donald Trump mengumumkan pengecualian tarif 25% untuk barangan dari Kanada dan Mexico di bawah Perjanjian Perdagangan AS-Mexico-Kanada (USMCA) selama sebulan. Ketahui lebih lanjut tentang reaksi pasaran terhadap ketidakpastian polisi perdagangan AS.
Trump umum pengecualian tarif untuk Kanada dan Mexico di bawah USMCA
Presiden Donald Trump pada hari Khamis mengumumkan pengecualian tarif 25% untuk barangan dari Kanada dan Mexico di bawah perjanjian perdagangan Amerika Utara selama sebulan. Ketahui lebih lanjut tentang perubahan pantas dalam polisi perdagangan yang telah mengganggu pasaran kewangan dan pemimpin perniagaan.

Pei Jing mahu tamatkan gandingan dengan Kian Meng tanpa penyesalan
Selepas hampir sembilan tahun bergandingan dalam beregu campuran, Lai Pei Jing tekad mengakhiri perjalanan bersama Tan Kian Meng dengan prestasi terbaik tanpa dibayangi tekanan atau penyesalan, pada K
ECB turunkan kadar faedah: Perang dagang dan ketidakpastian ekonomi
Bank Pusat Eropah (ECB) menurunkan kadar faedah kepada 2.5% dalam usaha menangani inflasi yang perlahan dan pertumbuhan ekonomi yang lemah. Presiden ECB, Christine Lagarde, membincangkan ketidakpastian fenomenal dan kesan negatif tarif terhadap pelaburan dan pekerjaan. Ketahui lebih lanjut tentang perubahan dasar ekonomi terbesar Eropah dalam beberapa dekad.
Ekonomi Malaysia 2025: OPR, inflasi & nilai ringgit dalam pasaran tidak menentu
Bagaimana keputusan dasar, inflasi, perdagangan global, dan pergerakan mata wang akan membentuk ekonomi Malaysia tahun ini? Mampukah negara mengekalkan kestabilan di tengah ketidaktentuan global? Ikuti kupasan lanjut bersama Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim.
[Data & Statistik] Pemerkasaan Wanita Dalam Domain Terpilih, Malaysia, 2024
Indeks jurang gender Malaysia merekodkan skor 0.705 dengan dua sub-indeks kekal tinggi, pencapaian pendidikan 1.071 dan kesihatan & kehidupan 0.956.

Racun rakan sekerja gara-gara cemburu naik pangkat
Hasil siasatan mendapati dia mengaku telah mencampurkan bahan kimia itu ke dalam minuman mangsa.

Sarawak kaji teknologi baharu bagi capai sasaran penjanaan tenaga - Abang Johari
Kerajaan Sarawak sedang mengkaji pelbagai teknologi baharu yang dapat menjana lebih banyak sumber tenaga boleh baharu (TBB) untuk mencapai sasaran menghasilkan 10 gigawatt (GW) tenaga menjelang 2030.