Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman fitnah dikemukakan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan pengerusi eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail terhadap Nurul Izzah Anwar dan PKR berhubung dakwaan pembelian lapan unit hartanah di KL Eco City.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng dalam keputusannya menolak saman itu berkata kenyataan dibuat Nurul Izzah, selaku defendan tidak memfitnah Mohamad Salleh.
"Saya bersetuju dengan defendan bahawa kenyataan yang dibaca secara menyeluruh tidak bersifat memfitnah plaintif (Mohamad Salleh) kerana kenyataan media dibuat Nurul Izzah adalah atas kapasiti dan kedudukannya sebagai anggota Parlimen (MP) Lembah Pantai," katanya.
Hue berkata kenyataan itu ditujukan kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil iaitu bekas MP Lembah Pantai yang juga isteri Mohamad Salleh dan seorang lelaki yang berfikiran waras akan menimbangkan artikel itu sebagai menggesa akauntabiliti di pihak Shahrizat berhubung kenyataan Mohd Rafizi Ramli.
Mahkamah memerintahkan plaintif membayar sejumlah RM80,000 kepada kedua-dua defendan.
Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan daripada Mohamad Salleh dan Nurul Izzah.
Pada 24 Dis, 2013, Mohamad Salleh memfailkan saman terhadap Nurul Izzah dan setiausaha agung PKR ketika itu, Datuk Saifuddin Nasution atas dakwaan memfitnahnya dalam komen Nurul Izzah berhubung pendedahan oleh Mohd Rafizi, yang ketika itu pengarah strategi PKR, mendakwa Mohamad Salleh telah melakukan penyelewengan dana syarikat itu.
Saifuddin, selaku setiausaha agung PKR ketika itu, disaman kerana didakwa bertanggungjawab bagi kenyataan dibuat oleh Nurul Izzah atas kapasitinya sebagai wakil PKR.
Mohd Rafizi didakwa berkata plaintif telah membeli lapan unit hartanah di KL Eco City menggunakan dana NFCorp.
Plaintif mendakwa Nurul Izzah membuat kenyataan memfitnah itu dalam siaran Malaysiakini TV pada 7 Mac, 2012.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili plaintif manakala peguam Joshua Kevin mewakili defendan.
Bernama
Fri Mar 04 2016
Hakim dalam keputusannya menolak saman itu berkata kenyataan dibuat Nurul Izzah, selaku defendan tidak tidak memfitnah Mohamad Salleh. -Gambar fail
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Wartawan Astro AWANI ungguli anugerah AMP CIDB 2017
Bagi kategori Anugerah Media Elektronik Online Broadcasting (Berita dan Dokumentari) tempat pertama diungguli oleh Hilal Azmi dan Samsulkamal Abdul Latip dari Astro Awani.
Bangunan tiba-tiba bergegar, bergoyang sebelum runtuh - Saksi
Seorang pekerja warga Vietnam dikenali sebagai Atang, 39, berkata keadaan itu menyebabkan pekerja bertempiaran lari menyelamatkan diri, termasuk beliau.
Runtuhan jejambat: DOSH arah pemaju henti kerja
Pemaju projek pembinaan jejambat pejalan kaki berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar, di sini diarah menghentikan serta-merta kerja mereka susulan insiden runtuhan struktur berkenaan, ha
Konkrit runtuh di KL Eco City: Seorang maut, lima cedera
Sekurang-kurangnya satu mayat telah berjaya dikeluarkan dari tapak nahas konkrit runtuh di kawasan pembinaan berdekatan KL Eco City di Bangsar.
Rafizi diperintah bayar ganti rugi RM200,000 kepada Mohamad Salleh
Rafizi Ramli diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya.
Mahkamah Tinggi tolak saman fitnah Mohamad Salleh terhadap Nurul Izzah
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng dalam keputusannya menolak saman itu berkata kenyataan dibuat Nurul Izzah, selaku defendan tidak memfitnah Mohamad Salleh.