Wartawan Astro AWANI Hilal Azmi dan jurugambar Samsulkamal Abdul Latip merangkul tempat pertama kategori Anugerah Media Elektronik Online Broadcasting (Berita dan Dokumentari) pada Anugerah Media Pembinaan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 2017 (AMP 2017) di sini, malam tadi.
Kemenangan menerusi laporan ‘Konkrit Runtuh di KL Eco City: Seorang Maut, lima cedera’, membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Wan Eizzul Islam Wan Zulkifli dan Khairul Azwan Khalil dari NTV7 dengan tajuk 'Federal Trunk Roads To Offer Unique Experience' manakala tempat ketiga dimenangi Mohd Safwan Sawi dan Mohd Jufri Mohd Judin dari TV3 dengan tajuk 'Transit Massa : MRT'.
Sementara itu wartawan Focus Malaysia, Ang Hui Hsien, merangkul tempat pertama kategori Anugerah Media Cetak (Berita dan Rencana).
Artikel bertajuk 'A River Of Opportunity' melayakkan beliau menerima hadiah wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.
Tempat kedua dimenangi Syed Jaymal Zahiid dari Malay Mail dengan artikel bertajuk 'How A Skewed System Keeps House Prices High And Developers Rich' membawa pulang wang tunai RM3,000, trofi dan sijil penghargaan manakala tempat ketiga dimenangi Shalini Ravichandran dari The Star dengan artikel 'Impeded By Poor Planning' dan menerima hadiah RM2,000, trofi dan sijil penghargaan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Eksekutif CIDB Datuk Ir Ahmad Asri Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia MPI Datuk Dr Chamil Wariya dan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abd Wahab.
Jurukamera akhbar Sin Chew Daily, Lek Kah Meng, menggungguli kategori Anugerah Fotografi menerusi gambar bertajuk 'What A Splash Of Firework', tempat kedua dimenangi Mohamed Sairien Mohamed Nafis dari New Straits Times dengan gambar bertajuk 'MRT Mula Beroperasi' dan tempat ketiga dimenangi Puspanathan Periannan dari The Star dengan gambar 'Dirt Buster In Action'.
Fadillah dalam ucapannya berkata tahun ini, sebanyak 144 penyertaan diterima bagi AMP keempat dengan menawarkan hadiah berjumlah RM90,000 untuk karya kewartawanan pembinaan terbaik.
"Peranan media adalah amat penting dalam memberi pemahaman kepada publik terhadap agenda Transformasi Nasional di bawah Program Transformasi Industri Pembinaan 2016-2020 (CITP) yang merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-11," katanya.
AMP juga sebagai platform untuk para media berkarya sekaligus membantu CIDB menghebahkan segala inisiatif dan pencapaian pembangunan kerajaan, katanya.
Sementara itu, pertandingan Media Idol dimenangi wartawan Bernama, Zaharin Mat Noor, yang menyanyikan lagu 'Sonata Musim Salju'. Beliau menerima RM1,000.
-- BERNAMA
Astro Awani
Sat Oct 14 2017
enteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) bergambar dengan para pemenang Penghargaan Media Kementerian Kerja Raya & Anugerah Media Pembinaan CIDB (AMPC) 2017 pada Majlis Makan Malam Bersama Media malam tadi. - Foto Bernama.
Tahun 2024 paling panas dalam sejarah
Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah memaklumkan tahun ini hampir pasti akan mengatasi 2023 sebagai tahun paling panas sejak suhu global mula direkodkan.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima.
Ina Naim sah bergelar isteri jurutera
Penyanyi dan Usahawan, Ina Naim kembali bergelar isteri selepas sah diijabkabulkan dengan jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor dengan sekali lazaf.
PDRM antara agensi paling tinggi ambil tindakan tatatertib
Polis Diraja Malaysia merupakan antara agensi yang paling tinggi mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai dan anggotanya.
Zulkafli pangku tugas Ketua Polis Perak berkuat kuasa hari ini
Timbalan Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat memangku tugas Ketua Polis Perak berkuat kuasa hari ini.
Larangan penggunaan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun langkah positif - Pakar
Terdapat keperluan mengkaji kelemahan dalam sistem sedia ada serta mencari jalan untuk tingkatkan kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap isu ini.
2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.
'Sempat berbual di telefon beberapa minit sebelum adik ditikam' - Kakak
Zulkifli Ibrahim dan anak perempuannya Siti Zulaila maut selepas ditikam oleh seorang lelaki dengan menggunakan senjata tajam.
HPTN hargai peranan profesion teknikal, fokus generasi muda penggerak ekonomi
HPTN menekankan pembangunan modal insan yang dinamik dan komprehensif, dengan sokongan KKR dan agensi untuk memperkasakan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
ContentAsia Awards 2024: Astro raih sembilan anugerah
Ia menggambarkan dedikasi Astro dalam menghasilkan program menarik dan pelbagai yang bukan sahaja menepati citarasa para penonton.
Filem Abang Adik rangkul dua anugerah utama pada Malaysia Golden Global Awards 2024
Filem Abang Adik berjaya merangkul dua anugerah utama pada majlis MGGA 2024 yang berlangsung di Auditorium Angkasapuri pada Sabtu.
AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-15
AirAsia terus melakarkan kecemerlangan apabila memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2024 untuk kali ke-15.
Adibah Amin diumum Tokoh Wartawan Negara 2023
Adibah Amin merupakan wartawan wanita pertama diberikan pengiktirafan tertinggi dalam bidang kewartawanan tempatan.
Presiden IOC, CMG anugerahkan plak kepada tim media Sukan Olimpik 2024
CMG sebagai agensi penyiar utama bagi Sukan Olimpik Paris 2024, berikrar melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang sejajar dengan mandat.
Datuk Lat terima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize
Datuk Lat bangga dengan pengiktirafan jawatankuasa anugerah itu yang melibatkan beberapa pengkarya terkenal daripada pelbagai cabang kesenian.
UTP, JBPM Seri Iskandar terima anugerah berprestij inovasi pintar
UTP JBPM Seri Iskandar telah mendapat pengiktirafan menerusi kerjasama cemerlang mereka dalam inovasi Smart Home Guard.
Tiga graduan cemerlang terima Anugerah Pingat Tunku
Mereka berjaya memberi impak positif daripada sudut kesukarelawanan, perancangan ekonomi, teknologi dan pembelaan hak serta suara siswa.
Pelajar SMAP Labu menang pertandingan penulisan esei Komanwel
Auni Batrisyia Mohd Azmani dianugerahkan Golden Awards bagi penulisan esei bertajuk 'The Valorous Age.'
Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME)
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, telah dianugerahkan dengan satu anugerah berprestij iaitu CEO Champion (SME) sempena Life at WorkAwards (LAWA) 2023.