Saksi runtuhan sebuah bangunan dan jejambat dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar petang semalam, memberitahu kawasan tapak pembinaan itu secara tiba-tiba bergegar dan bergoyang sebelum struktur itu runtuh.
Seorang pekerja warga Vietnam dikenali sebagai Atang, 39, berkata keadaan itu menyebabkan pekerja bertempiaran lari menyelamatkan diri, termasuk beliau.
Katanya ketika kejadian beliau dan beberapa rakan sekerja sedang membuat pemasangan cermin di bangunan itu.
"Ia berlaku terlalu pantas dan memang menakutkan. Saya rasa bangunan ini bergoyang dan laluan pejalan kaki itu secara tiba-tiba terbalik dan satu persatu konkrit jatuh.
"Memang bunyi agak kuat, dan kami semua terkejut dan melarikan diri ke tempat selamat. Nasib baik ketika kejadian ramai pekerja tiada kerana mereka sedang berehat," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.
Atang berkata sejurus selepas kejadian, beliau nampak beberapa rakannya keluar dari timbunan runtuhan dan ada di antaranya cedera.
Sementara itu, seorang pekerja warga Bangladesh yang dikenali sebagai Abdullah berkata beliau terkejut apabila terdengar bunyi dentuman yang agak kuat.
"Saya dan beberapa rakan lain pergi ke arah bunyi itu dan melihat rakan-rakan keluar dari runtuhan.
"Keadaan memang kelam kabut dan saya bernasib baik tidak berada di kawasan pembinaan itu kerana sedang berehat," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata seorang pekerja kontrak warga Vietnam berumur 21 tahun maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu.
Sharul berkata mangsa yang cedera, terdiri daripada pekerja kontrak warga Bangladesh dan Vietnam, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.
Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang mengesan seorang lagi mangsa warga Bangladesh yang dipercayai masih tertimbus dalam runtuhan itu. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 30 2016
Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, seorang pekerja kontrak warga Vietnam berusia 21 tahun terbunuh manakala lima lagi pekerja kontrak warga asing cedera. - Foto JBPM
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3750/3805 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3825 semalam.
Malaysia-Indonesia: Teroka kerjasama, mengukuh ASEAN
Kupasan mengenai sektor-sektor utama, peranan ASEAN, dan cabaran serta peluang yang ada dalam memperkukuhkan hubungan ekonomi kedua-dua negara jiran ini. Ketahui bagaimana kerjasama ini boleh memberi manfaat kepada kestabilan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN.
TVET mampu atasi pengangguran belia
Permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir menjadikan graduan TVET pilihan utama majikan.
Statistik upah kerja (sektor formal) ST3 2024
Analisis persentil menunjukkan kumpulan 10 peratus terendah pekerja formal warganegara menerima median upah bulanan sebanyak RM1,500 atau kurang setiap bulan, manakala pekerja formal dalam persentil ke-90 menunjukkan peningkatan 4.9 peratus daripada September 2023, menerima sekurang-kurangnya RM8,600 sebulan.
Bekas pemain kelab Indonesia, Belgium ditahan atas penyeludupan kokain
Pemain berusia 36 tahun itu merupakan salah seorang suspek yang diberkas polis selepas melakukan serbuan berskala besar di seluruh negara.
Ribuan pendatang beratur di luar pejabat pelarian Mexico
Dianggarkan 1,500 migran haram dari Haiti dan Venezuela berdiri dalam barisan panjang di luar kemudahan sementara pejabat pelarian Mexico (COMAR) berhampiran Mexico City pada Isnin.
Lelaki jinjing kepala bapa selepas penggal dengan parang
Selepas membunuh bapanya, suspek cuba menamatkan riwayatnya, namun hanya cedera dan kini dirawat di hospital.
Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?
Kembalinya semula Hai-O ke FAM dianggap sebagai 'pejuang' pemain tempatan dalam skuad kebangsaan nanti.
AWANI Pagi: Cukupkah usaha perkasa TVET di Malaysia?
Diskusi 7.30 pagi Selasa bersama Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Ts. Abdul Razak Sabtu, berkongsi pandangan, cabaran dan penyelesaian untuk memperkasakan lagi TVET di Malaysia, lebih-lebih lagi dalam dunia yang semakin berkembang pesat dengan pelbagai inovasi dan teknologi.
Penyanyi legenda Indonesia, Emilia Contessa meninggal dunia
Allahyarham Emilia menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun akibat penyakit kencing manis.
Bangunan tiba-tiba bergegar, bergoyang sebelum runtuh - Saksi
Seorang pekerja warga Vietnam dikenali sebagai Atang, 39, berkata keadaan itu menyebabkan pekerja bertempiaran lari menyelamatkan diri, termasuk beliau.
Runtuhan jejambat: DOSH arah pemaju henti kerja
Pemaju projek pembinaan jejambat pejalan kaki berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar, di sini diarah menghentikan serta-merta kerja mereka susulan insiden runtuhan struktur berkenaan, ha
Konkrit runtuh di KL Eco City: Seorang maut, lima cedera
Sekurang-kurangnya satu mayat telah berjaya dikeluarkan dari tapak nahas konkrit runtuh di kawasan pembinaan berdekatan KL Eco City di Bangsar.