Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah mereka berhubung pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar di sini.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas membenarkan saman Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Mohd Rafizi, yang merupakan defendan pertama.
Azizul memerintahkan Mohd Rafizi membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 kepada syarikatnya.
Mahkamah turut memerintahkan Mohd Rafizi membayar kos sebanyak RM100,000 kepada plaintif (Mohamad Salleh dan NFCorp).
Bagaimanapun, mahkamah menolak saman Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Malaysiakini, yang dinamakan sebagai defendan kedua, dan memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM50,000 kepada portal berita berkenaan.
Dalam saman difailkan pada 3 Jun 2013, Mohamad Salleh dan NFCorp, mendakwa pada 7 Mac 2012, Mohd Rafizi membuat kenyataan berbaur fitnah pada sidang media di Pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City dan ia disiarkan Malaysiakini pada hari yang sama.
Beliau berkata saman itu difailkan kerana kerugian yang dialami akibat pembohongan, maklumat mengelirukan, pendedahan maklumat perbankan yang sulit dan kenyataan fitnah yang dibuat defendan.
Mohamad Salleh memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan memperdaya orang ramai mengenai isu itu.
Dalam penghakimannya, Azizul berkata kenyataan yang dibuat Mohd Rafizi adalah fitnah dan beliau mendakwa dana awam telah diselewengkan.
"'Seleweng', pada pandangan saya, suatu tuduhan yang serius berbanding 'salah guna', dan perkataan 'salah guna' mungkin timbul daripada kecuaian semata-mata atau kurang berhati-hati, manakala 'seleweng', seperti dinyatakan sebelum ini, membayangkan unsur ketidakjujuran," katanya, sambil menambah Mohd Rafizi tidak mengesahkan ketepatan atau sama ada maklumat yang terkandung dalam dokumen itu lengkap.
"Walaupun perkataan 'dijadikan jaminan' boleh dibaca untuk membawa maksud 'digunakan sebagai pengaruh' dan bukannya 'jaminan', pada pandangan saya, penggunaan perkataan 'diselewengkan' memberi gambaran dana awam diletak dalam risiko atas alasan bahawa dana itu digunakan sebagai pengaruh untuk mendapatkan pinjaman peribadi," katanya.
Azizul juga berkata tiada sebarang bukti dana awam digunakan sebagai cagaran atau jaminan atau sebaliknya diletak dalam risiko, walaupun hujah Mohd Rafizi diterima bahawa dia hanya bermaksud dana itu yang diagihkan kepada NFCorp telah digunakan sebagai pengaruh.
"Saya mendapati kenyataan dikeluarkan Mohd Rafizi juga berbaur fitnah terhadap plaintif kedua (NFCorp), kerana ia memberi gambaran plaintif kedua menyalahgunakan hasil pendapatan daripada pinjaman kerajaan dengan membenarkan pengarah-pengarahnya meningkatkan pembiayaan dengan memanfaatkan deposit," kata hakim itu.
Beliau seterusnya berkata dalam kes berkenaan, bentuk tuduhan terhadap plaintif adalah serius dan ini tidak dipertikaikan dengan bersungguh-sungguh, dan mencadangkan tindakan yang berkemungkinan mempunyai akibat yang boleh dihukum.
Bagi defendan kedua, Azizul berkata mahkamah mendapati kesan laporan oleh Malaysiakini, apabila dilihat secara keseluruhan dan dinilai secara objektif, adalah untuk melaporkan fakta bahawa kenyataan yang dibuat pada sidang media yang diadakan oleh Mohd Rafizi, bukan bagi tujuan meyakinkan pembaca atau orang ramai terhadap kandungannya.
"Saya berpendapat klip video itu adalah rakaman sebenar majlis yang diadakan, menyokong dapatan bahawa teras laporan itu adalah untuk menunjukkan bahawa kenyataan-kenyataan itu dibuat oleh Mohd Rafizi.
"Saya juga berpendapat laporan itu dibuat secara adil, tidak berkepentingan dan berkecuali," kata Azizul sebelum menolak tuntutan plaintif terhadap Mkini Dotcom, yang merupakan pemilik portal berita Malaysiakini.
Sementara itu, Mohamad Salleh dalam kenyataan kepada media berkata kebenaran akhirnya terbukti.
"Sejak akhir 2011, kerajaan Malaysia, NFCorp, pengarahnya dan isteri saya telah berdepan kecaman yang tidak munasabah oleh pembangkang dan pihak yang mengambil kesempatan ke atas kami. Hari ini, semuanya telah jelas," katanya. - Bernama
Bernama
Mon Oct 31 2016
![Rafizi diperintah bayar ganti rugi RM200,000 kepada Mohamad Salleh Rafizi diperintah bayar ganti rugi RM200,000 kepada Mohamad Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448378646_MohamadSallehIsmail.jpg)
Mahkamah turut memerintahkan Mohd Rafizi membayar kos sebanyak RM100,000 kepada plaintif (Mohamad Salleh dan NFCorp).
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686778902_RamliMohdNor.jpg)
Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook
Datuk Ramli Mohd Nor mendapati hantaran pemilik akaun itu sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
![Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721046171_LimGuanEng.jpg)
Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan
Lim memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan arahan membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary, semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
![PRK Sg Bakap: Kempen secara sihat, jangan guna dakyah, fitnah dan unsur provokatif - Fahmi PRK Sg Bakap: Kempen secara sihat, jangan guna dakyah, fitnah dan unsur provokatif - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716980050_FahmiFadzil.jpg)
PRK Sg Bakap: Kempen secara sihat, jangan guna dakyah, fitnah dan unsur provokatif - Fahmi
Ia susulan aduan diterima pihak Kementerian Komunikasi serta MCMC tentang aktiviti berkempen secara tidak sihat dan menggunakan dakyah, fitnah serta unsur provokatif.
![Hasut, fitnah, hina pemimpin negara tidak boleh diterima Hasut, fitnah, hina pemimpin negara tidak boleh diterima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716281553_ManivananGowin.jpg)
Hasut, fitnah, hina pemimpin negara tidak boleh diterima
Manivanan berkata tindakan sedemikian tidak boleh diterima kerana ia turut mencemarkan suasana harmoni dan demokrasi yang diperjuangkan selama ini.
![PM Anwar nafi beliau anak angkat Amerika, MOF pinjam duit IMF PM Anwar nafi beliau anak angkat Amerika, MOF pinjam duit IMF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719395406_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar nafi beliau anak angkat Amerika, MOF pinjam duit IMF
Antara tuduhan adalah mendakwa beliau anak angkat Amerika, Kementerian Kewangan meminjam wang IMF dan beliau mengikut tunjuk ajar Yahudi.
!['Saya dianiaya, ini semua fitnah' - Bapa Zayn Rayyan 'Saya dianiaya, ini semua fitnah' - Bapa Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717731876_KesZaynRayyan.jpg)
'Saya dianiaya, ini semua fitnah' - Bapa Zayn Rayyan
Kata-kata bapa Zayn Rayyan mengundang jeritan ahli keluarganya yang berkumpul di luar mahkamah.
![Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715615986_DeepakJaikishan.jpg)
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
![Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714356995_CheguBardjpg.jpg)
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
![KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713154859_kjlokmanadam.jpg)
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.