PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya dalam rayuan untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM540,000 dan lapan keping emas milik bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Nordin Hasan semalam membenarkan rayuan SPRM untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Hakim Nordin, yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, berkata mahkamah mendapati wang RM540,000 dan lapan keping emas bernilai RM1.4 juta itu ada kaitan dengan kesalahan di bawah Akta SPRM.
"Tambahan pula, tiada pihak ketiga yang muncul ataupun ke hadapan untuk membuat sebarang tuntutan terhadap harta-harta tersebut," katanya.
Mahkamah Tinggi telah membenarkan rayuan Mohd Arif untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan permohonan SPRM untuk melucut hak wang tunai dan pelbagai barangan di bawah Seksyen 41 (1) Akta SPRM 2009.
Barangan yang disita SPRM pada 2017 merangkumi wang tunai berjumlah RM544,627; wang tunai dalam mata wang asing, lapan keping emas dengan berat keseluruhan 8,000 gram; 11 utas jam tangan berjenama, seutas rantai leher, gelang tangan mutiara, seunit telefon bimbit serta sebuah beg tangan berjenama.
SPRM kemudiannya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan manakala Mohd Arif juga merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenai beban pembuktian bagi kes-kes perlucutan harta di bawah Seksyen 41(1) Akta SPRM 2009.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa SPRM hanya meneruskan rayuan untuk melucut hak RM540,000 dan lapan keping emas.
Sementara itu, Nordin, dalam keputusan mahkamah, berkata barang-barang lain dipulangkan kepada Mohd Arif.
Nordin juga menolak rayuan Mohd Arif berhubung keputusan Mahkamah Tinggi mengenai beban pembuktian bagi kes-kes perlucutan harta di bawah seksyen 41(1) Akta SPRM 2009.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz dan Mohd Zain Ibrahim mewakili SPRM manakala peguam Guok Ngek Seong mewakili Mohd Arif.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 10 2021

Mahkamah mendapati wang RM540,000 dan lapan keping emas bernilai RM1.4 juta itu ada kaitan dengan kesalahan di bawah Akta SPRM. - Gambar fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmi Kamaruzaman dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baharu
Datuk Azmi Kamaruzaman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) suruhanjaya berkenaan berkuat kuasa 13 Februari lepas.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat: Benarkan wakil rakyat terima aduan salah laku - Peguam
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu dipinda dengan memberikan kuasa kepada wakil rakyat untuk menerima maklumat.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

CEO, Pengerusi Able Global bebas tahanan reman SPRM
Able Global Bhd (Able Global) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edward Goh Swee Wang dan Pengerusi Ng Keng Hoe sudah dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki
Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Op Sky: SPRM akan panggil 5 hingga 10 lagi saksi, siasatan lengkap sebulan lagi
Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan dalam Op Sky dijangka selesai dalam tempoh sebulan.