KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan esok bagi memutuskan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah daripada prosiding pendengaran kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sequerah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili bekas Perdana Menteri berkenaan.
Perkara itu dibangkitkan selepas Sequerah, pada bulan lepas, mendedahkan bahawa beliau pernah berkhidmat dengan bekas peguam 1MDB iaitu Jasmine Loo Ai Swan, yang kini dalam tahanan polis.
Terdahulu, Muhammad Shafee berhujah bahawa memandangkan Sequerah pernah bertugas dengan Loo, perkara itu boleh menghalang hakim tersebut daripada bertindak sebagai pemerhati yang adil dan berfikiran bebas ketika mendengar keterangan wanita itu jika beliau dipanggil menjadi saksi.
Muhammad Shafee juga berkata Sequerah perlu memutuskan isu kebolehpercayaan Loo kerana beliau memainkan peranan yang penting (dalam 1MDB) dengan mengikut arahan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, iaitu "untuk menghalalkan perkara yang haram."
Beliau berkata hakim itu akan berada dalam 'kedudukan yang sukar" untuk memutuskan sama ada Loo perlu didakwa kerana memberikan keterangan bercanggah.
"Keputusan itu akan menimbulkan konflik dan memalukan Yang Amat Arif kerana hubungan Yang Amat Arif dengannya sebagai bekas rakan kongsi (di firma guaman itu)," katanya.
Pada peringkat ini, Sequerah mencelah dan berkata, "memandangkan saya sendiri yang telah mendedahkan perkara itu, adakah anda berpendapat bahawa saya tidak boleh membuat keputusan yang adil dalam kes ini?
Muhammad Shafee menjawab "Yang Amat Arif masih perlu memutuskan fakta yang dikemukakan - melalui saksi lain - mengenai peranan Loo dalam 1MDB dan mendakwanya kerana memberi keterangan bercanggah, jika perlu."
Hakim itu kemudian berkata beliau sedia mendakwa Loo jika perlu dan wanita itu tiada bezanya dengan saksi lain.
Sementara itu, ketika membantah permohonan Najib, Kamal Baharin berhujah adalah jelas bahawa Loo telah meninggalkan firma guaman terbabit pada 31 Dis 2008 manakala Sequerah terus berkhidmat di situ sehingga beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 20 Jun 2014.
"Tiada perkaitan antara isu dalam perbicaraan ini dengan hubungan masa lalu Yang Amat Arif dan bekas rakan kongsinya di firma guaman dan kami berhujah Yang Amat Arif sebenarnya tidak perlu mendedahkan hubungan ini kerana ia boleh didapati daripada rekod awam," katanya.
Pada 12 Julai lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa Loo telah ditahan polis pada 7 Julai bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana 1MDB.
Di kandang tertuduh ialah Najib, 70, yang berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.
Perbicaraan bersambung esok dan Muhammad Shafee dijangka meneruskan pemeriksaan balas terhadap bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023
![Mahkamah putuskan permohonan Najib untuk gugurkan hakim dengan kes 1MDB esok Mahkamah putuskan permohonan Najib untuk gugurkan hakim dengan kes 1MDB esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688962136_NajibTunRazak.jpg)
Mahkamah Tinggi menetapkan esok bagi memutuskan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) untuk menggugurkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah daripada prosiding pendengaran kes 1MDB. Gambar fail/Sinar Harian
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
![Kim Pan-gon letak jawatan? Kim Pan-gon letak jawatan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599046276_MDatukShahrol.jpg)
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.
![Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709018256_ShafeeAbdullah.jpg)
Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguhkan hari ini.
![Dokumen perbankan tidak diserah kepada pembelaan kerana tidak relevan - Saksi Dokumen perbankan tidak diserah kepada pembelaan kerana tidak relevan - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708337865_NajibTunRazak.jpg)
Dokumen perbankan tidak diserah kepada pembelaan kerana tidak relevan - Saksi
Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak menyerahkan beberapa dokumen perbankan yang diperoleh dari dua negara kepada pembelaan Datu
![Kes 1MDB: Saya tidak boleh arah media apa yang patut dilapor, itu hak mereka - Hakim Kes 1MDB: Saya tidak boleh arah media apa yang patut dilapor, itu hak mereka - Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-12/81448964770_mdb.jpg)
Kes 1MDB: Saya tidak boleh arah media apa yang patut dilapor, itu hak mereka - Hakim
Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, berkata bagaimanapun beliau mengambil maklum aduan yang dibuat oleh pihak pembelaan.
![Perbicaraan kes dana 1MDB: Pendakwaan berhasrat panggil Jasmine Loo Perbicaraan kes dana 1MDB: Pendakwaan berhasrat panggil Jasmine Loo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690085498_TBJasmineLoo.jpg)
Perbicaraan kes dana 1MDB: Pendakwaan berhasrat panggil Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan akan dipanggil memberi keterangan dalam kes membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![Perbicaraan kes 1MDB Najib disingkatkan, saksi positif COVID-19 Perbicaraan kes 1MDB Najib disingkatkan, saksi positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702625390_NajibTunRazak.jpg)
Perbicaraan kes 1MDB Najib disingkatkan, saksi positif COVID-19
Perbicaraan kes rasuah Najib membabitkan dana 1MDB disingkatkan hari ini setelah Mahkamah Tinggi diberitahu seorang saksi utama dijangkiti COVID-19.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 November 2023.
![Kes 1MDB Najib: 6 Nov keputusan permohonan pendakwaan pinda tiga pertuduhan Kes 1MDB Najib: 6 Nov keputusan permohonan pendakwaan pinda tiga pertuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698308190_Najib.jpg)
Kes 1MDB Najib: 6 Nov keputusan permohonan pendakwaan pinda tiga pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 6 Nov untuk keputusan berhubung permohonan pihak pendakwaan meminda tiga pertuduhan membabitkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram perbicaraan 1MDB.
![Najib tutup akaun selepas pindah RM162 juta wang haram hasil 1MDB - Saksi Najib tutup akaun selepas pindah RM162 juta wang haram hasil 1MDB - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690366234_NajibTunRazak.jpg)
Najib tutup akaun selepas pindah RM162 juta wang haram hasil 1MDB - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib telah menutup satu akaun miliknya di Ambank selepas memindahkan lebih RM162 juta iaitu wang haram hasil daripada dana 1MDB GIL ke dalam akaun baharunya.
![Perbicaraan kes dana 1MDB Najib: Pegawai penyiasat dijangka beri keterangan esok Perbicaraan kes dana 1MDB Najib: Pegawai penyiasat dijangka beri keterangan esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695290841_NajibTunRazak.jpg)
Perbicaraan kes dana 1MDB Najib: Pegawai penyiasat dijangka beri keterangan esok
Pegawai penyiasat bagi skandal 1MDB dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion yang dihadapi Najib Razak, esok.