KUALA LUMPUR:Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang memasang pengimbas haba terkini dan lebih banyak pengawal bersin di 19 lapangan terbang di seluruh negara sebagai usaha berterusannya dalam membebaskan lapangan terbang daripada ancaman COVID-19.
Pengendali lapangan terbang itu berkata sejumlah 23 pengimbas haba baharu dan 600 unit pengawal bersin (kepingan penahan bersin) akan dipasang di semua 19 lapangan terbang miliknya.
"Dua belas lapangan terbang, selain Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA atau KUL mengikut kod Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa) telah selesai pemasangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, 12 lapangan terbang itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Subang, Lapangan Terbang Terengganu, Lapangan Terbang Tawau, Lapangan Terbang Labuan, Lapangan Terbang Alor Setar, Lapangan Terbang Sandakan, Lapangan Terbang Kota Bharu dan Lapangan Terbang Miri.
Sejumlah tujuh lapangan terbang lagi sedang menjalani pemasangan termasuk Lapangan Terbang Ipoh, Lapangan Terbang Kuantan, Lapangan Terbang Melaka, Lapangan Terbang Bintulu, Lapangan Terbang Limbang, Lapangan Terbang Sibu dan Lapangan Terbang Lahad Datu. Ia dijadualkan siap pada hujung bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata sejak bermulanya pandemik itu, MAHB tidak berhenti meneroka cara dan kaedah bagi membantu mengurangkan risiko COVID-19.
"Kumpulan menganggap ini sebagai sebahagian daripada kewajipan MAHB untuk membantu memastikan negara kita selamat. Kami telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi lain yang berkaitan, terutamanya melalui jawatankuasa bersama dalam jawatankuasa KUL COVID.
"Kami merintis penyelesaian teknologi terkini di KUL terlebih dahulu sebelum memperkenalkannya di lapangan terbang lain disebabkan KUL menjadi hab majoriti penumpang kami," katanya.
Mohd Shukrie berkata, MAHB terus komited dalam mengekalkan tahap keselamatan tertinggi tanpa menjejaskan tahap perkhidmatan memandangkan reputasi KUL sebagai antara lapangan terbang terbaik dunia.
"Adalah penting bahawa untuk kami menyesuaikan normal baharu dalam perjalanan udara sambil memberikan pengalaman lapangan terbang yang lancar kepada penumpang kami," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 19 2020
MAHB tidak berhenti meneroka cara dan kaedah bagi membantu mengurangkan risiko COVID-19. -Bernama
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan
Memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Jangan kelirukan orang ramai, BlackRock tidak miliki GIP - Lee Chuan How
Ahli Parlimen tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengelirukan ahli yang lain dan orang awam dengan dakwaan BlackRock Inc memiliki 100 peratus saham dalam Global Infrastructure Partners.
GIP-MAHB: Tidak mungkin kerajaan biarkan aset negara dikawal syarikat Israel – Amir Hamzah
Kerajaan mengulangi bahawa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kekal dikawal oleh kerajaan dengan pengurusannya tidak akan diambil alih oleh warga asing.
Jangan keterlaluan bahas isu BlackRock, boleh jejas kepentingan negara - PM Anwar
Beliau berkata sebarang polemik berkaitan isu berkenaan boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berkembang.
Amalkan sikap 'tabayyun', elak terpengaruh dengan dakwaan berunsur fitnah
Umat Islam di Malaysia diajak untuk mengambil pendekatan 'tabayyun' iaitu menyelidik dan mendalami kesahihan sesuatu dakwaan dan berita dalam isu membabitkan kepentingan negara.
MAHB rekod lebih 11 juta penumpang pada Mei 2024
MAHB merekodkan 11.2 juta penumpang pada Mei 2024 di 39 lapangan terbang di Malaysia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (SAW) di Turkiye.
Malaysia kekal terbuka terhadap perdagangan, pelaburan - PM Anwar
Anwar berkata kerjasama antara MAHB dan firma Global Infrastructure Partners (GIP) yang berpangkalan di New York, adalah penting kepada negara.
Tiga syarikat penerbangan baharu bakal beroperasi di KLIA akhir tahun ini - MAHB
MAHB menyasarkan kehadiran tiga syarikat penerbangan baharu seperti British Airways, Vietjet Air dan 9 Air untuk mula beroperasi menjelang akhir tahun ini.
Tiada penjualan MAHB, pemilikan saham Khazanah, KWSP meningkat kepada 70 peratus - PM
Sementara baki 30 peratus kepentingan lagi dimiliki oleh Global Infrastructure Partners (GIP) dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA).
Penjelasan mengenai penjualan saham MAHB tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Mohd Shahar meminta Perdana Menteri jelaskan keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham MAHB.