Lynas Corporation Ltd (Lynas) perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap pekerjanya yang berkemungkinan berhadapan risiko kehilangan pekerjaan sekiranya operasi syarikat itu ditutup, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Kuantan berkata ini kerana syarikat nadir bumi itu yang berulang kali memberi jaminan kepada masyarakat dan pekerjanya sendiri bahawa operasi syarikat yang terletak di Gebeng, Kuantan itu adalah selamat.
Tambahnya, kerajaan sememangnya mengambil berat mengenai kebajikan pekerja Lynas namun aspek yang lebih besar perlu dilihat terutamanya melibatkan keselamatan warga Kuantan.
"Kita perlu melihat kepada aspek yang lebih besar iaitu kebajikan dan keselamatan warga Kuantan secara keseluruhannya iaitu seramai 600,000 orang penduduk," katanya kepada Bernama selepas menghadiri program temu bual Program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini malam Selasa.
"Ramai juga antara mereka yang bekerja di Gebeng dan terdedah kepada udara dan pencemaran dari segi debu dan radiasi yang datang dari kilang,.... ini juga mustahak," tambahnya.
Beberapa akhbar tempatan melaporkan Lynas mengeluarkan testimoni para pekerja kilang itu yang menyatakan keyakinan mereka terhadap operasi kilang.
Pekerja syarikat itu juga sebelum ini pernah melahirkan rasa bimbang terhadap jaminan pekerjaan mereka di kilang berkenaan yang bakal terjejas.
Semalam, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang bagi memastikan Malaysia tidak menjadi tempat pembuangan bahan tercemar oleh syarikat dari negara lain.
Menurut Yeo, jawatankuasa itu dianggotai oleh mereka yang tidak menyatakan pendirian secara terbuka, sama ada untuk menyokong atau membantah operasi Lynas sebelum ini, dan mereka diberi tempoh enam minggu untuk menjalankan penilaian, dan memberikan satu laporan beserta syor kepada kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 16 2018

Kerajaan sememangnya mengambil berat mengenai kebajikan pekerja Lynas namun aspek yang lebih besar perlu dilihat terutamanya melibatkan keselamatan warga Kuantan. - FotoBernama

Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta tanpa kebenaran
Polis sedang menyiasat aduan mengenai tindakan sekumpulan lelaki mengeluarkan 28 kereta yang masih menunggu keputusan mahkamah berkaitan tuntutan insurans.

G7 gesa Rusia setuju gencatan senjata dengan Ukraine
G7 menggesa Rusia supaya memberikan respons dengan bersetuju terhadap gencatan senjata secara adil dan melaksanakannya sepenuhnya.

Ketua Parti Liberal Mark Carney angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-24 Kanada
Katanya, kabinet yang lebih kecil dan berpengalaman untuk bergerak lebih pantas, menjamin ekonomi Kanada dan melindungi masa depan negara itu.

Khazanah Nasional akan peroleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO
INCJ telah mencapai penghujung mandat pelaburannya dan menghargai usaha sama dengan INCJ, sejak penyertaannya pada 2017.

Kerajaan sasar RM9 bilion dijana daripada jualan kayu getah terawat
RISDA telah ambil langkah proaktif menerusi cadangan pelaksanaan program TGBB bagi mengurangkan kebun getah terbiar.

Perang dagangan, tarif, sekatan jadi senjata dominasi global - PM Anwar
Anwar berkata, berikutan Order Baru Dunia yang sedang terbentuk, negara-negara di seluruh Global South hadapi cabaran yang semakin meningkat.

Malaysia akan perkukuh peranan ASEAN, tingkatkan penglibatan di peringkat global - PM Anwar
Anwar menggesa tindakan kolektif bagi mempertahankan keamanan dan memastikan orde antarabangsa yang stabil.

Aminuddin sedia pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Beliau berkata saingan kali ini lebih sengit kerana PKR merupakan komponen parti menerajui Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan.

MMA harap kadar baharu yuran perundingan GP swasta berpatutan, adil
Dr Kalwinder Singh berkata MMA percaya kenaikan yuran perundingan kepada sekurang-kurangnya RM60 adalah wajar dan adil.

MPM bakal naik taraf sistem dengan AI, jana transkrip segera semasa prosiding
Ia berupaya menjana transkrip segera semasa prosiding kes bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menyelaraskan kefahaman komunikasi.

Tiada kenaikan harga secara melampau dikesan di bazar Ramadan - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak mengesan sebarang kenaikan harga makanan secara melampau di bazar Ramadan di seluruh negara setakat ini.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi menerusi pindaan perlembagaan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.

Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.

KPDN jamin bekalan keperluan asas di negeri terjejas banjir mencukupi
KPDN memberi jaminan stok bekalan barangan keperluan asas bagi negeri yang dilanda banjir adalah mencukupi.

Program Penyeragaman Harga: KPDN buka 1,770 pusat penjualan seluruh negara
KPDN telah mewujudkan 1,770 pusat penjualan (Point of Sale) menerusi Program Penyeragaman Harga (PPH) di seluruh negara tahun ini.

KPDN kaji mekanisme jejak rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi
KPDN sedang mengkaji mekanisme untuk menjejaki rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi termasuk penggunaan nombor kumpulan pada setiap peket.

Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.