PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi laman Twitter miliknya memaklumkan lorong kiri Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora, Perak masih ditutup bagi kerja-kerja pembersihan susulan kemalangan sebuah kereta dan treler pada tengah malam Rabu.
Bagaimanapun PLUS berkata, bagi lorong kanan arah utara telah pun dibuka dan laluan kontra masih diaktifkan, manakala trafik pula sesak 11 kilometer arah utara dan arah selatan trafik perlahan.
Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif.
“Sehingga jam 9.03 pagi tadi, lorong kiri arah utara masih ditutup bagi kerja pembersihan kawasan kemalangan manakala lorong kanan telah dibuka. Laluan kontra masih diaktifkan.
“Trafik sesak 11 kilometer arah utara dan trafik perlahan arah selatan. Sila gunakan laluan alternatif,” ciapnya di Twitter pada Khamis.
Pada Rabu, lima individu rentung dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan treler di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar, Perak.
Maklumat awal kejadian sekitar 12.52 malam itu memaklumkan, semua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan dua kenderaan terbabit.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 12 2022

PLUS memaklumkan lorong kiri Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora, Perak masih ditutup bagi kerja-kerja pembersihan susulan kemalangan sebuah kereta dan treler pada tengah malam Rabu. -PLUS

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PLUS akan runding dengan LLM bincang tambah lampu jalan
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, segala keputusan akan diputuskan selepas berunding dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Bas persiaran rempuh treler di Sungai Bakap, 26 cedera termasuk pemandu
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.16 pagi sewaktu bas yang membawa rombongan dari Seremban sedang dalam perjalanan menuju ke Sungai Petani.

Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Tujuh mangsa masih dirawat, dua di ICU
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Ini apa anda perlu tahu
Nahas kemalangan jalan raya yang mengorbankan 5 sekeluarga serta dua yang lain di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara Ayer Keroh pada Isnin, menggemparkan di saat negara memasuki perayaan Krismas.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.

43 terselamat, bas persiaran rempuh belakang treler
Bas persiaran tersebut membawa anggota rombongan seramai 41 orang dari Melaka ke Kedah.

Mayat lelaki ditemukan dalam kolam takungan
Mayat seorang lelaki ditemukan orang awam dalam kolam takungan bersebelahan Lebuhraya Utara Selatan di Kilometer 240.8 tengah hari semalam.