KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah trafik akan meningkat kepada empat juta kenderaan berbanding 3.5 juta kenderaan dalam tempoh sehari pada masa ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Shuhaimi Hassan berkata, ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan rakyat Malaysia yang telah lengkap divaksin untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula hari ini.
Beliau berkata, LLM telah bersiap sedia sepenuhnya dan telah mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan kelancaran trafik di lebuh raya terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul pada 19 Okt ini.
Menurutnya, bagi memastikan kelancaran pergerakan trafik, LLM telah mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya untuk menjadualkan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengelakkan pelaksanaan penutupan lorong.
"...terutamanya di Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur dan Lebuhraya Kajang Seremban semasa cuti hujung minggu atau cuti umum bagi mengelakkan kesesakan di lebuh raya," katanya dalam kenyataan di sini.
Mohd Shuhaimi berkata, syarikat pengendali lebuh raya juga diarah melakukan persiapan bagi memastikan semua kawasan rehat dan rawat serta hentian sebelah sepanjang lebuh raya berada dalam keadaan baik dan teratur serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Sementara itu, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, memastikan baki kad 'Touch and Go' mencukupi, merancang dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Pengguna lebuh raya boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia di talian 1-800-88-7752 atau menerusi media sosial seperti Facebook, Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di Twitter, @LLMinfotrafik untuk mendapatkan maklumat keadaan trafik serta bantuan. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 11 2021

Lembaga Lebuhraya Malaysia menjangkakan jumlah trafik akan meningkat kepada empat juta kenderaan berbanding 3.5 juta kenderaan dalam tempoh sehari pada masa ini. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pergerakan penumpang domestik MAHB melonjak 74 peratus pada September
Jumlah pergerakan penumpang bagi Malaysia meningkat 55 peratus kepada 458,000 penumpang bulan lepas.

Pantai Batu Ferringhi, Bagan Ajam jadi tumpuan pelancong
Dua lokasi itu yang sebelum ini sepi berikutan PKP kini kembali meriah dengan kehadiran pelancong terutamanya dari luar Pulau Pinang.

Cameron Highlands kembali sesak dengan pelancong
Tinjauan di beberapa lokasi tumpuan mendapati berlaku penambahan bilangan kenderaan dan kehadiran orang ramai sejak jam 9 pagi sehingga berlaku sedikit kesesakan.

Rentas negeri: Trafik di Pulau Pinang meningkat 38 peratus
Meskipun kenderaan bertambah hampir 100 peratus khususnya di kawasan Timur Laut, namun, setakat ini situasi masih lagi terkawal.

Restoran nasi kandar di Pulau Pinang diserbu pelancong
Pengunjung dari luar Pulau Pinang sanggup beratur panjang semata-mata untuk menikmati keenakan nasi kandar yang sinonim dengan negeri itu.

Langkah baharu industri pelancongan negara: Dialog Tiga Penjuru malam ini
Bagaimana pemain industri dapat mengimbangi keperluan untuk untung pada masa pengunjung pun sama bergelut untuk bangkit dalam kemelut ekonomi bahana pandemik?

2,000 polis siap sedia, PDRM jangka peningkatan kenderaan di Pulau Pinang mulai esok
Meskipun aliran trafik di Pulau Pinang masih terkawal, namun, PDRM telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

Tiket bas ke Kuala Lumpur paling laris
Tiket bas ke Kuala Lumpur paling laris

Ambil kesempatan rentas negeri berkunjung ke Pulau Pinang
Siti Farhana Suhaimi dari Taiping Perak berkunjung ke Pulau Mutiara di hari pertama kebenaran merentas negeri.

LLM jangka trafik di lebuh raya meningkat kepada empat juta kenderaan sehari
LLM bersiap sedia untuk memastikan kelancaran trafik di lebuh raya terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul.