KUALA LUMPUR: Pergerakan penumpang domestik yang dicatatkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melonjak 74 peratus pada September daripada angka pada bulan sebelumnya, dipacu oleh kejayaan gelembung pelancongan Langkawi serta kemajuan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menerusi kenyataan pada Isnin, MAHB menjelaskan, jumlah pergerakan penumpang bagi Malaysia meningkat 55 peratus kepada 458,000 penumpang bulan lepas.
"Pergerakan pesawat domestik meningkat kira-kira 20 peratus bulan lepas serta berbanding dengan Ogos, mencatatkan lebih 10,000 penerbangan.
"MAHB optimis bahawa aliran perjalanan yang menggalakkan akan terus berlanjutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan antara negeri dan sekatan perjalanan antarabangsa ditarik balik," menurutnya.
MAHB menambah, pihaknya mencatatkan pergerakan penumpang berjumlah 37,000 semasa pelaksanaan awal gelembung pelancongan Langkawi pada 16 hingga 29 Sept, 2021.
"Syarikat penerbangan tempatan juga meraih manfaat daripadanya apabila AirAsia mencatatkan pergerakan pesawat terbanyak dengan 176 penerbangan dan menguasai faktor tempat duduk purata pada 64 peratus bagi tempoh yang sama.
"Aliran meningkat ini didorong lagi dengan penarikan balik Perintah Kawalan Pergerakan bagi perjalanan antara negeri bulan ini, kecuali yang masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD)," jelasnya.
Sementara itu, bagi aset di Turki, Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (ISG) di Istanbul merekodkan 2.7 juta pergerakan penumpang pada September, kekal sebagai penyumbang utama kepada jumlah pergerakan penumpang MAHB sebanyak 3.2 juta penumpang bulan lepas.
"ISG terus menunjukkan pemulihan yang kukuh, dipacu oleh kadar pemberian vaksin yang pesat dan kelonggaran sekatan sempadan di Eropah. Turki, yang menjadi antara negara teratas dari segi akses kepada vaksin, mengunjurkan negaranya mencapai kadar vaksinasi yang tinggi seterusnya mencapai imuniti awam pada akhir 2021.
"Tidak hanya 74.5 peratus daripada jumlah penduduknya telah menerima suntikan vaksin malah Turki akan melaksanakan pengeluaran besar-besaran vaksin COVID-19 yang dibangunkannya sendiri, Turkovac, bulan ini sekali gus menggiatkan lagi usahanya untuk kembali normal," menurut MAHB.
Mengenai operasi kargo, MAHB menjelaskan, pihaknya menerima kehadiran China Central Longhao Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bulan lepas.
Ini memandangkan MAHB, selaku pengendali lapangan terbang terus mengakui kepentingan pertambahan kargo udara dalam landskap penerbangan tempatan, terutama apabia kesan buruk pandemik melanda industri.
"Pengangkut kargo China itu menawarkan perkhidmatan bagi laluan Shenzhen-Kuala Lumpur dengan penerbangan tiga kali seminggu," tambahnya.
Menurut MAHB, jumlah operasi kargo yang direkodkan pihaknya sehingga September menyaksikan peningkatan 24 peratus daripada sekitar 726,800 tan pada tempoh yang sama tahun lepas.
"Ia kekal menjadi pemangkin penting untuk pemulihan ekonomi dan penerbangan," jelasnya. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021

Pergerakan pesawat domestik meningkat kira-kira 20 peratus bulan lepas serta berbanding dengan Ogos, mencatatkan lebih 10,000 penerbangan. - Gambar fail
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Trafik penumpang udara Malaysia naik kepada 15.3 juta pada Februari 2024
Jumlah trafik penumpang udara Malaysia meningkat 21.4 peratus kepada 15.3 juta pada Februari 2024 berbanding 12.6 juta penumpang dalam tempoh sama pada 2023.

Aliran pergerakan penumpang MAHB kekal lebih sembilan juta pada April 2023
MAHB berkata, aliran pergerakan itu mulai ketara pada minggu ketiga April bersempena sambutan Aidilfitri pada 22 April, 2023.

Pergerakan penumpang domestik MAHB melonjak 74 peratus pada September
Jumlah pergerakan penumpang bagi Malaysia meningkat 55 peratus kepada 458,000 penumpang bulan lepas.

Trafik penumpang MAHB susut 84.2 peratus kepada 1.8 juta pada November
Pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd merosot 84.2 peratus dari tahun ke tahun kepada 1.8 juta pada November 2020.