TEMERLOH: Tiket perjalanan dari Temerloh ke Kuala Lumpur laris dijual di Terminal Bas Temerloh selepas pergerakan rentas negeri dibenarkan sejak Isnin.
Kerani kaunter Trans Malaya Ekspres, Helmi Azman, 26, berkata, meskipun tiket ke destinasi itu laris dijual sejak Isnin, tarikh perjalanan untuk 15 Oktober paling laris.
Menurutnya, jualan tiket dijangka meningkat dalam beberapa hari lagi khususnya pada hujung minggu.
"Suasana di terminal ini kembali meriah selepas sunyi dan lengang sejak beberapa bulan lalu, kami baru sahaja memulakan perjalanan hari Selasa," katanya bahawa syarikat itu menghentikan sementara waktu operasi bermula 24 April lalu.
Situasi itu diakui oleh ejen tiket Billion Star Ekpres, Mohd Syafik Sabda, 28, bahawa tiket ke ibu kota itu laris terjual sejak Isnin.
"Memang tiket ke Kuala Lumpur laku dan kami masih ada lagi menawarkannya setakat Selasa dan mungkin terus meningkat selepas ini.
"Suasana semakin rancak dan terminal kembali menjadi tumpuan selepas beberapa bulan sepi dengan jumlah pengguna pun boleh dikira dengan jari sebelum ini," tambahnya.
Difahamkan Kuala Lumpur menjadi pilihan di Terminal Bas Temerloh yang dilihat sebagai transit sebelum pengguna memilih destinasi pilihan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Pengurus Ejen Tiket Perdana Ekpres, Syarifah Nur Aizam Syed Zamzuri, 48, pula memberitahu destinasi ke Pantai Timur khususnya ke Kelantan laris terjual di kaunter miliknya.
"Malah kami kena tambah perjalanan iaitu dua perjalanan berbanding satu sebelum ini untuk menampung permintaan pengguna.
"Kalau tak tambah, memang tiket dah habis untuk destinasi ke Kelantan khususnya," ujar beliau.
Sementara itu, seorang pekerja kios di terminal memberitahu, jualan dilihat semakin positif sejak Isnin berikutan kehadiran pengguna yang semakin meningkat.
Malah seorang pekerja tandas awam di terminal itu, Rosnah Husin, 53, juga mengakui jumlah pengguna meningkat secara mendadak sejak Isnin.
"Sejak rentas daerah dibenarkan, sudah nampak pertambahan jumlah pengguna dan ia terus meningkat bila sudah boleh rentas negeri.
"Dulu nak dapat lebih RM100 sehari pun payah, sejak beberapa bulan lalu kini situasi semakin baik, harap ia berterusan," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 12 2021
Kehadiran pengguna mula meningkat sejak Isnin di Terminal Bas Temerloh yang ingin mendapatkan tiket ke destinasi pilihan. (Gambar kecil: Mohd Syafik, Helmi Azman)
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Pergerakan penumpang domestik MAHB melonjak 74 peratus pada September
Jumlah pergerakan penumpang bagi Malaysia meningkat 55 peratus kepada 458,000 penumpang bulan lepas.
Pantai Batu Ferringhi, Bagan Ajam jadi tumpuan pelancong
Dua lokasi itu yang sebelum ini sepi berikutan PKP kini kembali meriah dengan kehadiran pelancong terutamanya dari luar Pulau Pinang.
Cameron Highlands kembali sesak dengan pelancong
Tinjauan di beberapa lokasi tumpuan mendapati berlaku penambahan bilangan kenderaan dan kehadiran orang ramai sejak jam 9 pagi sehingga berlaku sedikit kesesakan.
Rentas negeri: Trafik di Pulau Pinang meningkat 38 peratus
Meskipun kenderaan bertambah hampir 100 peratus khususnya di kawasan Timur Laut, namun, setakat ini situasi masih lagi terkawal.
Restoran nasi kandar di Pulau Pinang diserbu pelancong
Pengunjung dari luar Pulau Pinang sanggup beratur panjang semata-mata untuk menikmati keenakan nasi kandar yang sinonim dengan negeri itu.
Langkah baharu industri pelancongan negara: Dialog Tiga Penjuru malam ini
Bagaimana pemain industri dapat mengimbangi keperluan untuk untung pada masa pengunjung pun sama bergelut untuk bangkit dalam kemelut ekonomi bahana pandemik?
2,000 polis siap sedia, PDRM jangka peningkatan kenderaan di Pulau Pinang mulai esok
Meskipun aliran trafik di Pulau Pinang masih terkawal, namun, PDRM telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.
Tiket bas ke Kuala Lumpur paling laris
Tiket bas ke Kuala Lumpur paling laris
Ambil kesempatan rentas negeri berkunjung ke Pulau Pinang
Siti Farhana Suhaimi dari Taiping Perak berkunjung ke Pulau Mutiara di hari pertama kebenaran merentas negeri.
LLM jangka trafik di lebuh raya meningkat kepada empat juta kenderaan sehari
LLM bersiap sedia untuk memastikan kelancaran trafik di lebuh raya terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul.