TAWAU: Lembaga Koko Malaysia (LKM) menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu sehingga 10,000 hektar seluruh negara dalam tempoh lima tahun.
Ketua Pengarah LKM, Datuk Dr Ramle Kasin berkata, pihaknya bersedia membantu bagi menggalakkan penanaman koko melalui pelbagai program termasuk dari segi kepakaran kerana keperluan komoditi itu adalah besar.
Beliau berkata, negara memerlukan 380,000 tan koko untuk pengisaran di Malaysia tapi hanya dapat mengeluarkan kurang daripada 500 tan koko oleh pengeluar sedia ada, justeru pihaknya sedang berusaha menggalakan lebih banyak tanaman itu.
"Biji koko premium juga mendapat permintaan dan tawaran harga yang tinggi. Pengusaha koko perlu lebih memahami kepentingan penjagaan kualiti biji koko yang dikeluarkan selaras dengan Standard Malaysian Cocoa (SMC) yang diguna pakai dalam menentukan gred biji koko.
"Kualiti biji koko yang dikeluarkan adalah menjadi keutamaan dan saya berharap agar lebih ramai lagi pengeluar menghasilkan biji koko yang unik seperti pengeluaran biji koko single origin atau special flavour," katanya, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus pasca tuai dan peningkatan hasil koko siri 1/2024 zon pantai timur Sabah di sini hari ini, dan kursus tiga hari bermula hari ini itu dihadiri 123 petani termasuk staf LKM.
Sementara itu, Ramle berkata, LKM memperuntukan RM5 juta untuk menjalankan Program Pemulihan Kebun Koko bagi memulihkan 1,344 hektar kawasan tanaman koko sedia ada di negeri ini.
Beliau berkata, peruntukan itu adalah untuk pelaksanaan projek bagi tahun ini hingga 2026 yang memberi manfaat kepada 2,084 petani.
Menurutnya lagi, keluasan tanaman koko di Sabah pada ketika ini adalah sebanyak 23.9 peratus atau 1,463 hektar dan dijangka akan terus meningkat dengan tambahan keluasan daripada Program Tanaman Baru Koko.
"Bagi keluasan tanaman koko aktif di pantai timur Sabah adalah berjumlah 154 hektar yang diusahakan oleh 139 petani manakala kawasan tanaman koko baharu TB22 adalah seluas 20 hektar," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

LKM memperuntukan RM5 juta untuk menjalankan Program Pemulihan Kebun Koko bagi memulihkan 1,344 hektar kawasan tanaman koko sedia ada di negeri ini. - Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.

Malaysia berupaya sertai pasaran koko global - Johari
Johari berkata Malaysia adalah di antara pemain koko utama dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran.

LKM rancang buka 200 hektar kawasan baharu tanaman koko tahun ini
Kawasan tanaman baharu itu meliputi 110 hektar di Sabah, 80 hektar di Semenanjung dan 10 hektar di Sarawak.

LKM, kerajaan negeri Sabah kerjasama perluas penanaman koko
Ketika ini pengeluaran koko negara hanya 1,000 tan metrik dan negara terpaksa mengimport biji koko dalam jumlah yang banyak.

Pekebun kecil sawit digalak ceburi sektor koko, lada
Projek integrasi itu dapat membantu merancakkan lagi pembangunan hiliran sektor lada dan koko tempatan yang semakin mendapat tempat.

Kerajaan sedang atasi kekurangan bahan mentah industri koko - Zuraida
Kerajaan bersama pihak berkepentingan sedang berusaha mengatasi isu kekurangan bahan mentah yang dihadapi industri koko negara.

Kucing jadi wira selamatkan warga emas tersekat dalam terusan
Ketika kejadian kira-kira jam 7.30 malam, kucing itu berkelakuan aneh dan asyik merenung ke arah terusan tersebut.

'Malaysia jadi model kepada negara Afrika'
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, pemimpin-pemimpin Afrika turut menzahirkan hasrat untuk mengembangkan ekonomi menerusi perdagangan serta pemasaran produk-produk mereka.

Coklat mungkin 'pupus' pada 2050 nanti
Penggemar coklat mungkin suatu hari nanti tidak dapat menikmati manisan itu lagi kerana ia mungkin akan pupus akibat kesan pemanasan global.

Malaysia mahu jadi 'raja coklat' Asia
Sehingga 2013, Malaysia adalah pemimpin di rantau Asia dan Oceania dalam pengeluaran produk koko.