KUALA LUMPUR: Literasi pengguna mengenai kepentingan peralihan ke tenaga baharu penting untuk memastikan semua usaha ke arah itu berjaya.
Ketua Tenaga, World Economic Forum (WEF), Espen Mehlum berkata, penyertaan serta sokongan masyarakat juga penting seperti yang dilaksanakan di Jepun dan Eropah.
“Perkara yang boleh dilaksanakan segera, antaranya ialah penggunaan tenaga yang efisien. Pengguna perlu sedar mengenai perkara yang perlu dilakukan untuk menjimatkan tenaga.
“Kita boleh belajar daripada pengalaman krisis tenaga Fukushima, Jepun dan di Eropah yang bergerak ke arah digitalisasi serta mendapat penyertaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat.
“Saya fikir sekiranya pengguna sedar tentang kepentingan penjimatan tenaga, ia akan memberi manfaat yang besar kepada setiap isi rumah,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Selain itu, Mehlum berkata inisiatif mengembangkan penjanaan tenaga boleh baharu juga perlu diberikan perhatian untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai segmen masyarakat.
Antara lain, katanya adalah dengan memanfaatkan bumbung setiap bangunan yang mempunyai potensi besar untuk diterokai bagi tujuan ini.
Jelasnya, kerajaan juga disarankan untuk memberikan insentif dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan untuk membolehkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan elektrik mikro yang kini semakin popular di pelbagai negara.
Irfan Faruqi
Wed Jun 28 2023

Mehlum berkata inisiatif mengembangkan penjanaan tenaga boleh baharu juga perlu diberikan perhatian untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai segmen masyarakat. - Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Usaha wujudkan persekitaran menggalakkan wanita ceburi kerjaya berkaitan STEM amat penting
Usaha ini dapat direalisasi dengan menyediakan peluang-peluang latihan dan pendidikan yang perlu kepada kaum wanita.

Literasi dan penyertaan pengguna penting untuk beralih ke tenaga boleh baharu - WEF
Literasi pengguna mengenai kepentingan peralihan ke tenaga baharu adalah penting untuk memastikan semua usaha kearah itu berjaya.

Tiada kenaikan tarif elektrik bagi agenda kecekapan tenaga - Yeo
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata kerajaan tidak akan menaikkan tarif elektrik dalam usahanya memacu agenda kecekapan tenaga.