JOHOR BAHRU: Lima ahli keluarga suspek dalam kes serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis 17 Mei lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu atas sembilan pertuduhan berasingan serta menggalak dan menanam ideologi kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.
Kesemua tertuduh terdiri daripada Radin Imran Radin Mohd Tassin, 62, isterinya Rosna Jantan, 59, dan tiga anak mereka Radin Romyullah, 34, Sobrina, 23, dan Mariah, 19.
Mengkikut kertas pertuduhan, Radin Imran didakwa atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dengan menggalakkan perbuatan pengganas berkaitan IS kepada semua ahli keluarga.
Antaranya dia dituduh melakukan perkara itu kepada semua anggota keluarganya membabitkan Radin Luqman, 21, yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram bulan lalu.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh dituduh memberi sokongan kepada berlakunya kejadian pengganas dengan menyimpan empat senjata api jenis senapang angin buatan sendiri untuk menjalankan aktiviti pengganas IS yang didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(b) Kanun Keseksaan (Akta 574).
Sementara itu Radin Romyullah berhadapan dua pertuduhan berbaiah kepada pemimpin IS dan memiliki cakera keras mengandungi bahan IS.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan.
Tiga lagi tertuduh wanita didakwa atas pertuduhan dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat berkenaan kesalahan itu mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan.
Kesalahan didakwa dilakukan antara April 2017 dan 17 Mei 2024 mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan.
Hakim tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 31 Julai depan.
Ernalisa Othman
Wed Jun 19 2024

Antara tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu. - Astro AWANI
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Permohonan kes dibicara bersama didengar 20 Jan
Pihak pendakwaan memberitahu, kesemua sembilan pertuduhan dihadapi mereka perlu dibicara bersama kerana ada kaitan antara satu sama lain.

Ideologi keganasan: Adik suspek serang Balai Polis Ulu Tiram mengaku tidak bersalah
Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Januari 2025 untuk pengurusan kes.

Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.

Abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong, miliki bahan berkaitan Daesh
Abang sulung lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram sehingga mengakibatkan kematian dua anggota polis dan seorang lagi cedera, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi.

Fitnah mangsa insiden Balai Ulu Tiram: Tukang cuci dipenjara tujuh hari, denda RM800
Seorang tukang cuci dihukum penjara tujuh hari dan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan memuat naik komen berbaur fitnah di media sosial terhad

Lelaki fitnah anggota polis terkorban insiden Ulu Tiram ditahan
Polis tahan lelaki tempatan berkaitan hantaran komen fitnah terhadap anggota polis yang terkorban dalam insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram.

Wira insiden tembakan Balai Polis Ulu Tiram pimpin ikrar Rukun Negara, laungan merdeka
Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini.

Sebutan semula kes lima anggota keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram 2 Sept
Mahkamah turut memerintahkan seorang daripada lima tertuduh untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital.

Pintu pagar balai ditutup 10 malam: Penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa - KPN
Penyampaian perkhidmatan PDRM berjalan seperti biasa walaupun arahan agar pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam.

Hanya pintu pagar balai polis ditutup, operasi berjalan seperti biasa - KDN
Orang ramai masih boleh membuat laporan dan tiada sebarang halangan selepas waktu itu..