Suasana menjadi lebih bermakna apabila suara lantang Mohd Khairul melaungkan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali bergema di Dataran Putrajaya, seolah-olah mengimbau detik bersejarah laungan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Acara bacaan ikrar itu turut disertai 66 pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur.
Dalam kejadian pada 2.45 pagi 17 Mei lepas, dua anggota polis di balai berkenaan terkorban selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang.
Sementara itu, pensyarah yang juga penyelaras dan jurulatih bagi bacaan ikrar pasukan IPG Kampus Ilmu Khas, Saiful Azam Khoo Abdullah berkata penampilan kali ketiga pasukan itu dalam acara penting negara ini dilihat sebagai satu penghormatan besar kepada institusi berkenaan.
"Tahun lepas kami membuat bacaan ikrar dalam bahasa isyarat, kali ini kami melaksanakan bacaan ikrar secara lisan dengan formasi kawad dan pakaian seragam batik," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA