SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan (MOT) meminta supaya pengendali syarikat penerbangan dan feri menambahkan jumlah perjalanan ke Langkawi, Kedah bagi menampung kapasiti pengunjung sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) pada minggu hadapan.
Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata mereka diharap dapat memberikan kerjasama, kerana lebih ramai pengunjung dijangka tiba ke Langkawi dalam tempoh berkenaan untuk menyaksikan pameran bertaraf antarabangsa itu, yang pastinya amat memerlukan perkhidmatan mereka.
"Ini juga adalah tekanan daripada pasaran, ada permintaan sudah tentu ada penawaran, operator ini juga sudah tentu akan mengambil peluang untuk menambah kapasiti (jumlah perjalanan) mereka, sebab mereka memang tahu apabila pameran LIMA'23 ini diadakan, ramai pengunjung akan ke Langkawi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-77 yang turut dihadiri Ketua Setiausaha MOT Datuk Jana Santhiran Muniayan dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim di sini hari ini.
Loke berkata kerja-kerja pengerukan alur pelayaran bagi laluan feri penumpang dari Kuala Perlis ke Langkawi juga telah selesai dilaksanakan mengikut jadual, sekali gus tidak akan menganggu perjalanan feri semasa pameran LIMA'23 itu.
Sementara itu beliau berkata banyak syarikat penerbangan dan maritim tempatan dan luar negara menunjukkan minat yang tinggi untuk mempamerkan produk mereka pada LIMA kali ini apabila kesemua reruai yang disediakan habis ditempah.
"Sambutan diterima cukup luar biasa, tiada satu pun booth kosong, semua telah ditempah, berapa jumlah sebenar (syarikat mengambil bahagian) itu akan kita maklumkan selepas mesyuarat penyelarasan LIMA '23 malam esok. Banyak juga perjanjian akan ditandatangani semasa pameran ini yang akan beri kelebihan kepada kita.
"Dari segi persiapan saya tak risau sebab kita dah ada pengalaman dan syarikat yang diberikan amanah anjurkan ia sudah tentu dah buat persiapan lebih setahun. Ia merupakan pameran yang amat dinanti-nantikan oleh semua," katanya.
Pameran LIMA '23 dijadualkan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei ini dengan kali terakhir pameran dwitahunan itu diadakan adalah pada 2019 dan tidak diadakan pada 2021 susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika itu.
Lebih 600 syarikat dari 60 buah negara dijangka mengambil bahagian dalam LIMA kali ini berbanding 400 syarikat pada edisi 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023
Loke berkata mereka diharap dapat memberikan kerjasama, kerana lebih ramai pengunjung dijangka tiba ke Langkawi dalam tempoh berkenaan. - Gambar fail
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
LIMA'23: 'Penganjuran paling berjaya, rekod urus niaga lebih RM17 bilion' - Mohamad
Perjanjian bernilai RM17.6 bilion telah ditandatangani pada LIMA '23 dengan RM10.1 bilion dalam 43 kontrak adalah berkaitan pertahanan.
Black Eagles Korea curi tumpuan Agong
Dalam cuaca panas terik, Seri Paduka berkenan melihat sendiri pesawat tempur ringan KAI T-50B itu dengan lebih dekat di landasan terbang.
Russian Knights bangga diberi peluang beraksi lagi di LIMA
Kol Andrev Alekseev berkata pasukannya sangat gembira dan berbesar hati untuk menerbangkan pesawat Rusia di ruang angkasa Malaysia.
Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara masih dalam penilaian - Mohamad
Beliau berkata kerajaan tidak mahu tergesa-gesa dalam membuat keputusan berhubung perkara itu dan mahu mendapatkan pandangan lebih lanjut daripada pihak berkepentingan.
APMM bakal terima aset baharu bernilai RM4 juta, bantu operasi SAR
APMM bakal menerima aset baharu bernilai RM4 juta, iaitu kenderaan Mobile Surveillance Unit (Unit Pengawasan Bergerak) (MSU) dalam membantu meningkatkan operasi mencari dan menyelamat di laut.
Agong, Putera Mahkota Abu Dhabi berkenan lawat LIMA'23
Baginda kemudiannya bersama-sama Sheikh Khaled menyaksikan persembahan pertunjukan udara pelbagai negara, termasuk pasukan aerobatik daripada UAE.
LIMA '23: Pengendali syarikat penerbangan, feri diminta tambah perjalanan ke langkawi
Kementerian Pengangkutan (MoT) meminta supaya pengendali syarikat penerbangan dan feri menambahkan jumlah perjalanan ke Langkawi, Kedah bagi menampung kapasiti pengunjung sempena LIMA '23.
'Saya tetap hadir LIMA'23 dan bawa teropong' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tetap dengan pendirian akan hadir ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 yang dijadualkan berlangsung Mei depan.
Pameran LIMA kembali Mei depan - Hishammuddin
Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LlMA) akan dianjurkan pada 23 Mei hingga 27 Mei tahun depan di Pulau Langkawi.