ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tetap dengan pendirian akan hadir ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) yang dijadualkan berlangsung Mei depan.
Katanya, walaupun tidak dijemput dia akan tetap hadir sebagai seorang pengunjung dan membawa teropong.
"Saya akan bawa teropong pergi duduk di tepi pagar airport (lapangan terbang). Saya ada kata kat pegawai saya kalau kita tak dijemput kita beli meja lipat seorang sebiji, teropong seorang satu, kita dok tepi pagar kita tengok kapal navy, kapal terbang.
"Lagipun tepi pagar itu pun, ada orang jual laksa, boleh makan-makan, sebagai pengunjung takkan lah depa nak halau," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.
Menurut Muhammad Sanusi, ini kerana beberapa persediaan sudah dilakukan oleh kerajaan negeri termasuk penginapan, mobiliti, pengangkutan dan pihak keselamatan.
"Saya ni Pengerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan saya Menteri Besar, banyak lagi jawatan saya yang berkaitan, jadi kalau saya tak dijemput saya tetap akan hadir.
"Pegawai saya dah tempah hotel berbulan-bulan lalu, kenderaan, motosikal polis semua dah ada," katanya.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, beliau difahamkan akan dijemput ke acara berkenaan berdasarkan jawapan daripada Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari di Dewan Negara sebelum ini.
"Bagaimanapun saya masih berpegang kepada keputusan kabinet menghalang saya menghadiri LIMA,23 sehingga terdapat keputusan membatalkan arahan itu daripada Kabinet.
"Apabila saya menyuarakan mengenai halangan ataupun larangan yang dikenakan kepada Menteri Besar Kedah, maka kementerian-kementerian itu mengambil perhatian untuk mengabaikan. Tapi saya rasa satu keputusan kabinet hanya boleh diatasi dengan satu keputusan kabinet yang lain, mesti membatalkan keputusan sebelum itulah," katanya
Pada Jumaat lalu, Muhammad Sanusi menzahirkan komitmen untuk memastikan kunjungan semua pihak ke Langkawi sempena penganjuran LIMA’23, Mei depan sebagai kunjungan terindah sepanjang hayat.
Katanya, pihaknya akan memastikan semua agensi Kerajaan Negeri Kedah memberikan komitmen 100 peratus demi kelancaran dan pelaksanaan semua acara pada LIMA'23 berlangsung dengan sempurna.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 05 2023

Kata Muhammad Sanusi, walaupun tidak dijemput dia akan tetap hadir sebagai seorang pengunjung dan membawa teropong. - Foto Sinar Harian

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Indonesia lancar dana kekayaan berdaulat bernilai AS$900 bilion
"Danantara akan menjadi pemangkin kemajuan, menghubungkan pelaburan dengan projek utama, mempercepatkan pembangunan ekonomi."

Bayaran tunggakan pencen RM1.7 bilion kiraan kasar, bukan ancaman - KPPA
Ia pengiraan kasar dibuat berdasarkan data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pendakwaan memberitahu pihaknya tidak bercadang untuk meneruskan kes dihadapi Muhammad Sanusi.

Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.

Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.

Kedah salur bantuan banjir RM500 kepada semua keluarga terjejas
Kerajaan Negeri Kedah akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir.

Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.

MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.

Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.

Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.

Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.