LANGKAWI: Pasukan aerobatik Black Eagles dari Korea Selatan bukan sahaja disebut-sebut dan menjadi bualan pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23), namun turut mencuri tumpuan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Walaupun dalam cuaca panas terik, Seri Paduka berkenan meluangkan masa melihat sendiri pesawat tempur ringan KAI T-50B itu dengan lebih dekat di landasan terbang, kawasan berhadapan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) yang menempatkan pameran pesawat pelbagai negara.
"Saya juga juruterbang," titah Agong dalam nada berseloroh ketika ingin naik ke pesawat berkenaan.
Seri Paduka meluangkan masa kira-kira 10 minit di dalam pesawat tempur ringan KAI T-50B Golden Eagle berkenaan, sambil mendengar penerangan daripada salah seorang juruterbang.
Seri Paduka, yang diiringi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Korea Aerospace Industries (KAI) Kang Goo Young, turut sekali-sekala menggunakan beberapa perkataan Korea seperti 'kamsahamnida' yang bermaksud 'terima kasih' sepanjang lawatan itu.
Turut mengiringi Seri Paduka sepanjang lawatan berkenaan ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Sebelum ini, aksi memukau Black Eagles yang menampilkan formasi utama 'Taeguk', iaitu bendera Korea Selatan menerusi penggunaan asap daripada pesawat terbabit, menjadi antara yang ditunggu-tunggu orang ramai dan mereka yang berada di Langkawi sempena LIMA '23,
Penampilan sulung pasukan aerobatik "Black Eagles" Republic Of Korean Air Force (ROKAF) adalah pada 2017 menerusi penyertaan lapan pesawat latihan T-50B Golden Eagle yang dibangunkan KAI.
Terdahulu, Seri Paduka turut berkenan melawat beberapa reruai seperti MyAirline dan Kementerian Pengangkutan di MIEC, dan meninjau keadaan serta melihat reka bentuk di dalam pesawat E195-E2 Embraer Commercial Jet.
Jet E195-E2 adalah pesawat satu lorong, menggunakan bahan api dan pelepasan bunyi paling rendah, berkapasiti 136 tempat duduk penumpang dengan jarak penerbangan kira-kira tujuh jam.
Yang di-Pertuan Agong turut berangkat menghadiri majlis menandatangani perjanjian antara SKS Airways, Embraer and Azorra di MIEC, yang turut disaksikan Loke.
--BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023
Yang di-Pertuan Agong berkenan melihat sendiri dengan lebih dekat pesawat KAI T-50B Black Eagle milik Tentera Udara Korea Selatan ketika berangkat melawat LIMA23 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) 25 Mei 2023. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Melaka umum dua bantuan khas kewangan minimum RM 2,600
Penjawat awam Negeri Melaka akan menerima dua bantuan khas kewangan bagi menghargai khidmat mereka sepanjang 2024.
Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadiran sejuta pengunjung
Mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa melalui penganjuran festival seni cahaya dan teknologi yang unik.
China kenakan sekatan terhadap syarikat tentera AS
China umum sekatan terhadap tujuh syarikat tentera AS berikutan penjualan senjata ke Taiwan, menegaskan sokongan AS akan membahayakan keamanan serantau.
China lancar Sichuan, kapal amfibia generasi baharu
China melancarkan kapal amphibia generasi baharu, Type 0-7-6, dinamakan Sichuan, untuk memperkukuh tentera laut dengan teknologi inovatif seperti katapel elektromagnetik dan sistem penangkap.
Korea Utara alami korban besar – AS
Tentera Korea Utara dilaporkan mengalami korban besar di medan perang Rusia-Ukraine.
Menurut jurucakap White House, John Kirby, seribu anggota dilaporkan terbunuh atau cedera minggu lalu di wilayah Kursk, Rusia.
Menurut jurucakap White House, John Kirby, seribu anggota dilaporkan terbunuh atau cedera minggu lalu di wilayah Kursk, Rusia.
Iran tarik balik larangan ke atas WhatsApp & Google Play
Iran kurangkan sekatan internet dengan menarik balik larangan WhatsApp dan Google Play. Langkah ini mencetuskan perbincangan tentang penapisan dan akses media sosial global.
Presiden Jerman bubarkan Parlimen untuk pilihan raya
Steinmeier arahkan pilihan raya awal susulan kejatuhan gabungan kerajaan Scholz. Tinjauan menunjukkan parti Scholz ketinggalan di belakang blok konservatif pembangkang.
Israel serbu hospital Gaza, pesakit dan kakitangan dipindah
Tentera Israel menyerbu Hospital Kamal Adwan, utara Gaza, dan memaksa pemindahan ratusan pesakit dan orang awam, menyebabkan sebahagian kawasan hospital terbakar, kata pegawai Kementerian Kesihatan.
Serangan udara Israel di tempat lain di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk 15 dalam sebuah rumah di Gaza City, menurut petugas perubatan.
Serangan udara Israel di tempat lain di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk 15 dalam sebuah rumah di Gaza City, menurut petugas perubatan.
Susunan batu marmar dengan tulisan ayat al-Quran tarikan baharu di Gua Musang
Batu seberat 100 metrik tan beri imej baharu kepada kawasan tersebut, sambil mempromosi batu marmar asli bermutu tinggi di jajahan itu.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Musa menjunjung kasih kepada Agong atas pelantikan sebagai TYT Sabah ke-11
Tun Musa Aman menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas perkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11.
Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah
Musa yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga dilantik bagi menggantikan TYT sekarang, Tun Juhar Mahiruddin.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.