KUALA LUMPUR:Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menfailkan saman terhadap dua rakan sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low iaitu Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, kedua-duanya bekas pegawai kanan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), supaya mereka membayar tunggakan cukai pendapatan masing-masing berjumlah RM6.8 juta dan RM2.5 juta.
Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan melalui LHDN secara berasingan terhadap Tang, 56, yang merupakan bekas pengarah eksekutif 1MDB, dan Loo, 43, bekas peguam 1MDB, selaku defendan di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Dis 2020 dan 8 Jan lepas.
Mengikut senarai kes mahkamah, saman terhadap Tang ditetapkan untuk sebutan secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Maslinda Selamat hari ini, yang kemudiannya menetapkan 8 Mac untuk pengurusan kes itu, manakala Timbalan Pendaftar Farah Shuhada Ramli menetapkan 18 Feb untuk pengurusan kes Loo.
Menerusi pernyataan tuntutan yang dikemukakan terhadap Tang, Kerajaan Malaysia mendakwa bagi Tahun-Tahun Taksiran 2009 sehingga 2017, defendan telah ditaksirkan dengan Taksiran Tambahan masing-masing berjumlah RM260,560.26, RM473,004.48, RM1,600,810.12, RM257,694.20, RM1,074,455.28, RM1,428,296.28, RM701,285.00, RM310,502.16 dan RM57,866.40 melalui Notis-notis Taksiran (Tambahan) masing-masing bertarikh 30 Sept 2020.
Plaintif mendakwa Notis-notis Taksiran (Tambahan) itu telah dihantar secara Akaun Terima Berdaftar (A.R) kepada defendan pada 6 Okt 2020 ke alamat terakhirnya di Taman Sri Endah, di sini yang diketahui oleh plaintif pada masa itu, dan notis berkenaan telah diterima dan ditandatangani melalui pengembalian semula kad kuning A.R.
Menurut plaintif, seterusnya lebihan kredit RM972.00 telah digunakan dan ditolak sebagai sebahagian bayaran cukai pendapatan bagi Tahun Taksiran 2009 (Tambahan) itu, meninggalkan baki yang masih terhutang dan perlu dibayar sebanyak RM259,588.26 bagi tahun taksiran berkenaan.
Plaintif mendakwa, oleh kerana defendan gagal membayar jumlah cukai pendapatan bagi Tahun-Tahun Taksiran 2009 sehingga 2017 dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyampaian Notis-notis Taksiran (Tambahan) seperti ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan kenaikan cukai sebanyak 10 peratus, defendan perlu membayar kesemuanya berjumlah RM6,779,852.36, faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu, menerusi pernyataan tuntutan terhadap Loo, Kerajaan Malaysia mendakwa bagi Tahun-Tahun Taksiran 2012 dan 2014, defendan telah ditaksirkan dengan Taksiran Tambahan masing-masing berjumlah RM1,495,366.08 dan RM571,979.72 melalui Notis-Notis Taksiran (Tambahan) masing-masing bertarikh 19 Okt 2020.
BACA: LHDN saman sekutu Jho Low tuntut bayar tunggakan cukai berjumlah RM68 juta
Plaintif mendakwa Notis-notis Taksiran (Tambahan) itu telah dihantar secara pos berdaftar kepada defendan pada 18 Nov 2020 ke alamat terakhirnya di Damansara Heights, di sini yang diketahui oleh plaintif pada masa itu, namun notis berkenaan tidak pernah dikembalikan kepada plaintif.
Menurut plaintif, bagi Tahun Taksiran 2016, defendan telah ditaksirkan dengan cukai pendapatan berjumlah RM75,292.96 melalui Notis Taksiran bertarikh 19 Okt 2020 dan dihantar secara pos berdaftar kepada defendan pada 18 Nov tahun sama ke alamat sama, namun notis itu tidak tidak pernah dikembalikan kepada plaintif.
"Defendan juga gagal mengemukakan Borang-borang Nyata Orang Perseorangan di bawah Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun-tahun taksiran 2017 dan 2018 kepada plaintif dalam tempoh masa ditetapkan iaitu pada atau sebelum 30 April 2018 dan 30 April 2019.
"Satu taksiran berjumlah RM76,510.72 dan RM50,062.40 (termasuk penalti di bawah Seksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan 1967) telah dibangkitkan melalui Notis-notis Taksiran bertarikh 19 Okt 2020 dan Notis-notis Taksiran bagi 2017 dan 2018 yang telah dihantar ke alamat terakhir defendan juga tidak pernah dikembalikan kepada plaintif," katanya.
Plaintif berkata oleh kerana defendan telah gagal membayar jumlah cukai dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyampian notis taksiran itu, kenaikan cukai 10 peratus dikenakan yang kesemuanya berjumlah RM2,496,133.05.
Oleh itu, plaintif menuntut cukai pendapatan defendan yang masih terhutang kesemuanya berjumlah RM2,496,133.05, faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.
Pada 15 Jan lepas, Kerajaan Malaysia memfailkan saman terhadap seorang lagi sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong memintanya membayar cukai pendapatan berjumlah RM68 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 09 2021
Pada 15 Jan lepas, Kerajaan Malaysia memfailkan saman terhadap seorang lagi sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong memintanya membayar cukai pendapatan berjumlah RM68 juta. - Gambar fail
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Sindiket didalangi lima individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.