Bekas pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin mungkin bersepakat dengan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan ketika itu, Nik Faisal Ariff Kamil untuk memperdayakan anggota lembaga pengarahnya (BOD) berhubung perjanjian yang dimeterai oleh Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Putra Perdana Construction Sdn Bhd, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.
Bekas Pengerusi Lembaga SRC Tan Sri Ismee Ismail, 54, bersetuju dengan cadangan peguam Harvinderjit Singh bahawa BOD tidak dimaklumkan tentang perjanjian itu di mana Gandingan Mentari akan melabur RM140 juta bersama Putra Perdana Construction untuk Putra Perdana Construction melabur di Amerika Selatan.
Saksi ke-39 pendakwaan itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Harvinderjit pada hari ke-26 perbicaraan kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Peguam itu berkata perjanjian itu membabitkan pembahagian keuntungan 70/30 antara Gandingan Mentari dan Putra Perdana Construction.
Gandingan Mentari adalah anak syarikat SRC International Sdn Bhd manakala Putra Perdana Construction pula merupakan anak syarikat Putrajaya Perdana Berhad.
Harvinderjit: Gandingan Mentari memeterai perjanjian dengan Putra Perdana Construction sebagai pengurus pelaburan (pseudo-investment manager) dalam perlombongan di Amerika Selatan, memperuntukkan RM140 juta kepada Putra Perdana Construction dan membahagikan 70/30 dengan Gandingan. Adakah ini tidak dimaklumkan kepada lembaga?
Ismee: Ya.
Harvinderjit: Nampaknya seperti Suboh bersubahat dengan Nik Faisal?
Ismee: Ya.
Harvinderjit: Pinjaman RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dikreditkan ke dalam akaun pada 28 Mac 2012 dan didebit keluar dari akaun itu dalam bulan Mac juga. Lembaga tidak meluluskan perkara ini?
Ismee: Ya.
Harvinderjit: Hakikat bahawa wang keluar dan masuk, tiada pematuhan dengan mandat lembaga.
Ismee menjawab "Ya"
Harvinderjit: Adakan ini penipuan yang serius?
Ismee menjawab "Ya"
Harvinderjit: Selepas 2012, RM2 bilion masuk dan keluar dari akaun SRC dalam bulan Mac... terdapat wang yang masuk dan keluar. Adakah kamu bertanya kepada mereka (Nik Faisal dan Suboh) mengenainya?
Ismee: Saya tanya kepada Suboh dan menurut beliau, Nik Faisal berkata "semuanya okay."
Harvinderjit: Adakah Suboh memberitahu kamu bahawa dia tidak menandatangani semua dokumen ini dan tandatangannya telah dipalsukan?
Ismee menjawab "Beliau tidak pernah beritahu saya."
Harvinderjit: (Sepatutnya) semakan dilakukan, wang dalam akaun ini tidak boleh dikeluarkan melainkan dengan penandatanganan Kumpulan A yang diberi kuasa (menandatangani transaksi), tetapi bagaimanakah wang itu dipindah keluar? Kamu tidak boleh beritahu bagaimana?
Ismee: Ya.
Kepada soalan lain, saksi itu berkata Nik Faisal tidak memberi taklimat kepada BOD SRC berhubung jaminan kerajaan bagi pinjaman kedua daripada KWAP berjumlah RM2 bilion.
Saksi itu disoal balas oleh Harvinderjit sejak Selasa lepas.
Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa dan tiga pertuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 17 2019

Ismee setuju bahawa BOD tidak dimaklumkan tentang perjanjian itu di mana Gandingan Mentari akan melabur RM140 juta bersama Putra Perdana Construction untuk Putra Perdana Construction melabur di Afrika Selatan. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gerhana matahari separa boleh ditonton di YouTube, Facebook Planetarium Negara
Fenomena gerhana matahari separa akan berlaku di benua Antartika dan Amerika Selatan pada Ahad ini.

Kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan ditunda
CONMEBOL mencapai kesepakatan dengan FIFA dan persatuan kebangsaan bagi persetujuan membincangkan tarikh baru kempen tersebut.

COVID-19: Amerika Selatan kini pusat penularan baharu pandemik
Ketika ini wujud peningkatan kes dengan mendadak di banyak negara di benua Amerika Selatan.

18 kru kapal USS Kidd didapati positif COVID-19
Pentagon berkata kes tambahan dijangka berlaku di USS Kidd, kapal pemusnah yang menjalankan misi narkotik dekat perairan Amerika Selatan.

Ribuan sertai protes anti-kerajaan di Ecuador
Negara di Amerika Selatan yang mempunyai 17 juta penduduk itu kini berdepan situasi kritikal susulan kelumpuhan sistem dan kekurangan pengangkutan awam, serta jalan raya yang disekat.

Bekalan tenaga solar Chile terjejas teruk akibat gerhana matahari
Gerhana matahari yang melanda benua Amerika Selatan pada Selasa lepas telah menyebabkan gangguan yang besar terhadap bekalan tenaga elektrik Chile.

Lembaga Pengarah SRC mungkin diperdayakan - Saksi
Gandingan Mentari memeterai perjanjian dengan Putra Perdana Construction sebagai pengurus pelaburan dalam perlombongan di Amerika Selatan, memperuntukkan RM140 juta.

Fenomena 'Super Blood Wolf': Siapa dapat saksikan bulan bertukar warna merah?
Penduduk di benua Amerika, Eropah dan Afrika akan menyaksikan bulan bertukar warna menjadi kemerahan apabila fenomena gerhana bulan Super Blood Wolf berlaku.

Langkawi bakal muncul pengeluar utama udang putih Amerika Selatan
Projek berskala besar di Bukit Malut yang dijangka bermula sebelum akhir 2018, juga disasarkan menjana hasil kira-kira RM1.5 bilion setahun selepas tiga tahun pelaksanaannya.

Apa yang anda perlu tahu mengenai play-off Piala Dunia
Ketahui perlawanan-perlawanan play-off Piala Dunia bagi zon Eropah dan antara benua yang akan bermula minggu ini.