Ribuan penunjuk perasaan dan orang asli bertempur dengan pihak berkuasa di ibu kota Ecuador dalam protes anti-kerajaan pada Selasa.

Negara di Amerika Selatan yang mempunyai 17 juta penduduk itu kini berdepan situasi kritikal susulan kelumpuhan sistem dan kekurangan pengangkutan awam, serta jalan raya yang disekat.

Keadaan itu terus menjadi penyumbang kepada ekonomi yang terancam.



Seorang penunjuk perasaan memegang bendera negara yang telah koyak ketika mengadakan demonstrasi menentang Presiden Lenin Moreno dan dasar-dasar ekonominya di Quito, Ecuador, 8 Okt, 2019. (Foto AP)


Kegananasan serta protes bermula minggu lepas susulan keputusan Presiden Lenin Moreno memotong subsidi, menyebabkan peningkatan harga bahan api yang ketara.

Beberapa telaga minyak mengurangkan penghasilan kepada 65,000 tong sehari, disebabkan penunjuk perasaan melakukan rampasan.