KONFEDERASI Bola sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) menangguhkan dua pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 yang sepatutnya berlangsung hujung bulan ini.
Badan induk itu mengeluarkan mengeluarkan satu kenyataan malam tadi yang mengesahkan bahawa telah mencapai kesepakatan dengan Persekutan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan persatuan kebangsaan bagi persetujuan membincangkan tarikh baru kempen tersebut.
Keputusan itu terpaksa diambil berikutan kebimbangan mengenai logistik pemain yang perlu melaporkan diri bersama pasukan kebangsaan mereka tatkala sekatan perjalanan bagi mengekang penularan COVID-19 diperketatkan.
CONMEBOL berkata adalah mustahil untuk menjamin semua pemain Amerika Selatan mampu melaporkan diri bersama pasukan masing-masing tepat pada masanya.
Dua pusingan perlawanan seterusnya dijadualkan diadakan pada 25, 26 dan 30 Mac.
Sejumlah pengurus kelab telah menyatakan kegusaran terhadap keperluan pemain untuk menyertai pasukan kebangsaan atas kebimbingan perlu menjalani proses kuarantin yang boleh mengundang mereka terlepas perlawanan penting menjelang kemuncak kempen musim ini.
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menjelaskan adalah "tidak masuk akal" jika pemain terpaksa mengasingkan diri selama 10 hari sebaik kembali daripada tugasan antarabangsa dan sentimen serupa turut disuarakan rakan sejawatnya di Liverpool, Jurgen Klopp.
Pengumuman malam tadi seharusnya meredakan kebimbangan itu, tetapi FIFA dan CONMEBOL perlu mencari tarikh yang sesuai untuk melangsungkan kempen itu.
Argentina lawan Brazil antara perlawanan berprofil tinggi yang ditangguhkan.
Astro Arena
Sun Mar 07 2021

Perkembangan terkini itu seharusnya meredakan kebimbangan mengenai proses kuarantin, tetapi FIFA dan CONMEBOL perlu mencari tarikh yang sesuai untuk melangsungkan kempen itu. - Gambar fail REUTERS

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan ditunda
CONMEBOL mencapai kesepakatan dengan FIFA dan persatuan kebangsaan bagi persetujuan membincangkan tarikh baru kempen tersebut.