PASIR GUDANG: Seorang pemandu e-hailing menikam dan menetak kekasihnya, selepas wanita berusia 32 itu menyatakan hasrat mahu memutuskan hubungan cinta mereka.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 12 tengah hari semalam di sebuah unit pangsapuri sekitar Masai, di sini.
Menurut beliau, pihaknya mendapat maklumat daripada pengawal keselamatan pangsapuri terbabit yang mendengar jeritan mangsa.
"Bertindak atas makluman, pihak polis berjaya menahan suspek di lokasi sama, lebih kurang jam 1 petang hari yang sama.
"Pengawal keselamatan (pengadu) itu memaklumkan terdengar pergaduhan di unit kediaman berkenaan dan semasa membuat pemeriksaan di rumah mangsa, pengadu mendapati suspek memegang pisau dan mangsa dalam keadaan berlumuran darah.
"Suspek berusia 30 tahun, bertindak mencederakan mangsa dengan menetak di beberapa bahagian badan dan menikam mangsa.
"Mangsa luka di bahagian muka, lengan dan pergelangan tangan, selain cedera ditikam dibahagian rusuk. Mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut.
"Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana marah terhadap mangsa yang enggan meneruskan hubungan percintaan antara mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Mohd. Sohaimi berkata pihak polis turut merampas pisau sepanjang 19 sentimeter yang digunakan dalam kejadian tersebut.
Kata beliau lagi, pemeriksaan awal ke atas suspek mendapati lelaki berkenaan mempunyai satu rekod lampau bersabit kesalahan jenayah.
Sehubungan itu, suspek akan direman enam hari bermula hari ini hingga Selasa depan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Siti Nur Aqilla Omar
Thu Sep 01 2022

Seorang pemandu e-hailing menikam dan menetak kekasihnya, selepas wanita berusia 32 itu menyatakan hasrat mahu memutuskan hubungan cinta mereka menggunakan pisau sepanjang 19 sentimeter. - Gambar ihsan PDRM

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pemandu e-hailing didakwa buat kenyataan hina agama Islam
Pertuduhan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Sebutan semula kes bunuh Nurul Asikin 17 Mac ini
Mahkamah Majistret menetapkan 17 Mac untuk sebutan semula kes seorang pemandu e-hailing yang didakwa membunuh Nurul Asikin Lan yang mayatnya ditemukan dalam longkang.

Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
Zakwan didakwa menyebabkan kematian Nurul Asikin pada 6 Disember dan tiada pengakuan direkodkan kerana kes ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kertas siasatan OKU dipukul anggota pengiring VIP dirujuk kepada TPR - Razarudin
Polis telah memanggil 12 individu termasuk mangsa, pekerja hotel, dan pengawai juruiring kepada orang kenamaan terbabit untuk memberi keterangan berhubung kes.

Dipukul pengiring VIP: Pemandu e-hailing OKU dirakam keterangan
Peguam Lawyer For Liberty terdiri daripada N Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili mangsa turut hadir.

Warga asing rompak pemandu e-hailing wanita ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing disyaki terlibat dengan kes rompakan bersenjata seorang pemandu e-hailing wanita di Sibu.

Pukul OKU: PDRM akan panggil pegawai terlibat ke Bukit Aman - KPN
Razarudin berkata, langkah itu diambil bagi memastikan siasatan menyeluruh dilakukan dan semua pihak terlibat dapat memberi keterangan.

Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pokok tumbang: Mangsa lelaki dibenar keluar hospital, warga Sweden masih dirawat
Pemandu e-hailing itu dibenarkan keluar jam 6 pagi tadi, manakala penumpangnya yang berusia 72 tahun masih menerima rawatan di HKL.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Januari 2024.