Tertuduh yang berusia 54 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara memegang kemaluan kanak-kanak perempuan itu di sebuah pondok di hadapan rumah di sebuah kampung di Gerik pada waktu pagi, pertengahan tahun 2024.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan mencadangkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh berserta syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon jaminan minimum kerana bekerja sendiri selain menghidap penyakit batu karang dan tiada ahli keluarga yang hadir untuk membayar ikat jamin.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin di samping syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Mahkamah juga menetapkan sebutan semula kes pada 12 September depan sementara menunggu fakta kes dan laporan perubatan mangsa.
Sebelum ini media melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik hitam apabila mendakwa dicabul datuk saudaranya.
Perbuatan lelaki itu terbongkar apabila mangsa mengadu kepada ibunya.