Seorang lelaki berusia 47 tahun ditahan kerana mengaku sebagai anggota polis Singapura di sebuah kafe di Jalan Bercham, di sini pada petang Selasa.
Malah, lelaki tersebut turut memiliki pistol tiruan serta gari yang diselitkan pada tali pinggangnya ketika ditahan sekitar jam 7.30 petang semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut termasuk menghubungi polis Singapura berhubung status suspek.
“Mengikut siasatan, suspek merupakan seorang peniaga di kawasan berkenaan. Dia juga mengatakan dirinya salah seorang penguatkuasa di Singapura.
“Kita akan dapatkan pengesahan samada dakwaan itu benar atau tidak. Kalau tidak, kita akan tuduh dia kerana memiliki pistol palsu.
“Lelaki tersebut merupakan warga tempatan, dan mempunyai pasport. Dia ada simpan gari dan pistol palsu, jadi itu mencurigakan,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, di sini pada Rabu.
Tambahnya, pihaknya menjangkakan bakal mendapat keputusan berhubung status suspek hari ini jika polis Singapura beri maklum balas.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Jan 24 2018

Polis memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut termasuk menghubungi polis Singapura berhubung status suspek.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Polis akan ambil keterangan Ngeh Koo Ham
Ketua Polis negeri Datuk Hasnan Hassan berkata keterangan Ngeh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan diperlukan untuk melengkapkan siasatan.

Lelaki mengaku polis Singapura miliki pistol palsu dan gari ditahan
Seorang lelaki berusia 47 tahun ditahan kerana mengaku sebagai anggota polis Singapura di sebuah kafe di Jalan Bercham, di sini pada petang Selasa.

Pegawai, dua anggota polis disyaki terlibat samun ditukar jabatan
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan dua anggota yang dipercayai terlibat dalam kes samun berkumpulan di Kampung Rapat bakal ditukarkan ke jabatan lain.

Tindakan tegas individu miliki, berniaga mercun - Polis
Menjelang musim perayaan Aidilfitri, pihaknya melarang mana-mana individu memiliki, menyimpan, menggunakan atau berniaga mercun dan bunga api kecuali yang dibenarkan sahaja.

Polis tolak permohonan debat Tun Mahathir-Nazri
Polis menolak permohonan acara debat Tun Mahathir dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz anjuran Kumpulan Media Karangkraf.

Debat Dr M-Nazri: Polis tidak terima permohonan permit
Setakat ini tiada pihak memohon permit perhimpunan untuk majlis berkenaan yang dilaporkan akan berlangsung pada pukul 3 petang di MRSM Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar pada 25 Mac ini.

Tokan sanggup jadikan kuil sebagai makmal dadah
Kuil itu disalahgunakan sebagai pusat memproses dadah untuk edaran sekitar Perak sejak sebulan yang lalu.

JAKOA nafi tidak beri perhatian keluarga murid Orang Asli SK Tohoi hilang
JAKOA dalam satu kenyataan Ahad telah menafikan dakwaan seorang aktivis bahawa soal kebajikan ibu bapa dan keluarga murid Orang Asli yang hilang lebih sebulan lalu telah diketepikan.

500 pelajar orang asli naik helikopter ke sekolah
Kira-kira 500 pelajar Orang Asli dari beberapa pos di pedalaman jajahan Gua Musang terpaksa dibawa menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hari ini untuk ke sekolah.

Empat lagi individu ditahan bantu siasatan kematian model Estonia
Mereka ditahan kerana mempunyai sebab-sebab yang munasabah untuk membantu siasatan polis dalam kes tersebut.