Polis Perak tidak menerima sebarang permohonan rasmi untuk menganjurkan majlis perdebatan antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dirancang minggu depan.
Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Hasnan Hassan berkata setakat ini tiada pihak memohon permit perhimpunan untuk majlis berkenaan yang dilaporkan akan berlangsung pada pukul 3 petang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar pada 25 Mac ini.
"Sekiranya ia berlangsung tanpa kebenaran polis, maka ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, sekolah adalah kawasan larangan mengikut Jadual Pertama Seksyen 3 APA 2012.
Justeru, katanya, polis boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menghadiri majlis itu kerana berhimpun di tempat larangan dan tanpa kebenaran di bawah Seksyen 9(5) APA 2012.
Hasnan berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman penduduk setempat sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai.
Menurutnya, pihak polis mengingatkan dan memberi amaran keras kepada orang ramai sekiranya mereka terlibat dalam perhimpunan itu, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
Media baru-baru ini melaporkan, Mohamed Nazri, yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas, mengesahkan untuk berdebat dengan Dr Mahathir, iaitu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Dalam laporan itu, Mohamed Nazri berkata beliau akan berdebat mengenai isu berbangkit dalam negara seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan pihaknya tidak meletakkan sebarang syarat atau terma tertentu dalam penganjuran debat itu.
Beliau turut memberi jaminan bahawa perdebatan itu akan berlangsung dalam suasana aman dan harmoni.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2017
![Debat Dr M-Nazri: Polis tidak terima permohonan permit Debat Dr M-Nazri: Polis tidak terima permohonan permit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/41489412557_NazriTunM.jpg)
Mohamed Nazri (kanan) berkata beliau akan berdebat dengan Dr Mahathir mengenai isu berbangkit dalam negara seperti skandal BMF dan pihaknya tidak meletakkan sebarang syarat atau terma tertentu.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![Himpunan Rakyat Benci Rasuah: Polis sahkan terima notis 'tidak lengkap' Himpunan Rakyat Benci Rasuah: Polis sahkan terima notis 'tidak lengkap'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734408004_TBSulizmieAffendySu.jpg)
Himpunan Rakyat Benci Rasuah: Polis sahkan terima notis 'tidak lengkap'
Polis sahkan menerima notis pemberitahuan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang akan diadakan pada Sabtu ini.
![Himpunan di Putrajaya: Polis buka kertas siasatan Himpunan di Putrajaya: Polis buka kertas siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736130085_HimpunanSolidariti.jpg)
Himpunan di Putrajaya: Polis buka kertas siasatan
Polis akan membuka kertas siasatan berhubung himpunan yang diadakan di Istana Kehakiman hari ini.
![Polis sisat perhimpunan 1 Mei, gimik pelancaran Gerakan Rakyat Polis sisat perhimpunan 1 Mei, gimik pelancaran Gerakan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670921301_ACPNoorDellhanYah.jpg)
Polis sisat perhimpunan 1 Mei, gimik pelancaran Gerakan Rakyat
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan 1 Mei 2023 dan sidang media gimik pelancaran Gerakan Rakyat yang diadakan di dua lokasi di ibu negara antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari.
![Pakar tawar khidmat kepada kerajaan kaji semula undang-undang Pakar tawar khidmat kepada kerajaan kaji semula undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41570228925_EDMUNDBON.jpg)
Pakar tawar khidmat kepada kerajaan kaji semula undang-undang
MCCHR merancang menghasilkan draf pindaan dan bertemu dengan agensi berkaitan selain daripada kementerian menjelang awal tahun hadapan untuk mengemukakan cadangan pindaan, jika diperlukan.
![Polis akan panggil Lokman Adam kerana perhimpunan tanpa permit Polis akan panggil Lokman Adam kerana perhimpunan tanpa permit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61553774722_LokmanNoorAdam.jpg)
Polis akan panggil Lokman Adam kerana perhimpunan tanpa permit
Polis akan memanggil Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berhubung penganjuran himpunan di hadapan pusat membeli-belah Sogo di sini hari ini.
![Himpunan bantah ICERD tidak perlu diadakan - Muhyiddin Himpunan bantah ICERD tidak perlu diadakan - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542623711_TanSriMuhyiddin.jpg)
Himpunan bantah ICERD tidak perlu diadakan - Muhyiddin
Beliau berkata sebarang tindakan untuk meneruskan perhimpunan itu adalah tidak munasabah.
![Polis larang 'Himpunan Sayangi Malaysia' di Padang Timur Polis larang 'Himpunan Sayangi Malaysia' di Padang Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61507718451_KetuaPolisNegara.jpg)
Polis larang 'Himpunan Sayangi Malaysia' di Padang Timur
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata keputusan dibuat berdasarkan beberapa faktor keselamatan.
![Polis panggil Armada PPBM bantu siasatan kekecohan Nothing To Hide 2.0 - Khalid Polis panggil Armada PPBM bantu siasatan kekecohan Nothing To Hide 2.0 - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/81501768984_KetuaPolisNegara.jpg)
Polis panggil Armada PPBM bantu siasatan kekecohan Nothing To Hide 2.0 - Khalid
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sudah memulakan siasatan kes itu dan menegaskan bahawa aspek keselamatan adalah di bawah tanggungjawab penganjur.
![Permit ditarik balik: Polis terima 18 laporan bantahan Permit ditarik balik: Polis terima 18 laporan bantahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/51491110404_NazriTunM.jpg)
Permit ditarik balik: Polis terima 18 laporan bantahan
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, setakat hari ini, polis telah menerima 18 laporan daripada individu di negeri ini yang membantah debat tersebut.
![Debat Dr M-Nazri: Polis tidak terima permohonan permit Debat Dr M-Nazri: Polis tidak terima permohonan permit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/41489412557_NazriTunM.jpg)
Debat Dr M-Nazri: Polis tidak terima permohonan permit
Setakat ini tiada pihak memohon permit perhimpunan untuk majlis berkenaan yang dilaporkan akan berlangsung pada pukul 3 petang di MRSM Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar pada 25 Mac ini.