BENTONG: Lelaki yang disyaki melarikan kereta jenis Honda City 1.5L V di sebuah stesen minyak di Jalan Semambu, Kuantan pada Isnin sempat menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis, Karak dan tertidur hampir tiga jam di rumah itu sebelum diberkas polis tengah malam tadi.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki tempatan berusia 40 tahun itu yang sedang nyenyak tidur di ruang tamu ditahan kira-kira 12.45 tengah malam selepas polis menerima maklumat daripada pemilik rumah berkenaan.
Beliau berkata pemilik rumah yang tinggal bersama isteri dan tiga anaknya itu memaklumkan bahawa terdapat lelaki tidak dikenali telah datang ke rumahnya dan terus masuk ke dalam rumah kira-kira 10 malam lalu mengurung mereka dalam sebuah bilik.
"Lelaki terbabit kemudian tertidur di ruang tamu sebelum pemilik rumah menghubungi pihak polis. Dengan penahanan ini, kes tular yang berlaku pada 3 Jun lepas (Isnin) telah dapat diselesaikan.
"Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong hari ini.
Yahaya berkata dengan penahanan itu juga, polis berjaya mengesan semula kereta Honda City terbabit di pasar awam di Karak, iaitu lokasi kenderaan itu ditinggalkan sebelum lelaki berkenaan menumpang orang awam ke Kampung Chinta Manis.
"Polis sedang menyiasat lanjut mengapa suspek menukar nombor plat kereta dan kemudian meninggalkan kereta di pasar. Kereta itu tidak rosak, cuma terdapat kesan calar pada beberapa bahagian selepas tampalan poster dikikis suspek bagi mengelak dikesan.
"Selain itu, suspek turut mengaku terlibat dalam kes kecurian motosikal yang digunakan dalam kejadian sebelum melarikan kenderaan terbabit," katanya.
Beliau berkata polis merampas sejumlah barangan daripada lelaki itu antaranya satu jam tangan jenama Lashida, satu jam tangan jenama Bonia, dua gunting, dua pisau lipat serta sarung kepala.
Lelaki itu katanya kini direman hingga esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Pada Isnin, seorang pesara guru wanita melalui detik cemas apabila dilarikan seorang lelaki tidak dikenali menggunakan kereta milik anaknya dalam kejadian di stesen minyak di Jalan Semambu, kira-kira 3.10 petang.
Sebelum kejadian itu, mangsa, Napisah Muhammad, 68, bersama suaminya, Mohamed Halim Omar, 77 dan anak perempuannya yang merupakan seorang akauntan yang juga pemilik kenderaan terbabit berhenti di stesen minyak itu untuk mengisi minyak serta ke tandas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024

Yahaya berkata polis merampas sejumlah barangan daripada lelaki itu antaranya satu jam tangan jenama Lashida, satu jam tangan jenama Bonia, dua gunting, dua pisau lipat serta sarung kepala. - Gambar Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

10 maut, tiga cedera dalam runtuhan bangunan di Mesir
Letupan berlaku di tingkat dua bangunan tiga tingkat di kawasan kerdasa berhampiran piramid Giza.

Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah terbakar 60 peratus sebelum satu letupan berlaku dari rumah tersebut.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera
Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.

4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.

Seorang maut, seorang cedera dalam letupan tangki simpanan minyak di Korea Selatan
Sebuah tangki simpanan minyak di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan, meletup pada Isnin, mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi cedera.

Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM10,000
Polis merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000 susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Bukit Lagi di sini pada Selasa lepas.

Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku
Sebuah kilang kimia di Taman perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, terbakar sehingga menyebabkan berlaku beberapa letupan, pada Isnin.

Letupan besar di Gaza selepas 30 minit gencatan senjata sepatutnya dilaksana
Satu letupan besar kedengaran di Gaza pada pada Ahad selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipersetujui dilaksanakan pada hari ini.

Letupan gas di Yaman: Jumlah korban meningkat kepada 15, cedera 67
Seramai 40 orang lagi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.