AMPANG: Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal menggunakan nombor pendaftaran palsu serta memiliki enam paket dadah membawa padah apabila dia ditahan pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berusia 43 tahun itu bertindak memalsukan nombor pendaftaran kenderaannya kerana ingin lari daripada hutang motosikal.
"Sepasukan anggota polis yang sedang menjalankan tugas ronda jenayah telah menahan suspek yang menunggang motosikal Yamaha LC135 dalam keadaan mencurigakan pada jam 12.15 tengah malam di Jalan Tasik Tambahan di sini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mohamad Farouk berkata, hasil semakan mendapati suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu.
"Hasil pemeriksaan motosikal berkenaan mendapati, ia atas nama suspek dan tidak mempunyai insurans tetapi mempunyai lesen kenderaan yang sah.
"Pemeriksaan lanjut, kita menemui lima paket lutsinar disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 2.07 gram dan sepaket lutsinar di dalamnya mengandungi ketulan daun mampat disyaki dadah jenis ganja anggaran berat empat gram," jelasnya.
Beliau berkata, hasil ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah syabu.
"Suspek tidak mempunyai rekod lampau dan direman empat hari bermula Selasa hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan kecil 1955 iaitu memiliki barang yang tidak dapat sahkan.
"Selain itu, kes juga disiasat mengikut Seksyen 12(3) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 13 2022

Suspek tidak mempunyai rekod lampau dan direman empat hari bermula Selasa hingga Jumaat bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Polis tahan 10 pendatang Myanmar di Tumpat
Polis menahan 10 warga Myanmar termasuk tujuh lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak di Tumpat semalam.

Polis selesai rekod keterangan suami Fatin Afeefa
Polis telah merekodkan keterangan Opai selepas mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada sebuah kereta McLaren.

Motosikal curi, nombor pendaftaran pula milik ketua pengarah
Kedua-dua suspek terbabit ditahan dalam Op Motosikal Pelbagai Kesalahan sekitar jam 11.30 pagi.

Lelaki guna plat pendaftaran palsu bawa dadah ditahan
Suspek berusia 43 tahun itu bertindak memalsukan nombor pendaftaran kenderaannya kerana ingin lari daripada hutang motosikal.

Ford Mustang guna nombor pendaftaran palsu ditemui di Alor Setar
JPJ sedang mengesan pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran klon terbabit.

Curi wang tabung surau: Pelajar tingkatan satu dan rakan dicekup
Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Seri Kembangan dan rakannya dicekup polis selepas disyaki terlibat mencuri tabung di sebuah surau di Taman Keramat Permai, Ampang Jaya.

Remaja ditahan tunggang motosikal guna nombor plat palsu
Sepanjang operasi itu, sebanyak 123 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan.

Penganggur menyamar anggota polis, cuba samun diberkas
Suspek berusia 49 tahun itu yang menunggang motosikal, memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan mahu memeriksa mangsa.

Maritim Malaysia rampas bot, tahan 20 nelayan Vietnam
Kru terbabit termasuk tekong yang berusia lingkungan 21 hingga 52 tahun, tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan yang sah.

16 nelayan Vietnam ditahan APMM
Anggota APMM yang membuat rondaan menggunakan Kapal Maritim (KM) Langkawi berjaya menahan mereka pada jarak 93 dan 118 batu nautika dari timur laut Kuala Terengganu kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.